Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Banjir: Kerjasama Umno-Pas luar biasa

  • Dr Asyraf Dr Asyraf
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menangani isu banjir di Kelantan dilihat sebagai satu pencapaian luar biasa, kata Senator, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkata kejayaan kerjasama itu dibuktikan apabila pembentukan Jawatankuasa Bencana Banjir di Kelantan yang diwujudkan untuk menangani masalah banjir di negeri itu tidak dipengaruhi  prasangka politik.

"Apa yang dipersetujui oleh mereka (kerajaan pusat dan kerajaan negeri) ialah harus mewujudkan 'pusat bersama' kerana bencana banjir kali ini besar dan memerlukan penyelarasan yang berkesan," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemu bual oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar dan pengacara bersama Shuhaimi Mohamed dalam rancangan 'Landskap Khas Banjir' yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.

Seorang lagi tetamu khas, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang telah menyentuh mengenai punca utama berlakunya banjir besar di negeri Terengganu disebabkan taburan hujan yang banyak dan masalah sistem perparitan.

Katanya, kejadian banjir diramalkan akan berlaku setiap tahun dan seharusnya pengalaman lepas dijadikan kayu ukur untuk meningkatkan sistem keselamatan ketika bencana berlaku. 

"Di Terengganu, setakat ini lebih daripada 1,500 orang sukarelawan yang berdaftar dan kemahiran mereka dikenal pasti dan diletakkan mengikut kluster supaya tiada berlaku pertindihan kerja. 

Mereka yang mahir kepada satu-satu kerja seperti menyelamat, memasak, mencuci dan sebagainya mampu bertindak segera di pusat-pusat pemindahan dan rumah mangsa," katanya. 

Tambahnya lagi, sukarelawan ini akan diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri dengan memberikan peruntukan untuk melatih mereka supaya sentiasa bersiap sedia membantu ketika bencana menimpa. - Bernama

UNTUK SEMUA

Hadi: Hulur bantuan banjir secara adil, sama rata


  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
SHAH ALAM - Misi bantuan kemanusiaan yang digerakkan pelbagai pihak sejak negara dilanda bencana banjir perlu dilakukan tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

Gesaan itu dilontarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menyifatkan bantuan kepada mangsa banjir itu sebagai tanggungjawab bersama dan ujian kepada semua lapisan masyarakat.

"Saya menyeru agar seluruh masyarakat tanpa membezakan warna kulit, kaum, agama dan idelogi politik agar dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada sekalian mangsa banjir.

"Sesungguhnya musibah yang melanda ini adalah ujian getir bagi mereka maka, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu mengurangkan derita dan kesengsaraan yang ditanggung mereka," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata lagi, Pas telah bersetuju melancarkan Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir bagi memudahkan urusan pengumpulan sumbagan kepada mangsa banjir.

"Objektif utama penubuhan tabung ini adalah untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan dan mangsa banjir di seluruh negara khususnya bagi mereka yang telah kehilangan tempat tinggal.

"Pihak Pas akan mengumumkan nombor akaun dan bank yang akan digunakan untuk tabung tersebut dalam masa terdekat," katanya lagi.

MIC AKAN BUBAR ? PATUT LE SENYAP SEPI JE


Todia!!! Benarkah Parti MIC Akan Dibatalkan Pendaftarannya Oleh ROS Dalam Tempoh 60 Hari Lagi... Jom Terjah!!!



G. Palanivel.
PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel memberi jaminan parti itu sedang melakukan apa juga cara yang boleh dilakukan dalam melaksanakan pemilihan semula parti seperti yang diminta oleh Pendaftar Pertubuhan. 

Beliau berkata terdapat banyak dakwaan dan maklumat palsu yang tersebar di media mengenai isu pemilihan semula parti itu. 

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat prosedur yang betul yang harus dipatuhi seperti yang termaktub dalam Akta Pertubuhan apabila berhadapan dengan aduan yang diterima serta keputusan yang dibuat oleh ROS. 

"Kita, bersama dengan pihak peguam, sedang mengikut prosedur dan telah mengambil semua langkah yang sewajarnya demi melindungi kepentingan MIC dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan. 

"Pertama sekali, ROS telah mengeluarkan surat bertarikh 5 Disember 2014 kepada MIC berhubung dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak selepas keputusan pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden dan Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dikatakan tidak sah. 

"Cadangan yang dikemukakan ialah pemilihan semula parti diadakan MIC tidak diberikan sebarang peluang untuk menjawab tuduhan yang dikemukakan kepada ROS. 

"Kami terpaksa melantik peguam untuk melihat isu ini dan ketika ini, kami telah mendapatkan nasihat peguam, dan telah menulis surat bertarikh 24 Disember 2014 meminta penjelasan dan membangkitkan beberapa isu dengan ROS. 

