Friday, July 18, 2014
MH17: Diserang Mungkin Cubaan Bunuh Putin Tetapi Siapa Dalangnya?
MH17: Mungkinkah Cubaan Bunuh Presiden Rusia Vladimir Putin?
HASIL siasatan
yang dilakukan ke atas data satelit di negara Ukraine mendapati pesawat
MH17 sememangnya telah diserang dan diletupkan di udara ketika
mengambil laluan berhampiran sempadan Rusia untuk ke Kuala Lumpur.
Menurut laporan yang dipetik CNN, Amerika Syarikat kini yakin bahawa pesawat MH17 yang terhempas telah diserang di udara dan ditembak dengan peluru berpandu.
Namun hasil siasatan sedikit tergantung apabila pihaknya tidak dapat mencari pihak yang mendalangi insiden berkenaan.
Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, berdasarkan sistem radar, pihaknya melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.
Manakala sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.
Amerika Syarikat berkata, pihaknya kini sedang menganalisis trajektori peluru berpandu untuk menentukan dari mana ia datang.
Sementara itu, media asing turut memetik kenyataan puak pemisah pro Rusia yang mendakwa kotak hitam pesawat MH17 berada di tangan mereka.
Stesen radio Rusia, Kommersant FM pula melaporkan bahawa kotak hitam telah dihantar ke Moscow oleh puak pemisah Rusia yang tidak dikenalpasti.
Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 11:23 AM - mStar
SEMUA pesawat
penumpang di seluruh dunia kini tidak melalui ruang udara timur Ukraine
berikutan nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai
ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah itu.
Maklumat terbaharu mendedahkan bahawa pesawat Presiden Rusia, Vladimir Putin mungkin menjadi sasaran cubaan bunuh.
Laporan agensi
berita Interfax menerusi beberapa sumber, pesawat MH17 menggunakan
laluan penerbangan yang hampir sama dengan laluan yang digunakan oleh
pesawat Putin sejurus sebelum nahas berlaku yang mengorbankan 298 orang.
"Saya boleh
katakan bahawa pesawat Putin dan pesawat Boeing oleh Penerbangan
Malaysia melalui laluan yang sama. Ia berhampiran dengan Warsaw pada
ketinggian 10,100 meter.
"Pesawat
presiden itu berada di kawasan itu pada pukul 4.21 petang waktu Moscow
dan pesawat Malaysia pada pukul 3.44 petang waktu Moscow," kata sumber
berkenaan.
"Bentuk
kedua-dua pesawat juga hampir sama, dengan dimensi garisan yang sama
pada warnanya, menyebabkan mereka kelihatan sama jika dilihat dari jarak
jauh," tambah sumber itu.
Pada masa sama,
terdapat laporan yang bercanggah dengan laporan Intefax bahawa pesawat
presiden tidak terbang di ruang udara Ukraine pada waktu yang sama.
Menurut sumber
kepada portal berita Gazeta.ru, pesawat Putin berlepas dari terminal
Vnukovo-3, tetapi presiden tidak melalui di kawasan konflik antara
kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia
"Putin hanya
mempunyai satu pesawat iaitu Board One, beliau tidak terbang menggunakan
pesawat lain. Pesawat ini sentiasa berlepas dari Vnukovo-3, tetapi
pesawat presiden sudah lama tidak terbang melalui Ukraine," kata sumber
di terminal Vnukovo-3.
Ketika nahas
berlaku membabitkan MH17, Putin dalam penerbangannya menggunakan pesawat
presiden dari Brazil ke Moscow selepas menghadiri satu sidang
kemuncak.
AS yakin MH17 diserang, tapi keliru siapa dalang
SH - 18 Julai 2014
Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
Menurut laporan yang dipetik CNN, Amerika Syarikat kini yakin bahawa pesawat MH17 yang terhempas telah diserang di udara dan ditembak dengan peluru berpandu.
Namun hasil siasatan sedikit tergantung apabila pihaknya tidak dapat mencari pihak yang mendalangi insiden berkenaan.
Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, berdasarkan sistem radar, pihaknya melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.
Manakala sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.
Amerika Syarikat berkata, pihaknya kini sedang menganalisis trajektori peluru berpandu untuk menentukan dari mana ia datang.
Sementara itu, media asing turut memetik kenyataan puak pemisah pro Rusia yang mendakwa kotak hitam pesawat MH17 berada di tangan mereka.
Stesen radio Rusia, Kommersant FM pula melaporkan bahawa kotak hitam telah dihantar ke Moscow oleh puak pemisah Rusia yang tidak dikenalpasti.
0 orang berkata:
Post a Comment