Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA NASIB ADIB DIBAWAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN ?

NAK TUNGGU RULE OF LAW YANG MAHADHIR KHABAQ ! 

Masalah hilang nyawa pun boleh main-main ?

lagi pelik, kes bedah siasat ni hanya boleh dengar dalam mahkamah je,

ADA APA RAHSIA BESAR ?

Lokman dakwa beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   



Anggota Majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa beberapa menteri kabinet telah meminta laporan bedah siasat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diubah.

Lokman membuat dakwaan itu semasa protes yang diadakan malam ini bagi membantah kerajaan yang didakwa gagal bertindak terhadap individu yang didakwa membunuh Adib.

"Beberapa individu dalam kabinet, antaranya Waythamoorthy, telah meminta supaya laporan ini dipalsukan dan ditukar menjadi Adib meninggal dunia kerana accident ataupun dilanggar kenderaaan.

"Adakah saudara-saudara nak membenarkan perkara ini berlaku di negara kita?" Soalnya kepada kira-kira 100 orang yang hadir.

Lokman bekata pihak polis sebelum ini menyatakan bahawa Adib telah diserang dan empat individu disiasat kerana cubaan membunuh.




Polis juga katanya telah memohon daripada jabatan peguam negara (AG) agar kes itu ditukar daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Ini sebenarnya yang patut berlaku dan AG sepatutnya membenarkan dan meluluskan permohonan pihak polis," katanya.

'Inkues dengan persetujuan PM'
Bagaimanapun beliau mendakwa Peguam Negara, Tommy Thomas mengarahkan inkues dilakukan terhadap kematian Adib selepas berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dan dengan persetujuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Ini bermakna orang yang sudah ditangkap dan sudah didakwa di mahkamah di bawah cubaan membunuh,  sekarang orang ini ada cukup masa untuk melarikan diri ke mana-mana negara yang mengharamkan hukuman mati," katanya.




Ketika ditanya wartawan kemudian, Lokman memberitahu selain Waythamoorthy, beliau dimaklumkan beberapa "menteri India" terlibat dalam komplot menutup kes itu.

"Mereka bimbang dapatan bahawa Adib telah dibunuh akibat daripada dipukul akan menyebabkan rusuhan kaum.

"Jadi kita nak beritahu rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu kita adalah orang yang rasional. 

"Kita tak mudah buat rusuhan. Yang jahat ni tiga empat orang ni,  kalau empat orang ni sudah didakwa di mahkamah kerana cubaan membunuh, memadailah empat orang ini dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh," katanya.

Lokman juga mendesak kerajaan mendedahkan laporan bedah siasat sebenar terdahap allahyarham.

Adib, 24, cedera parah selepas dikatakan diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di Subang Jaya pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.



7 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karam... Bagi la polis buat kerja. Kalau pak karam nak menyibuk, jadi polis la. Kan baik pak karam perah otak mcm mna nak penuhkan tabung utk bantu tuan guru kita bayar upah peguam kat London. Bagi la idea mcm mna kita nak tolak audio nik abduh drp jadi bukti perbicaraan itu nanti. Kedudukan tuan guru kita dlm bahaya kalau audio tu dijadikan bukti. Jgn la dok merapu fikir benda lain yg bukan tugas pak karam nak settlekan. Bior polis buat kerja polis.

Anonymous said...

Berat tuduhan lokman lobak tu. Laporan polis dah dibuat sebab lokman ganggu siasatan polis. Pak karam pun nak jadi lobak jugak ka?

Anonymous said...

Alhamdulillah. Saya baru ja jual rumah dan kereta. Dapat la 300k lebih kurang. Jap lagi saya bank-in duit utk derma tabung UK tu. Pak karam dah jual rumah ke belum? Jual buah pinggang pun ok.

Anonymous said...

Klu karamu ada bukti org yg bunuh adib tu bg la kat polis. Senang skit polis nak buat keja. Klu setakat nak menyalak baik jadi hanjing

Anonymous said...

Pakaramu.
Tak keluar cerita ker? Sorang positif ganja. Sorang lagi positif syabu. Depa dua org ni bukan ahli dap.

Anonymous said...

Yg ngisap syabu tu katanya pengusaha pusat tahfiz. Jgn budak2 tu tolong jual dah laa. Ayohchik kena segera pi siasat. Jgn suruh tuan brahim siasat, dia cepat sangat puas hati.

Anonymous said...

Pak karam, agong letak jawatan apa cerita? Takdan nak tengok permaisuri agong.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.