Pas terpaksa terima MB wanita
KUALA TERENGGANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai
calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf
siyasi dalam PR.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit.
Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira.
“Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti.
“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam.
Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah ‘ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).
Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali.
“Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi.
“Wilayah ‘ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham,” katanya.
Mengulas lanjut, pihaknya tiada hak untuk membatalkan keputusan parti lain namun selagi mempunyai ruang membuat keputusan, beliau menegaskan bahawa Pas tetap mengatakan wanita tidak sesuai menjadi menteri besar.
Beliau turut memberitahu Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri.
Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita.
"Dalam PR ini, apa jua keadaan sekalipun kita banyak menasihati. Soal didengari atau tidak adalah isu yang lain. Pada Pas, kita dapat menyempurnakan kewajipan kita,” katanya.

6 orang berkata:
as salam..saya bukan nak ngajo nak kongsi..yg benonya ialah bila kita bawak agama ikut jalan politik ni,kite dh buat agama terikat ngan undang2 politik ni...ada pulak kalo dh nasehat x nak dgr bab agama tapi kita duk ikut belakang dia gak..hujah apola yg dihadangkan utk kita sedara2 muslim saya ni...kita kena gak ikut belakang dia sebab apa?sbb kita dah bawak agama masuk dlm jalan dia..cuba bawak kelua agama tu dari jalan dia..kan xperlu patoh cakap sapa2 yg x betul?sayang nak keluar dari jalan politik ni kan?huhu...saya seru semua sedara mara semuslim saya tlglah jgn taksub pada tiap2 ahli politik tak kira apa parti..jgnlah sesekali jadikan kata2 politik mereka sebagai pedoman hidup hingga kita sesama sedara ni yg kacau bilau..
Ulasan macam macai umno ja...harap pas kluar pakatan....BN printah s' ngor ...dia dpt tender bekal belacan
Ha..ha jgn marah.
x marah biasala la tu kamu org politik memang teror baca org hehe..demi Allah saya x mngundi..ingat saya adap pas n umno mcm kamu?haha sori la..2 2 pas dan umno dari tong ***** demokrasi yg sama la,mana ada beza bai...hehe..
Tak mngundi toksah cita.
x yah la taksub kat umno atau pas wat malu je bro 2 2 kelentong ko pun ko pecaya haha...2 2 pakai 1 jalan,jalan politik demokrasi..2 2 kelentong ko,ko baik punya membontot haha..aku seru ko sbg sedara buangla rasa taksub kat mereka tak kira apa parti..
x yah la taksub kat umno atau pas wat malu je bro 2 2 kelentong ko pun ko pecaya haha...2 2 pakai 1 jalan,jalan politik demokrasi..2 2 kelentong ko,ko baik punya membontot ikut mereka haha..aku seru ko sbg sedara buangla rasa taksub kat mereka tak kira apa parti..
Post a Comment