Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 16 Julai 2014

‘Tarik balik, minta maaf dan tutup mulut!’ – Teo Nie Ching kepada Hafarizam


teo nie ching


KUALA LUMPUR, 16 JUL: Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching mendesak Peguam Umno Mohd Hafarizam Harun agar menarik balik kenyataannya serta meminta maaf kepada semua pihak, terutama golongan wanita.

Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kelayakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor, yang bersifat diskriminasi dan menghina wanita, katanya dalam satu kenyataan.

“Hafarizam perlu menarik balik kenyataannya, memohon maaf dan tutup sahaja mulutnya,” katanya.

“Kenyataannya bukan sahaja diskriminasi terhadap Kak Wan, malah terhadap golongan wanita secara keseluruhan. Adakah dia tiada langsung rasa hormat kepada ibu dan isterinya?” katanya lagi.

Semalam, Hafarizam membuat kenyataan menyifatkan Wan Azizah tidak layak menjadi MB kerana beliau tidak dapat mengiringi Sultan Selangor ke acara keagamaan ketika datang ‘haid’.

Seakan tidak serik, peguam yang juga pengarah dua buah syarikat yang terlibat dengan Kidex itu tampil ‘mempertahankan’ dirinya, dengan berkata beliau tidak menujukan kenyataan itu kepada Wan Azizah, tetapi kepada wanita secara umum.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau menyifatkan kenyataan ‘uzur sharie’ yang digunakan bukan sekadar merujuk kepada ‘haid’ tetapi juga hal-hal lain seperti cuti selepas bersalin.

Menyifatkan kenyataan Hafarizam sebagai jijik dan mengejutkan, beliau mengingatkan Hafarizam tentang tugas asas seorang Menteri Besar, iaitu melaksanakan dasar demi rakyat.

“Saya ingin ingatkan, rakyat mahu pemimpin untuk melaksanakan dasar pro-rakyat. Kenyataannya itu (yang mengutamakan tugas MB sebagai pengiring Sultan) menunjukkan beliau tidak faham langsung tugas dan peranan MB,” katanya lagi.

Kenyataan Hafarizam itu pantas dikritik pelbagai pihak, termasuk pemimpin Umno sendiri iaitu bekas timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang menyifatkan isu ‘haid’ tidak timbul jika Sultan berkenan dengan pemilihan itu.

Pecat Hafarizam selaku penasihat perundangan (legal advisor) Umno 

Ahli Parlimen Kulai itu juga memberikan beberapa contoh pemimpin wanita yang terbukti berjaya, antaranya Canselor Jerman Angela Merkel serta Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Aziz yang termasuk dalam senarai Ketua Bank Pusat ‘gred A’ bagi tahun 2013 oleh majalah Global Finance.

“Malah, fakta menunjukkan bukan semua negara yang dipimpin golongan lelaki menunjukkan kemakmuran…Maka kenapa mendiskriminasikan wanita?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memecat Hafarizam sebagai penasihat perundangan parti itu.

“Kita mendengar banyak kritikan daripada pemimpin PR dan BN, namun belum ada apa-apa daripada bekas Menteri Wanita, iaitu Najib. Beliau dahulu kononnya ingin memperkasa golongan wanita…maka bukankah beliau patu memecat sahaja Hafarizam selaku penasihat perundangan Umno kerana kenyataan itu?” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.