Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MH17: Reaksi pemimpin dunia

KUALA LUMPUR: Para pemimpin dunia melahirkan rasa terkejut dengan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweetnya menyatakan rasa terkejut dan berikrar menyiasat tragedi itu dengan segera.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan kejadian itu sebagai  "tragedi yang dahsyat" dan Amerika Syarikat berjanji menawarkan apa jua bantuan yang diperlukan bagi membantu menentukan apakah sebenarnya yang berlaku dan mengapa.

obama
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut melahirkan rasa terkejut dan sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai tragedi yang menimpa pesawat itu.

Dalam catatan Facebooknya Hsien Loong  berkata, doa dan harapan Singapura adalah bersama penumpang dan anak kapal, serta keluarga mereka yang terlibat.

Presiden Rusia Vladimir Putin turut menyampaikan ucapan takziah kepada Najib berhubung tragedi itu.

Dalam laman web rasmi negara itu Presiden Rusia meminta Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapan takziah dan sokongan beliau kepada keluarga mangsa.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pula berkata beliau amat terkejut dengan kejadian itu.

"Saya amat terkejut dengan laporan dramatik berkaitan kemalangan yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17," beliau dipetik sebagai berkata.
 
rutte
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte
 
Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-moon menyatakan bahawa ada keperluan yang jelas untuk siasatan antarabangsa di bencana Malaysia Airlines di Ukraine.

Dalam satu kenyataan bersama, Presiden Majlis Eropah Herman Van Rompuy dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jose Manuel Barroso berkata bagi pihak Kesatuan Eropah mereka menyampaikan ucapan takziah mereka kepada Perdana Menteri Belanda dan Malaysia.

"Kami terkejut dengan kemalangan yang menimpa pesawat Malaysia di Ukraine dan kehilangan banyak nyawa. Rakyat dari pelbagai negara termasuk dari Kesatuan Eropah juga telah terbunuh."

Kesatuan Eropah juga berkata, pihaknya akan menuntut satu siasatan segera dan menyeluruh terhadap punca kemalangan.

Turut dilaporkan berada di dalam pesawat malang itu ialah 12 warga Indonesia dan Presiden republik itu Susilo Bambang Yudhoyono berkata sekiranya benar pesawat telah ditembak dengan senjata tentera, ia adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan undang-undang perang.

"Sekiranya siasatan membuktikan bahawa ini adalah apa yang sememangnya berlaku (pesawat ditembak jatuh), Indonesia berharap mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan sekatan dan menerima hukuman yang berat," katanya dalam satu sidang media di televisyen.

Beliau juga menggesa rakyat Indonesia untuk mengelakkan penerbangan di kawasan perang dan zon konflik, termasuk Ukraine, sempadan Ukraine-Rusia dan Semenanjung Gaza.
 
susilo
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono

Menteri Luar New Zealand Murray McCully juga menggesa siasatan penuh diadakan segera selain mengesahkan seorang warganegara itu turut berada dalam pesawat terbabit ketika nahas.

"Kami menggesa pasukan penyiasat bebas diberikan kebenaran untuk meninjau lokasi kemalangan," kata McCully dalam satu kenyataan.
 
murray
Menteri Luar New Zealand Murray McCully
 

MH17: Reaksi pemimpin dunia
Mengenang MH17

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.