Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK NIK AZIZ JADI DURI DALAM DAGING PAS ?


RASANYA PAS MEMPUNYAI MARUAH.

ORANG PAS PERLU MENJAGA MARUAH PARTI SEKIRANYA PARTI ITU DIHINA DAN DICERCA.

NAMUN NAMPAKNYA ADA MANUSIA YANG TIDAK FAHAM DENGAN MARUAH.

ALASAN DANGKAL YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDIRIAN DIRI TIDAK LAYAK MENJADI MANUSIA YANG BERMARUAH.

APAPUN PAS TIDAK PERLU MENYIMPAN ONAK DAN DURI DIDALAM PARTI.

APAPUN ALASAN MENGIKUT PEREDARAN MASA, MARUAH DAN KETEGASAN PERLU ADA.

ORANG ISLAM BUKAN HENDAK JAGA KERBAU SEKANDANG AKAN TETAPI HENDAK MENJAGA MARUAH AGAMA ALLAH S.W.T

-Pak Karamu- 

 

Bonda tidak izin bertanding ..


KOTA BHARU - Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menegaskan beliau tidak akan menyertai Amanah termasuk bertanding pada PRU14.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah yang menjelaskan beliau antara individu yang akan menyertai Amanah dan sedang melakukan perundingan keluarga.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu berkata, keputusan itu dibuat adalah kerana faktor ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang tidak memberi kebenaran untuk berjuang dalam bidang politik.

Mengakui bahawa kecenderungan untuk berpolitik wujud hasil didikan Allahyarham bapanya, Pengetua Maahad Darul Annuar, Pulau Melaka itu berkata, pandangan ibu mesti menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dalam kehidupannya.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan,
“Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Nik Omar yang tidak memiliki jawatan dalam Pas dikatakan akan menyertai Amanah dan akan bertanding dalam PRU14.

Amanah dikatakan mencalonkan beliau di kerusi Dun Chempaka, iaitu kawasan yang pernah ditandingi Nik Abdul Aziz.

Ketika ditanya adakah beliau mengadakan pertemuan dengan pimpinan Amanah dalam masa terdekat, Nik Omar mengakui tidak ada masalah memberi pandangan dengan pimpinan parti itu.

“Saya secara peribadi tidak suka bergaduh, suka berkawan semua orang. Saya tidak ada masalah jumpa dengan semua orang termasuk pimpinan Amanah.

“Mungkin pemikiran saya lain, jadi pandangan dilihat selari dengan apa yang dibawa oleh Amanah,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, masih ahli Pas tetapi membawa pandangan berbeza iaitu parti itu tidak boleh berkembang dengan pendekatan yang dilakukan kini.

“Saya masih ahli Pas dan ahli seumur hidup selepas balik dari Mesir. Kalau tanya, saya juga pangkah Pas, tetapi saya melihat untuk menang dalam politik kita mesti dalam gabungan.

“Sekarang ni Pas sendiri. Pas itu kuat, tetapi gabungan itu tidak kuat, itu yang saya tekankan dan Pakatan Harapan memiliki gabungan yang kuat dengan empat parti memiliki kekuatan masing-masing,” katanya.

22 orang berkata:

Anonymous said...

tapi nik omar tu bermaruah, dia patuh pada ibu dan tak jadi anak derhaka mcm nik abduh. patuh pada ibu jadi duri dalam daging ke pak karam? yg mana wajib kita buang anak derhaka atau anak yg patuh pada ibu? kalau yg berkawan dgn cia kafir harbi tu mcmana pulak?

Anonymous said...

pak karam nak bagitau apa ni? patuh pada ibu tu tak penting ke? atau pak karam nak bagitau ahli mesti wala' pada presiden mengatasi hormat pada ibu. si ibu tu pulak bukannya calang2, dia balu seorang tok guru yg dihormati. ishh merepek la pak karamu ni, dah nak jadi pemecah belah keluarga org pulak ke? taubatlah pak karamu, esok pak karam belum tentu masih bernyawa.

Anonymous said...

posting hang ni kan, takdak rasa hormat langsung pada keluarga arwah tok guru nik aziz. org mcm hang ni yg patut dibuang dari jemaah sebab hang ni jenis pemecah belah dan batu api. hang tunggu laa di masyar nanti karamu oii.

~PakKaramu~ said...

