Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHFUZ, HANG FIKIAQ LA SAPA YANG MULAKAN, MASING-MASING KERAS KEPALA

Pas patut berunding, kata Mahfuz

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
SUBANG JAYA – Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan dengan pakatan.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan perlu diadakan bagi memastikan terjalinnya kerjasama dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Saya berharap Pas lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini. Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej  tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh Pas, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini,” katanya ketika Sinar Online.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan jadi blok baharu pembangkang]

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan Pas untuk bergabung bersama DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara dalam usaha membentuk pakatan baharu.

“… Ya, saya masih mengharapkan penyertaan Pas dalam pakatan ini atau pun ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.

“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa Pas, pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan. Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan perlu menghubungi Pas dan Pas juga harus sedia untuk duduk di meja perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,” katanya lagi.

9 orang berkata:

Anonymous said...

cakap mcm ye2 je padahal sama je mcm parti lainlain registerkan dasar masing2 berhukum dengan demokrasi lord reid hehe...bahkan ko registerkan quran dan sunnah berhukum dengan perundangan demokrasi lord reid...
sembang bukan main gempak beriye2
fakta tu bukan rekayasa tu..

zulkifli said...

syukur kpd Allah pas tidak bersama dgn parti langgar baiah dan taklik..geng pengkhianat...

Anonymous said...



1} Sape yg mulakan isu Fitnah KAFIR mengkapir dahulu tuh?

2) Sape yg mulakan Fitnah memfitnah ddlm PR sprt kes pilKhodda & komunis tuu??

3) Sape yg mulakan khianat Watikah 3 penjuru sampai libatkan 7 kawasan tur???

Anonymous said...

2x5 je apa parti pun hehe..

Anonymous said...

Yang keras kepala tu hanglah pakarmu.tak reti2 tak faham2 dengan tingkah tak laku hadi ,haron dan mahfoz johor.kalau sombong sangat mengapa tak keluar je dari tadbir selangor bersama cina babi DAP.muka letak ka buntut.

Anonymous said...

Yang keras kepala tu hanglah pakarmu.tak reti2 tak faham2 dengan tingkah tak laku hadi ,haron dan mahfoz johor.kalau sombong sangat mengapa tak keluar je dari tadbir selangor bersama cina babi DAP.muka letak ka buntut.

Anonymous said...

Pas hipokrit penjual agama

Anonymous said...

Budak budak pancai meroyan sbb tak siapa nak peduli sgt dgn progresif n peduli selain dr cina bukit penang.what a shame people

Anonymous said...

PAN tu bkn kah dikalangan org2 yg kecewa dan yg dari PAS ka..org2 yg telah tewas dlm Muktamar hari tu..kemudian tubuh parti baru..siapa mereka ini nak duduk semeja dgn PAS..syabas pada pemimpin2 PAS..In sya Allah kami tetap berada dibelakang Pemimpin2 PAS..bukan kedudukan pilihan kami,tapi keredhaan Allah dlm memperjuangankan bagi memartabatkan Hukum Allah yg kami pilih..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.