Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Empat maut kereta jatuh gaung, dihanyutkan arus


29/07/2014 2:26pm

TAWAU - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas kenderaan dinaiki terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Kakano, Kilometer 131.56, Jalan Sapulut-Kalabakan, dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan dari daerah ini ke Keningau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau , Rudy Fredzek berkata, pemandu kenderaan terbabit yang berusia 30 tahun terselamat selepas berjaya keluar daripada kenderaan yang tenggelam dan hanyut.

"Operasi ketika ini adalah mengesan seorang bayi lelaki yang dipercayai masih hilang dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubunhi mengesahkan kejadian terbabit. - KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz38pztyYMg
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.