Salam,

Sungguh kasihan ! Apabila menjadi seorang islam tapi tak faham Al-Quran,

Sila rujuk surah At Taubah ayat 24. Baca juga surah Al Maidah ayat 44 dan tafsirnya

Anonymous said...

kepala hangguk hang karamu .hang ingat pas tu agama ka? hang ingat hadi tu rasul ka? surah at taubah ayat 24 tu perbandingan cinta dunia dan cinta agama (jihad) pada Allah dan rasul la bahlol. jihad parti pas pembohong, ruu355 pun dah pass baton pada umno, ulama pas baham dedak umno, ulama ponteng parlimen tapi ambikduit elaun. ulama mcm tu kau nak bandingkan dgn cinta agama dan rasul? hang pi mengaji balik la karamu oii, sesat teruk dah hang ni.

Anonymous said...

Ibu nik omar larang beliau sertai pakatan haprak,,kerana arwah nik aziz istiqomah dlm pas sampai mati. Beliau juga meredhai nik abduh kekal dlm pas. Geng bahlol pan cuba spin situasi. Nik omar tu takut derhaka ibu ja,,jika tidak dah jadi balaci dan baruah dap. Manakala nik abduh kekal bersama pas dan direstui ibu,,,mana lebih baik anta dua ni wahai baruah2 bahlol balaci dap??

Anonymous said...

Pakkaramu sendiri buta agama salah tafsir ayat Quran
Pas bukan agama!
Pas hanya sebuah parti tepi parit yang bermodalkan agama demi periuk nasi sendiri!

~PakKaramu~ said...

Buta perut ? Saya tak kata PAS tu agama, apa yang saya rujuk sebab dasar PAS menepati agama, boleh faham ?

Hangpa rujuk pada DAP dan PAN ka ? patut la tak faham ! siyaaaaan !!!

Anonymous said...

Marah nyer dia.. hingga terserlah kebodohan melampau.. Pas bukan agama! Budak tadika pon tahu.. kau baru tahu ker? Bodoh ya amat kau nii..

Anonymous said...

Ayat ayat setan..

Anonymous said...

Kita sama sama tunggu di masyar..
Tunggu untung nasib..
Ke neraka ker ke surga ker..
so.. kurangkan maki hamun, fitnah.. takut muflis pulak kat masyar nantii.. sukar sendiri punya dulu..

Anonymous said...

Tapi hang petik ayat quran dan umpamakan seolah anak nik aziz tu buat salah bila dia rujuk pada ibunya dan seolah2 dia menentang syariat Allah sebab membelakangkan parti. Hang mmg tak hormat langsung keluarga arwah tok guru nik aziz. Nik aziz istiqomah lawan bn awat tak ikut? Awat ada lebai baham duit umno? Posting hang ni memecah belah keluarga. Kepimpinan yg baik bermula dari keluarga. Hadi gagal tarbiah keluarga sebab tu anak sedara berani bertanding lawan dia, awat tak bincang pulak soal tu?

Anonymous said...

kikiki teruk sungguh hang ni karamu. KuNan tuduh petugas pas ambik pil kuda tapi hang tak cakap apa2 pun. nik omar patuh cakap ibu dan tak keluar dari jemmah tapi hang buruk sangka yg bukan2. kaedah mana hang guna?

hewaidashalaby said...

( نقدم لكم بعض الخدمات فى الاعمال المنزلية الممثله فى التنظيف الشامل للمنزل ومكافحة الحشرات وعزل الاسطح وكشف تسربات المياة ونقل الاثاث بكل انوعه كل ذلك يساعد فى الحصول علي مظهر رائع بواسطة افضل الفنيين والمتخصصين فى هذا المجال باستخدام احدث المعدات)
شركة عزل اسطح بابها
شركة كشف تسربات بابها
شركة تنظيف خزانات بابها
شركة مكافحة حشرات بابها
شركة عزل اسطح بخميس مشيط
شركة كشف تسربات بخميس مشيط
شركة مكافحة حشرات بخميس مشيط
شركة تنظيف منازل بالطائف
شركة نقل عفش بالطائف

hewaidashalaby said...

شركة رائدة فى مجال التنظيف حيث انها تقوم بكافة انواع التنظيف مثل الفلل والشقق والبيوت والشركات , كما ننظف ايضا السجاد والموكيت كل ذلك بأفضل المعدات وأمهر العمال , فنحن نعمل تحت خطة عمل مميزة مما يجعلنا الافضل فى هذا المجال , لاتتردد فى الاتصال بنا وكن واحد من عملائنا الكرام ونحن نضمن لكم سرعة العمل والجودة عالية شركة تنظيف بالطائف
شركة مكفحة حشرات بالطائف
شركة نقل اثاث بالطائف
شركة تنظيف خزانات بالطائف
شركة تنظيف منازل بالطائف
شركة عزل اسطح بالطائف
شركة عزل خزانات بالطائف

Anonymous said...