"ROS telah membalas surat berkenaan pada tarikh 31 Disember 2014. Peguam kami sedang meneliti semua isu yang berlaku dan memberikan nasihat apakah tindakan seterusnya yang harus diambil dalam masa terdekat. 

"Pada ketika ini, saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut kerana tindakan saya boleh menimbulkan konflik kepada kepentingan MIC. Kami juga sekali lagi telah menulis surat kepada ROS pada 2 Januari 2015 meminta penangguhan masa diberikan agar ia tidak menjejaskan hak MIC," katanya. 

"Terdapat kebimbangan MIC akan dibatalkan pendaftarannya dalam tempoh 90 hari berkuat kuasa 5 Disember 2014, sekiranya pemilihan semula parti tidak diadakan. Saya ingin memberikan jaminan bahawa kami akan menggunakan apa jua saluran bagi memastikan agar pendaftaran parti dibatalkan,"  katanya.

MACAM LA KERAJAAN KELANTAN TAK TAHU NAK TADBIR NEGERI


Sunday, January 4, 2015

'Tebang pokok macam tak ada undang-undang'

 
Kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata penanaman semula pokok perlu dilakukan bagi mengelak negeri itu dilanda banjir besar sekali lagi.

"Sekarang ini tebatan banjir tidak boleh selesaikan masalah, kita kena tanam semula pokok yang telah dimusnahkan di hutan yang telah diteroka.

"Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat di Parit hari ini.

Pusat pemindahan di daerah Perak Tengah itu menempatkan 108 mangsa daripada 38 keluarga setakat ini.

Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu kerajaan negeri memulihkan kawasan hutan yang diteroka dan mengembalikan tanah rizab yang ditukar statusnya.

"Rizab hutan adalah rizab hutan, kawasan hutan adalah kawasan tadahan air. Jangan kita tebang pokok di kawasan tadahan air.

"Kita harus buat sesuatu dengan segera... mereka yang lakukan pembalakan tidak kena apa-apa sedangkan rakyat Kelantan menderita dengan apa yang menimpa mereka," katanya.

Beliau berkata pihak yang terlibat dengan kegiatan pembalakan haram itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

- Bernama
Rempuhan: Jenazah pelajar Malaysia tiba esok

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa jenazah mendiang Tan Wei, pelajar warganegara Malaysia di sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang yang terbunuh dalam insiden rempuhan di Chen Yi Square (The Bund), Shanghai, China akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan.

Satu upacara sembahyang dan penghormatan terakhir telah diadakan di Krematorium Shanghai pada hari Ahad, 4 Januari 2015.

Ibu bapa mendiang akan mengiringi jenazah pulang ke Malaysia pada hari Isnin, 5 Januari 2015 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah petang.

Dalam perkembangan yang lain, Cik Ooi Hooi Yi yang turut terlibat dalam kejadian masih dirawat di Hospital Changzheng dan dilaporkan bertambah pulih. Keadaan beliau semakin baik dan tiada sebarang pendarahan dalaman dilaporkan.

Wisma Putra merakamkan ucapan takziah dan akan terus memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mendiang. - Bernama
Pesawat tiada kebenaran terbang

  • Mayat mangsa yang ditemui dibawa naik di atas kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Banda Aceh semalam. Foto: AFP Mayat mangsa yang ditemui dibawa naik di atas kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Banda Aceh semalam. Foto: AFP
1 / 1
JAKARTA - INDONESIA. Kementerian Pengangkutan Indonesia membekukan kebenaran untuk AirAsia Indonesia menggunakan laluan Surabaya-Singapura selepas pesawat milik syarikat itu yang terhempas pada 28 Disember lalu didapati terbang mengikut jadual yang tidak diluluskan.

Menurut agensi berita AFP, kenyataan dikeluarkan jurucakap Kementerian Pengangkutan menyebut AirAsia tidak diberikan kebenaran untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura pada setiap hari Ahad, iaitu hari nahas itu berlaku, dan syarikat itu tidak membuat apa-apa permohonan untuk menukar jadual penerbangannya.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 individu dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada waktu penerbangan yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa, menurut Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

"Ia melanggar permit laluan dan jadual yang diberikan, itulah masalahnya," katanya.

Menurut Djoko, permit AirAsia bagi laluan itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, sehingga semalam, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian mereka terhadap badan pesawat dan baki mangsa daripada nahas itu, dengan penyiasat luar membantu mencari kotak hitam pesawat, alat penting untuk menentukan punca nahas berhampiran kepulauan Borneo itu.

