Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM BERJAYA HURUHARAKAN PAS DAN KELUARGA NIK AZIZ ?

ANDAINYA PAS TUMBANG DI KELANTAN, HARAP PAN BOLEH SEKULARKAN KELANTAN DAN RAKYATNYA SEKALI !

TAHNIAH KEPADA HUSAM KERANA BERJAYA PUJUK ANAK NIK AZIZ MASUK PAN SEKALI GUS BERJAYA GONCANG PAS ? ! 

HARAP AL- MARHUM NIK AZIZ JUGA TENANG DIPUSARANYA OLEH ANAK BUTIR !

HU, HU, HU, HU !

TUHE JADIKAN HUSAM ANAK BUTIR !

RAKYAT KELANTAN KENA RESPEK NGAN HUSAM, SEBAB DIA ANAK BUTIR MALAYSIA DAN NIK AZIZ ? 

-Pak Karamu- 

 

Saya harap pemimpin Pas bertenang sahaja: Husam

AddThis Sharing Buttons

Saya harap pemimpin Pas bertenang sahaja: Husam
Husam menyampaikan ceramah di Kota Bharu, malam tadi.
(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU – “Cool...(bertenang),” itu nasihat Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa kepada semua pihak walaupun Pas kelihatan ‘panas’ berhubung  keputusan Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, semua pihak tidak perlu melayan tindak tanduk pemimpin Pas yang memperlihatkan ‘kepanasan’ mereka memandangkan Nik Omar telah pun membuat keputusannya sendiri dan berusaha mencapai kemenangan demi rakyat dan negara.

“Ini membuktikan Nik Omar menyumbang positif kepada kekuatan Pakatan Harapan dan kepada semua pemimpin Pas untuk terus bertenang memandangkan banyak lagi kelatahan dibuat pemimpin Pas yang boleh menimbulkan kesan negatif kepada Pas sendiri.

“Saya merujuk kepada kenyataan secara umum melibatkan kepimpinan tertinggi Pas,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya harap mereka dapat bertenang dan tidak mendedahkan Pas dengan kesan negatif yang besar, sekali gus menganggap ini satu perkembangan politik demokrasi Malaysia,”katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah.

Ketika diminta mengulas mengenai keretakan hubungan keluarga Nik Omar, beliau menjelaskan perkara tersebut tidak perlu diulas panjang memandangkan ia merupakan privasi semua pihak.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Jika ditakdirkan anda bermimpi bertemu Rasullah, jagalah adab dan jangan disebarkan mimpi itu kepada sesiapa kerana ditakuti menjadi fitnah dan riak.

Anonymous said...

Takkanlah hanya nik omar seorang masuk Amanah, pas dah berpecah? Kan pas banyak lagi tokoh seperti nik abduh, tantawi, razman, q7, nik amar, zuhdi dan moktar senik. Apa yang nak kecoh sangat sampai termimpi2? Kemon la pak karamu..

Anonymous said...

Tak payahlah nak temberang pakaramu.....kita tunggu saja keputusan pru14 pada 10/5 ni. Temberang banyak sangat pun bukan boleh tarik undi.

Anonymous said...

Mcm mna nak menang. Calon parti lain sebuk kempen pasal manifesto parti masing2. Parti kita sibuk pasal nik omar, pasal mimpi, pasal nik aziz kaki satu... Alahai, sedihnya.....

Anonymous said...

Hebat seorg bernama Nik Omar..pilihan masuk Amanah buatkan PAS gelabah mcm dunia nak kiamat. Lebai2 semakin jiwa kacau.

Parti yg menyemai kebencian sesama umat Islam dan masyarakat berbilang kaum di Msia..itulah PAS.

Takbirrrr

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.