Anak nik aziz yg lagi seketul tu yg berkawan dgn CIA, derhaka dgn bapak dan baham duit umno tu kira mcmana karamu? Yg tu ok ke? Mengikut dasar dan syariat islam ke?

Anonymous said...

Bila anak buah lebai hadi nak bertanding lawan hadi, pak karam diam menikus takut nak usik. Sekarang ni nik aziz dah arwah, mcm2 karamu belasah anak beranak dan balu dia. Kesian nampaknya keluarga arwah nik aziz dah dilayan mcm sampah oleh blogger cia mcm karamu. Nampak sangat blog ni pro ulama teganu yg tergila2 nak bergabung dgn umno. Padahal arwah dulu bermatian lawan umno. Kesiyaaaaan.

Anonymous said...

BERIMAN DENGAN PARTI POLITIK SATU KESILAPAN BESAR.

“Sesiapa yang bersemangat mempercayai sepenuhnya apa yang dibawa mana-mana parti, maka dia akan kecewa,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook miliknya, malam tadi. Beliau berkata demikian bagi mengulas situasi rakyat dalam memilih parti yang selayaknya menjelang PRU14 nanti.

Beliau mengingatkan sekiranya rakyat cuba ‘beriman’ dengan segala dakwaan dan janji parti-parti yang ada, maka itu sebenarnya satu kesilapan yang besar.

“Dalam persaingan politik kepartian yang sedang kita saksikan, sebenarnya bukanlah percaturan pemilihan antara yang terbaik dalam kalangan yang baik. Sebaliknya, ruang pemilihan yang paling kurang mudarat antara yang mudarat, itulah realiti yang ada.

“Kita sedang mencari antara yang kurang temberang dalam kalangan yang temberang,” katanya.
Beliau berkata, dari segi tuntutan agama, seharusnya setiap individu hendaklah berpegang dan berdiri atas prinsip, sementara orang politik bicaranya berubah berdasarkan musim undian dan kuasa yang ingin diperolehi.

“Apa yang sedang kita saksikan daripada ahli politik yang berserban sehingga yang ke kelab malam, berbohong itu seakan rukun mereka dalam berpolitik.
“Semalam mereka halalkan, hari ini mereka mengharamkan. Semalam mereka nerakakan, hari ini mereka beri label syurga. Semalam mereka bantah, hari ini mereka sokong. Bukan sahaja berita media mereka putar, nas-nas agama juga mereka pusing mengikut kehendak semasa mereka,” katanya.

Justeru, Mohd Asri menasihatkan rakyat supaya memilih parti politik yang paling kurang bahaya iaitu yang lebih dekat untuk mencapai urus tadbir negara dengan lebih cekap dan telus.

“Memang, sepatutnya kita mencari yang paling cemerlang dalam kalangan yang terbilang untuk diberikan tanggungjawab pentadbiran negara. Namun, malangnya yang tinggal kini kita mencari siapakah yang dijangka kurang merosakkan urus tadbir negara jika diberikan kuasa,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau mendakwa parti-parti yang gah dengan pelbagai slogan dan manifesto itu, kesemuanya tiada ketelusan dan rakus terhadap kuasa.

“Individu-individu yang memimpin setiap parti itu mempunyai pelbagai kehendak dan kepentingan diri. Di samping, kita tidak menafikan di sana ramai juga yang ikhlas dalam pelbagai parti yang ada.

“Mereka itu ‘ghuraba’ (orang asing) dalam lautan cita-cita politik yang sering kali mempunyai ‘kehendak peribadi’ yang dihiasi dengan ungkapan ‘demi kepentingan rakyat’,” katanya.

Novi Triyanti said...

Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

Anonymous said...

pak karam, dengar cerita ustaz nik abduh nak bertanding di chempaka. aduh! nak balik mengundi ke tak ni? kalau saya undi anak derhaka apa hukumnya? saya masuk syurga tak??

Anonymous said...

Pakaramu ini agen cia agaknya. Dia plan nak lagakan anak-anak TGNA pula.
Aku tak faham! Pas dalam bahaya - ramai sangat agen risikan dari dalam dan luar negara. Sebelum terlambat dan memalukan sebaiknya ramai keluar dari parti pas secara bermaruah!

Anonymous said...

Cerita budak ngok kena kelentong tuan lobai.... Itu pasal 70:21:0 kih3

https://www.youtube.com/watch?v=4cTD1CHPoZs

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.