Menurut The Jakarta Post, lewat malam kelmarin, dua objek besar ditemui di dasar laut oleh pasukan mencari dan menyelamat yang menyertai operasi mencari pesawat itu.Ia ditemui susulan penemuan tompokan minyak pesawat di atas permukaan laut.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Henry Bambang Soelistyo mengesahkan dua objek besar itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia Indonesia.

Sehingga kini, objek itu masih berada di dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Menurutnya, dua serpihan besar yang ditemui berhampiran satu sama lain itu mempunyai dimensi 9.4 meter x 8.04 meter dan 7.2 meters x 0.5 meter.

"Buat masa ini, pasukan (mencari dan menyelamat) sedang cuba mendapatkan gambaran lebih jelas menggunakan ROV (kenderaan bawah air yang dikendalikan secara jauh) untuk mendapatkan visual dasar laut.

"Ombak masih tinggi dan arus masih kuat. Kami harap cuaca akan bertambah baik supaya ROV boleh berfungsi secara optimum," katanya.

Cuaca buruk sejak beberapa hari menghalang usaha pencarian yang dipercayai berada di perairan cetek antara 25 hingga 32 meter.

Sebelum ini, pusat kawalan trafik udara Indonesia melaporkan juruterbang meminta kebenaran terbang pada ketinggian lebih tinggi untuk elak ribut namun permintaan itu tidak diluluskan kerana terdapat beberapa pesawat lain di atas laluan popular itu.

TITAH INI AKAN DI TELAN ZAMAN, TUNGGU PULAK TITAH AKAN DATANG

Negara Islam bukan sekadar pada nama

  • Sultan Nazrin Shah Sultan Nazrin Shah
1 / 1
IPOH - Negara Islam tidak terbentuk sekadar dengan menamakannya sebagai Negara Islam tetapi ia adalah satu kaedah untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
 
Selain daripada itu, baginda bertitah rakyat di sesebuah negara Islam hidup dalam suasana damai lagi rukun, saling bekerjasama, saling menghormati, bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan watan.
 
Mereka juga meluhurkan piagam atau perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang untuk memastikan wujudnya keadilan agar negara dilimpahi dengan rahmat keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan daripada ALLAH, titah baginda pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini, hari ini.
   
Sultan Nazrin bertitah Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan pentadbiran negara Islam yang pertama di dunia di Madinah, yang menjunjung prinsip pemerintahan berpaksikan undang-undang yang bersumberkan al-Quran.

 
Baginda bertitah negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW mengutamakan keadilan kerana ia adalah faktor yang akan menentukan rasa hormat dan penerimaan rakyat kepada pemimpin.

"Sifat adil yang diamalkan oleh Rasulullah SAW tidak hanya dinikmati oleh umat Islam malah keadilan dipastikan turut dinikmati oleh bukan Islam.
   

Bukan Islam turut dijamin perlindungan keselamatan, dijamin kebebasan menganut agama, dijamin boleh mengamalkan budaya masing-masing, dijamin hak untuk melakukan pelbagai kegiatan ekonomi dan usaha-usaha pembangunan sosial," titah baginda.
 
Sultan Nazrin bertitah Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa setiap insan tanpa mengira pegangan agama, tanpa mengira amalan budaya dijamin hak asasi masing-masing.

 
Baginda bertitah menggubal sesuatu piagam atau perlembagaan adalah satu permulaan namun apa yang lebih penting adalah kesediaan rakyat menerima pakai piagam yang telah digubal.
 
"Piagam yang telah diterima pakai pula, perlu dipastikan memberi kesan dan memenuhi matlamat penggubalannya, terus dihormati dan terus diyakini untuk terus didukung sepanjang masa.

Oleh itu pada peringkat menggubal sesuatu perjanjian mahupun dasar, amatlah penting diamalkan sifat inklusif, dipastikan adanya partisipasi yang melibatkan penyertaan pelbagai pihak, mewakili pelbagai konstituen, terutama ketika menangani isu-isu sensitif, isu-isu kontroversi dan isu-isu yang menyentuh pendirian yang bercanggah," titah baginda. - Bernama
Banjir besar bukan sebab pembalakan

  • Ahmad Yakob Ahmad Yakob
1 / 1
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.
  
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Disember lalu.

"Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

"Apa yang berlaku hujan lebat selama tiga hari itu telah mencatatkan taburan hujan yang tertinggi iaitu 1,295mm yang bersamaan bagi taburan hujan selama 64 hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Ahmad berkata, tuduhan itu disifatkan sebagai ujian yang begitu berat kepada kerajaan dan rakyat negeri ini.  

"Ini adalah kekuasaan ALLAH Taala yang telah menurunkan hujan pada kadar yang amat banyak dalam jangka waktu yang amat singkat.

"Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri ini agar menginsafi isyarat daripada ALLAH ini," katanya.

