Abdul Khalid di beri 14 hari buat rayuan
PETALING JAYA - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh 14 hari
untuk membuat rayuan sekiranya beliau merasakan pemecatan itu tidak
wajar dan beliau dinafikan
keadilan.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jika perlu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mendengar rayuan berkenaan.
"Jika Abdul Khalid membuat rayuan, MPP akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuknya.
"Beliau boleh membuat rayuan mulai hari ini," katanya di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
Terdahulu Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.
Menurutnya, Mesyuarat MPP PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR.

3 orang berkata:
aku berdoa semoga sedara2 semuslim dapat pengajaran dari peristiwa ni,semoga ketaksuban terhadap manusia2 politik dibuang jauh2 kedalam laut...jalan yg mereka guna ialah jalan merebut kerusi..akhirnya bukan keadilan yg dapat,dah tentulah baling2 kerusi juga mcm b.n hehe...aku dari awal langsung x pecaya segala apa yg pr cakap..kerana memang mereka akan sama mcm b.n juga..ye la dua2 lahir dari 'rahim' yg sama..iaitu jalan politik demokrasi..jalan dimana lahirnya semua penyamun2,hipokrit2,penyangak2,penipu2,pemutar2 belit,penindas2 didunia ini..dan tiba2 ada pehak yg mengaku dia oebih baik dari yg lain walhal lahir dari 1 perut yg sama gak,nak percaya?hehe..bezanya kat sinu bn tak pernah lantik bini sendiri jd mb..maksudnya kat sini mereka 2x lebih penipu dari bn muahaha...syukur, semoga kita semua dpt pengajaran dari manusia2 politik ni x kira dari parti mana..merugi masa mentaksubkan mereka.
apa yg ko merepek ni...dok diam2 boleh x...agak2 klu xnk sokong tunggu dun di bubarkan... masa tuh pilih lah beruk mn ko nk ok...
sori bang saya tak mengundi..abg x baca elok2 saya tulis atas tu,buang masa taksubkan org politik..ayat tu x cukup gambaran yg sy x mngundi ke?hehe..baca slow2 la bang.baca laju2 x sempat paham dah reply...
Post a Comment