Apabila politik dianggap peluang - Presiden PAS
- Butiran
- Diterbitkan: 09 September 2015
- Ditulis oleh HANNA ROSLI & IZWAN ABDUL HALIM
TANGKAK:
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan,
hanya dengan melaksanakan Islam sahaja akan mampu menyelesaikan segala
kemelut yang melanda negara mutakhir ini.
Ujar beliau, terjadinya isu kewangan
RM2.6 billion, 1MDB, KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan Mikka Holdings yang
merunsingkan rakyat negara ini adalah natijah apabila politik
dianggap sebagai satu peluang dan bukannya amanah.
Dalam ucapannya, Tuan Guru membandingkan
isu-isu tersebut dengan mengemukakan kisah keraguan dan pertikaian
penduduk Madinah terhadap Khalifah Umar al-Khattab yang memakai jubah
dari kain baharu diperolehinya.
Tegas beliau, PAS telah menunjukkan
contoh pemerintahan Islam sebagaimana dilaksanakan di Terengganu dan
juga di Kelantan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,
serta Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Kedah.
“Tidak ada seorang pun pemimpin kami
yang berlagak. Kita dah memerintah 20 tahun lebih di Kelantan, DAP baru
sepenggal di Pulau Pinang. Baru sepenggal memerintah nak lawan hudud,
nak tunjuk berlagak. Memerintah Pulau Pinang sekangkang kera nak
tunjuk berlagak, nak lawan hudud. Belum lagi Putrajaya, kalau menang
Putrajaya, kita tak tahu apa dia nak buat pada Islam?
“PAS ada maruah, ada harga diri. Kita
bukan macam Umno tak berani nak lawan MCA dan MIC, kita lawan semua,
kita pertahan, kita ada Istiqamah dengan Islam ini, ini beza PAS dengan
parti-parti lain, mesti paham, kita sanggup tak menang 50 tahun lebih,
kerana menang adalah satu amanah, bukan satu peluang,” katanya pada di
Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 11), di sini, 5
September.
Beliau menegur segelintir ahli PAS yang
merasa kemenangan menjadi lambat kerana PAS meninggalkan DAP sedangkan
sudah hampir dengan Putrajaya.
Tegas Tuan Guru, PAS mahu menang dengan membawa Islam, sedangkan DAP menentang agenda Islam di bawa PAS.
Katanya, PAS mempunyai Dewan Himpunan
Penyokong PAS yang menghimpunkan penyokong PAS dari kalangan masyarakat
India dan Cina bukan Islam.
“Kita boleh bertanding bukan sahaja
kawasan Umno, kawasan DAP pun kita akan letakcalon bertanding. Kita ada
kekuatan sekarang, yang penting ialah, kita kerja kuat dan ikhlas.
Kita mahu kemenangan yang diisi dengan menunaikan amanah,” tegas beliau.


1 orang berkata:
“Sungguh Kami telah mengutus kepada setiap umat itu seorang rasul (mereka mengatakan kepada kaumnya): Ibadahlah kepada Allah dan jauhi thaghut” (QS. An Nahl [36]: 36)
“Siapa yang kufur terhadap thaghut dan beriman kepada Allah, maka dia itu telah berpegang teguh kepada buhul tali yang sangat kokoh (Laa ilaaha ilallaah)” (QS. Al Baqarah [2]: 256)
dah la x jauhi toghut..bahkan bawa register undang2 Allah berundang2 kebawah toghut demokrasi berperembagaan lord reid..
ini sangkut kat tauhid...bukan sangkut kat bab cabang mcm mana cara nak amek wuduk ni...
lagi baik main2 kat perkara lain dari main2 kat perkara yg sangkut kat tauhid...
anwar ke najib ke pas ke 2x5 je parti ape pun...
jgn ler taksub..buang masa je
hehe
ghb n pas 2 2 penah tido sebantal ngan dap..pas baru je kenal dap la ni...padahal budak tadika pun dh lama kenal sangat dap tu sape hehe..
pas punya lah payah nak kenal dap...lepas tu dia ngaku dia sorang je "kenal" agama( yg dia telah registerkan undang2 Allah berundang2 dengan demokrasi berpelembagaan lord reid...)
ko nak percaya?
tu sesama kita baca balik ayat2 Allah tu..
insyaAllah ye..
Post a Comment