Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKAI JANGAN LETAK KAT LUTUT, PAS ADA MARUAH .....

BILA  PKR AMANAH DAN DAP BUAT KEMPEN, AMANAH ATAU DAP HANTAM SAMA PAS, BILA TIMBUL ISU SEMANGAT MAKA PKR TURUT SENYUM ATAU TEPOK TANGAN ? APA PERASAAN KO RANG, SEDAP, PUAS ? ITU YANG KITA KATA LEBIH BAIK PAS BERSENDIRIAN, PAS HILANG KUASA KAT SELANGOR TAK PE ASALKAN MARUAHNYA TIDAK TERGADAI, PILIHANRAYA TAK LAMA LAGI - Pak Karamu
 
 
 Pas kekal di Selangor jika kerjasama dengan PKR
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin
 
SHAH ALAM - Kerjasama politik antara PKR dan Pas perlu dikekalkan khususnya di Selangor dalam memastikan wakil rakyatnya terus kekal dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. 
 
Naib Presiden PKR, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata hanya PKR satu-satunya parti pembangkang yang sentiasa terbuka untuk melakukan perundingan politik dengan Pas.

"PKR mengadakan perjanjian dengan semua pihak, kerana kita merasakan penting untuk kita berdepan dengan Umno-BN, ia perlu dilakukan berdepan satu lawan satu.

"Kalau Pas nak terus bekerjasama dengan PKR, tak jadi masalah, tapi Pas ada tempat untuk melakukan perundingan," katanya kepada Sinar Online.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerjasama politik Pas dengan PKR boleh terputus jika PKR mengkhianati parti Islam itu.

Mohd Khairuddin berkata Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya, DAP di kawasan Pas.

Dalam pada itu, Shaharuddin juga berkata, Pas perlu kembali kepada prinsip ta'aun (bantu membantu) dan bukan semata-mata bersiang dalam politik.

"Tak timbul kalau kamu kerjasama dengan musuh kami, maka kamu dianggap musuh, kerana perlumbaan dan persaingan politik tidak berasaskan kepada Islam.

"Politik kita adalah politik kebajikan, politik dakwah, kita boleh bercakap, kita boleh berbincang dengan siapa saja," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.