Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kes liwat: Mohd. Saiful saman Anwar tuntut ganti rugi RM50 juta

13/08/2014 1:04pm

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya enam tahun lepas.

Mohd. Saiful, 27, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, pada 23 Jun lepas melalui Tetuan Zamri Idrus & Co. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan hari ini selepas kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Dalam writ samannya, Mohd. Saiful mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh defendan (Anwar) dan selepas Anwar menuduh laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd. Saiful berkata, perbuatan liwat itu adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Anwar perlu membayar ganti rugi kepadanya di atas perbuatan liwat itu dan akibat fitnah yang dilemparkannya berhubung laporan polis itu.

Mohd. Saiful mendakwa defendan (Anwar) sesungguhnya bertanggungjawab ke atas segala kerosakan dan kehilangan yang dialami plaintif (Mohd. Saiful) akibat diliwat oleh defendan. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Saipul.sudah x boleh kemut..ha.ha kena buasir..kesian saipul..dah x berdaya nak potong taik sendiri

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.