KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi
 Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung krisisMenteri Besar Kedah,
 hari ini.

Bagaimanapun, Najib yang juga Perdana Menteri, tidak menyatakan
 cadangan tersebut dan memberitahu bahawa perkembangan selanjutnya
 mengenai perkara itu akan diumumkan nanti.

"Saya maklumkan pada MT (Majlis Tertinggi Umno) bahawa saya sudah
menghadap Pengerusi Jemaah Diraja (di sini) pada pagi tadi, dan saya
telah sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama pihak Umno.

"Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam
sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada mesyuarat MT hari ini ada
membincangkan mengenai kedudukan Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Diminta mengulas mengenai laporan media berhubung tiga nama dikatakan
 dikemukakan bagi menggantikan Mukhriz, Najib berkata:"Nanti saya
maklumkan, tiada penolakan (terhadap cadangan yang dikemukakannya),
 majlis itu berjalan dengan baik,"

Najib berkata, beliau selaku presiden UMNO, mengambil maklum dan
 memberi pertimbangan serius mengenai krisis kepimpinan di Kedah.

"Kita dengar adanya permasalahan, tapi ini diputuskan oleh ketua-ketua
Bahagian Umno, ada 14 ketua Bahagianputuskan perkara ini. Jadi sebagai
Presiden, saya kena ambil maklum dan beri perhatian yang serius kepada
pendirian ketua-ketua bahagian UMNO ini," katanya.

Kedudukan Mukhriz menjadi teka-teki susulan pengumuman pada 20 Januari
 lalu bahawa hampir keseluruhan pimpinan Umno Bahagian di Kedah hilang
kepercayaan terhadap beliau selaku Menteri Besar dan Pengerusi Umno
Kedah. - Bernam
a