Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, July 3, 2014

Kini ISIS mahu musnahkan Kaabah, apa kata Perdana Menteri?

KOMEN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentu menyesal menggunakan kumpulan militan sebagai contoh keberanian.
Najib mendesak Umno mengambil contoh keberanian militan Negara Islam Iraq dan al-Sham (ISIS) baru-baru ini. Kini, kumpulan itu mengancam akan memusnahkan Kaabah di Makkah.
Pejabat Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa ucapan Najib tidak menunjukkan sokongan beliau terhadap ISIS. Di samping itu, Malaysia menganggap ISIS sebagai kumpulan pengganas dan telah menangkap ahli-ahli ISIS yang didakwa berada di negara ini.
Bagaimanapun, ini tidak menyebabkan Najib dilihat tidak bersalah kerana membuat kenyataan tidak bertanggungjawab itu, terutamanya selaku pemimpin negara yang wajar menekankan kesederhanaan. Terdapat banyak lagi contoh keberanian yang boleh digunakan Najib selain kumpulan militan seperti itu.
Akhbar The Huffington Post pada 2 Julai melaporkan kumpulan ISIS berkata, mereka akan memusnahkan Kaabah di Mekah dan membunuh sesiapa yang mengunjunginya, sebagai isyarat perjuangann mereka.
Ini bukan tentang mempertahankan Islam, tetapi penguasaan dunia. Mungkin sedikit sebanyak seperti filem Bond 007 tetapi ini benar-benar berlaku di dalam dunia hari ini.
Minggu lepas, ISIS menguasai setiap sempadan di antara Iraq dan Syria, serta beberapa bandar dan pengkalan tentera di wilayah selatan Iraq.
ISIS mengumumkan penubuhan sistem khalifah, di mana ketuanya Baghdadi diberi kuasa penuh di dalam urusan pentadbiran umat Islam.
Jurucakapnya Abu Mohammad al-Adnani berkata sistem khalifah merupakan impian semua umat Islam dan harapan pejuang syuhada.
AP melaporkan kumpulan militan itu kini memegang kuasa yang menyaksikan Iraq dibelenggu krisis terburuk selepas pengunduran tentera Amerika pada Disember 2011.
Menurut laporan The Huffington Post itu, ahli kumpulan ISIS yang menggelar diri mereka Negara Islam, telah mengumumkan akan memusnahkan Kaabah di kota suci Makkah.
APA, yang mewakili ISIS menjelaskan di dalam laman sesawangnya, mereka akan memusnahkan Kaabah selepas menawan Arab Saudi.
Ahli ISIS Abu Turab Al Mugaddasi dilaporkan media Turki sebagai berkata: “Jika ia kehendak Allah, kami akan bunuh sesiapa yang menyembah batu di Makkah dan memusnahkan Kaabah. Orang ke Makkah bagi menyentuh batu dan bukan kerana Allah.”
Diberitakan, ISIS bercadang menawan kota Arar, Arab Saudi berhampiran sempadan Iraq. Jaraknya sejauh 15 jam perjalanan dari kota Makkah.
Jika ini benar-benar kenyataan ISIS, ia amat memeranjatkan kerana ISIS ingin meningkatkan penyertaan ahli daripada serata bumi Islam dengan membentuk sistem khalifah.
Najib perlu menerima nasihat setiausaha agung DAP Lim Guan Eng agar menarik balik saranannya supaya Umno mencontohi ISIS kerana tindakan yang dilakukan kumpulan pengganas itu.
Beliau tersilap mengangung-agungkan ISIS malah PAS turut menyelar kenyataannya bahawa keberanian ISIS perlu dicontohi. - sumber

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sumber ini dari syiah, tidak logik langsung pejuang ahli sunnah akan merobohkan kaa' bah. Kenyataan ini adalah propaganda syiah yg amat gerun dgn isis

Anonymous said...

Nk terima berita pun agak agaklah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.