Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 3 Julai 2014

Pemuda PAS minta ulama kaji Isil, benar atau salah

Pemuda PAS meminta ulama di seluruh dunia duduk berbincang untuk menentukan kedudukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) sama ada ia boleh diterima atau tidak.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss (gambar) dalam satu kenyataannya berkata, ulama perlu memutuskan adakah Isil sebuah pergerakan yang diterima ulama, jihad mereka sah dan diiktiraf manakala semua ahli kumpulan tersebut adalah golongan mujahid yang benar di sisi Islam.
"Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS tidak mahu kekeliruan berlaku kerana banyak kumpulan jihad muncul bertopengkan Islam dan dengan alasan memperjuangkan Islam, namun membawa mesej yang salah dengan tindakan bertentangan syariat Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, dalam hal ini jika apa yang dibawa Isil baik untuk umat Islam seluruh dunia, maka tentu  lebih baik semua  negara Islam bersatu di bawah satu pemerintahan  Islam.
Katanya, soal siapa akan menjadi pemimpin serta dasar yang akan dibawa boleh dibincangkan bersama.
Beliau berkata,  perpecahan negara Islam akan melemahkan umat Islam yang akhirnya dipermainkan musuh seperti Israel atau negara Islam dipimpin pemimpin boneka.
"Jika apa yang dibawa Isil tidak baik dan bertentangan dengan Islam, para ulama perlu bersepakat dengan mengeluarkan fatwa supaya umat Islam tidak menyertainya.
"Umat Islam perlu jelas kelompok mana yang benar-benar memperjuangkan Islam dan kumpulan manakah yang salah dan songsang, muncul kerana sesuatu sebab yang diragukan dan mungkin ditaja oleh Barat untuk mengacau perpaduan dan imej Islam," katanya.
Raja Ahmad berkata, pihaknya mengikuti perkembangan terkini maklumat di Iraq dan Syria dengan Kumpulan jihad Isil yang mengisytiharkan pembentukan sistem khalifah baharu di Iraq dan Syria.

Katanya, kumpulan tersebut turut melantik ketua mereka, Syeikh Abu Bakar Al Baghdadi sebagai Amirul Mukminin dan Khalifah meliputi Diyala di Iraq sehingga Aleppo di Syria serta semua umat Islam di dunia.
Mereka mengisytiharkan pergerakan mereka sebagai Negara Islam dengan membuang perkataan Iraq dan Levant.
Menurut risikan Malaysia, lebih 100 rakyat Malaysia kini menyertai Isil.
Polis Malaysia juga semalam mendedahkan lima lagi rakyat Malaysia termasuk Dr Mahmud Ahmad, pensyarah Universiti Malaya terlibat dalam kegiatan militan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.
"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu.
The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria.
Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas ahli jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video dirinya di Syria ke media sosial.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.