Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA ANAK SELANGOR KENA BACA INI, INILAH DIA PKR DAN RAFIZI


 WAYANG LANGKAH KAJANG SUDAH TAMAT

PKR SUDAH KASI TELANJANG SIKAP RAFIZI, YANG GELOJOH, MELAMPAU, KAKI MELEBARKAN KERETAKAN DALAM PR, GOPOH, MEMPUNYAI AGENDA PRIBADI, ANGKOH DAN BONGKAK - Pak Karamu

 

Jumaat, 29 Ogos 2014

PKR S'gor: Siapa Rafizi nak menyuruh itu ini?

PKR Selangor mempersoalkan gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli supaya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai menteri.

Mengaku terkejut dengan kenyataan itu, ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata, gesaan Rafizi (bawah) itu sebenarnya tidak perlu dan hanya “menghina” mereka dan PKR negeri.

“Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB.

“Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian,” katanya yang juga ADUN Sri Muda.

Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan.

Malah, katanya, timbalan presiden dan pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (bawah), yang dicalonkan PAS sebelum ini, juga secara terbuka mengatakan mengikut keputusan parti dan menandatangani SD menyokong Azizah.

“Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti,” katanya lagi.

Rafizi yang baru sahaja dipilih sebagai naib presiden PKR hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar yang dibuat Pemuda PAS.

Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyeru ADUN PKR lain di Selangor supaya mengambil tindakan itu sebagai menghormati keputusan parti itu dan sebagai lambang kesetiaan.

'Angkuh dan bongkak'

Dalam kenyataannya hari ini, Shuhami juga mempersoalkan tindakan Rafizi sebagai naib presiden “mencabar” mereka di media dalam isu itu.

“Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan,” katanya.



Justeru, katanya, kenyataan Rafizi, termasuk “sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam PKR”.

“Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat,” kata Shuhaimi.

Beliau juga berkata, tiba masanya untuk Azizah sebagai presiden dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur “cara melampau Rafizi” kerana banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan.

“Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.

“Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” katanya dengan nada keras.

Beliau juga menggesa tindak-tanduk itu dihentikan 'Wayang Langkah Kajang' sudah tamat dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengalah.

“Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur,” katanya 
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

Rafisi,ibarat budak yang baru pandai menunggang basikal. Bila diberi pinjam nasikal dikayuh ke hulu ke hilir.nak tunjok konon dia dah pandai naik basikal. YANG MENARIK NYA MENURUN BUKIT PUN DI KAYUH. LAJU SANGAT TU. TERLANGKAR BATU AKAN TERSUNGKOR SENDIRI. lihat apa akhirnya jadi pada ezam? Bukahkah semasa dlm.pkr lebih laju frp.lajak.

Anonymous said...

Kalau adun pkr yg dicalonkan PAS semua tarik diri krn terima amaran dr rafizi...kalau PAS calon adun pas jd MB jgn marah...sbb istana sebenarnya mmg nak lantik adun PAS. Pkr parti kona rakyat sultan x mau

Anonymous said...

Rafizi ni pakar strategik parti pelingkup...bila pkr lingkup dia akan pakar auta pula..lepas tu...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.