• Dr Maszlee Malik Dr Maszlee Malik
1 / 1
SHAH ALAM – Pas perlu tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat, 17 Ogos lalu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, Pas perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan dilihat sebagai parti yang tidak tetap pendirian.

“Pas perlu berhati-hati dalam membuat cadangan kerana setakat ini mereka dilihat seolah-olah tidak tetap pendirian.

“Ini akan memberi perspektif negatif kepada rakyat dan pengundi di atas sikap Pas yang tidak konsisten,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berpendapat keputusan parti yang tidak konsisten bakal memberi kesan kepada kepercayaan pengundi.

“Kita mengingatkan kembali mereka (Pas) terhadap persepsi negatif yang bakal dilihat oleh rakyat dan para pengundi.

“Jadi, diharapkan mereka mempunyai satu pendirian yang konsisten. Oleh itu,mereka perlu tetap dengan keputusan yang dibuat 17 Ogos itu,” katanya.

Pertengahan bulan ini, Pas telah mengemukakan satu lagi nama sebagai calon Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, PKR telah menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang disokong DAP.

Semalam, Sultan Selangor telah bertitah agar PR mencadangkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Namun, PKR dan DAP tetap dengan pendirian iaitu menyatakan satu nama sahaja.