Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPAPUN PERINTAH KEDAH DISANA PASTI ADA JEBON ?

Adun tandatangan sendiri SD, bukan kena paksa
Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
ALOR SETAR - Tidak timbul isu Adun di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 
 
Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau difahamkan majoriti Adun telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.

"Nak sign signlah...kena ada keberanian. Anda YB, takde paksa, rela...YB kena ada stand (pendirian), itu baru wakil rakyat.

"Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di sini hari ini.

Beliau mengulas maklumat yang viral di media sosial bahawa 19 daripada 21 Adun BN di Kedah telah menandatangani akuan tersebut.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad Bashah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri.

Krisis itu berlarutan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan Umno Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, beliau tidak mengetahui jumlah sebenar Adun yang menandatangani akuan tersebut kerana itu diuruskan oleh seorang rakannya yang bergelar 'YB'.

Katanya, masalah membabitkan kepimpinan Menteri Besar Kedah bukan pertama kali berlaku dan beliau bersama wakil rakyat yang lain mendesak untuk tindakan itu kerana mahukan perubahan dalam kepimpinan.

Berhubung perkara itu dijadikan isu oleh parti pembangkang terutama Pas, Ahmad Bashah berkata, perkara sama turut berlaku ketika Pas menguasai kerajaan negeri pada 2008 hingga 2013.

"Kami bukan hendak bergaduh tetapi hendak baiki. Kami hanya minta perubahan untuk kebaikan.

"Bukan saya seorang, tetapi 14 (daripada 15) ketua bahagian. Saya cuma Timbalan Pengerusi kena bawa hasrat semua," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.