KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meragui keikhlasan kerajaan PH menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Katanya, pembangkang berterima kasih dengan keputusan itu dan percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Beliau bagaimanapun percaya ada hubungan dengan langkah politik Kerajaan PH menjelang PRK  Dun Rantau tidak lama lagi.

"Pembangkang berterima kasih dengan keputusan itu dan percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

"Ia juga dipercayai ada hubungan dengan langkah politik Kerajaan PH menjelang PRK Dun  Rantau tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD]

Hal demikian, Ahmad Zahid berkata, kenyataan media Jabatan Perdana Menteri mengenai keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD tidak mengikut formaliti pentadbiran.

"Ia hanya boleh disahkan melalui tanda tangan Perdana Menteri sendiri, yang kemudiannya membawa usul itu ke Parlimen agar direkodkan dalam hansard rasmi.

"Pendekatan ini tidak boleh diterima dan tidak menjamin ianya akan berubah bila-bila masa sahaja, apatah lagi ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa," kritiknya.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, pembangkang menggesa kerajaan mengikut prosedur tetap bagi mengumumkan keputusan berkaitan dasar luar negara ini.

"Selagi ia belum dimasukkan ke dalam hansard Parlimen, kami sukar untuk mempercayai keikhlasan kerajaan dalam membuat keputusannya," tegasnya.