Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUKHRIZ MASIH SUKAR JATUH

Nasib Mukhriz ditentukan Adun, Jemaah Pemangku Sultan
Nasib Mukhriz ditentukan Adun, Jemaah Pemangku Sultan
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) disambut meriah ketika hadir di hadapan Bangunan Tunku malam ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dun atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu, kata pakar-pakar perlembagaan.    
 
Profesor Undang-undang, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata jika sidang Dun Kedah sedang berlangsung, kedudukan Mukhriz perlu ditentukan berdasarkan sokongan ahli-ahli Dun itu.

"Kedudukannya di dewan bergantung pada sokongan majoriti sama ada dari Adun kerajaan atau Adun-adun lain," katanya kepada Bernama hari ini.  

Bagaimanapun, katanya jika sidang Dun Kedah tidak berlangsung ketika ini, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah memandangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika ini sedang menduduki jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

"Buat masa ini, kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.   

Shad diminta mengulas mengenai pengumuman oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini yang menyatakan hampir seluruh kepimpinan Ummno Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.


Sementara itu, seorang lagi pakar perlembagaan Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, pengumuman oleh Ahmad Bashah hanyalah satu 'pandangan' dan tidak sah dijadikan 'dokumen' dalam menentukan kedudukan Muhkriz sebagai Menteri Besar.  

Beliau yang merupakan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata ia sebaliknya perlu dibawa ke sidang Dun dengan undi hilang keyakinan perlu dilakukan oleh ahli dewan dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah.    

"Ini adalah basic (asas)...kita sudah lalui beberapa pengalaman seperti ini, yang terbaharu di Selangor dahulu.

"Ahli-ahli dewan perlu menyatakan pendirian dengan menandatangani 'statutory declaration' bahawa mereka hilang kepercayaan kepada Menteri Besar.

"Jika jumlah tersebut majoriti (mudah) barulah ia menjadi sesuatu yang sah dan membawa kesan kepada kedudukan menteri besar, yang kemudian perlu dipersembahkan kepada Sultan untuk membuat keputusan," kata Shamrahayu.


Sementara itu, penganalisis politik Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, selepas mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz, Ahmad Bashah selepas ini pastinya akan cuba membawa perkara itu ke sidang Dun untuk memutuskan kedudukan Muhkriz.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu menyarankan kepimpinan Umno di peringkat pusat mendapatkan maklum balas semua pihak di negeri itu termasuk masyarakat agar keputusan yang dibuat nanti tidak bercanggah dengan kemahuan Rakyat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.