Beliau berkata, dalam fasa banjir ini semua pihak perlu membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa banjir yang kehilangan rumah dan keperluan asas mereka. - Bernama

TOLONG BUKA SEJARAH POLITIK KELANTAN, SIAPA PERNAH GANAS ?

KALO NAK BANTU SECARA IKHLAS MAKA BANTU LA, TAK JADI SALAH, JIKA NAK BERGABONG RASANYA TAK BOLEH SEBAB DASAR BERBEZA YANG AMAT SANGAT, MASA NI ORANG AKAN CAKAP TENTANG PERPADUAN DAN AGAMA DAN RASULLULLAH, TAPI DASAR PERJUANGAN MACAM MANA ?  TU PASAL TAK LEH NAK CAYA - Pak Karamu
 
Isu kerajaan campuran: Kenapa terus bertelagah?

  • Syed Ali Alhabshee Syed Ali Alhabshee
1 / 1
SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyatakan bahawa cadangan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub mengenai penubuhan kerajaan campuran di Kelantan adalah merupakan satu hasrat yang murni.

Oleh itu, beliau hairan dengan sikap segelintir pemimpin Pas yang begitu cepat melenting dengan cadangan tersebut walhal cadangan itu adalah demi kebaikan bersama.

“Pada saya hasrat Hussamuddin itu adalah sesuatu yang murni iaitu mahu melihat kepada penyatuan umat Melayu Islam di Malaysia.

“Sudah tiba masanya kita kembali bersatu demi kebaikan bersama. Apa manfaat yang kita perolehi dari pertelegahan yang berterusan ini? Musibah banjir ini adalah peringatan agar kita semua muhasabah dan bersatu untuk kesejahteraan rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Kenyataan Syed Ali itu merujuk kepada maklum balas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menolak  cadangan kerajaan campuran di Kelantan.

Sementara itu, tambah Syed Ali, sejarah Islam dan kisah perjuangan Nabi Muhammad perlu dijadikan contoh teladan, bagaimana Baginda berusaha menyatukan Muhajirin dan Ansar. bagi menjamin perpaduan dan keharmonian dalam sesebuah umat dan negara.

"Nabi menegaskan hubungan yang baik dan mesra perlu dikekalkan dalam hubungan interaksi sesama manusia dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang tanpa prejudis,” katanya.

Terdahulu Hussamuddin turut melahirkan perasaan hairannya apabila pemimpin Pas begitu ‘marah’ dengan cadangan tersebut.

“Mesej saya ini bukan disampaikan pada Pas sahaja. Saya hairan kenapa Pas melenting,” katanya.

Menurutnya, kesemua pimpinan Umno dan Pas Kelantan harus menghentikan polemik politik untuk menumpukan perhatian masing-masing terhadap proses pembangunan semula negeri Kelantan.

“Ahli politik jangan melenting dengan kenyataan saya. Saya tuju kepada dua-dua (Pas dan Umno Kelantan), bukan satu parti sahaja.

“Saya bimbang jika mereka tidak mahu bergabung, unsur-unsur perebutan negeri Kelantan itu akan tetap berlaku,” luahnya lagi.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan saranan agar kerajaan antara Pas dan Umno Kelantan bergabung untuk membina semula negeri yang seakan-akan sudah menjadi 'ground zero' setelah dilanda banjir paling dahsyat kali ini.

KADANGKALA MANUSIA NI BILA BERCAKAP MACAM PUNGKOQ

Mahfuz jangan hina Umno

  • Mohd Razlan Muhamad Rafii Mohd Razlan Muhamad Rafii
1 / 1
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar tidak sepatutnya menghina Umno dengan melabelkan parti itu sebagai 3P kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, idea tersebut dikemukakan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub, bukan daripada pemimpin Umno atau BN.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getah dan beliau perlu meminta maaf kepada Umno dan BN.
"Menggelar Umno sebagai pendera, zalim dan pembuli adalah satu penghinaan. Sekalipun Mahfuz tidak setuju dengan idea itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata itu kepada Umno," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang disiarkan dalam sebuah portal web bahawa "cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-Pas di Kelantan menunjukkan 'betapa jahat' parti lawannya itu."

Mohd Razlan berkata, Pas sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang berusaha menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

“Kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana yang cukup untuk memulihkan semula kemusnahan akibat banjir. Kita tidak nampak keikhlasan Pas atas bantuan yang diberikan Umno,” katanya.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa rakyat di Kelantan.

“Kemusnahan dan kehilangan harta benda tidak dirasai oleh beliau (Mahfuz), cuba turun padang dan rasai kesusahan yang ditanggung mangsa banjir.

“Umno telah membuka tangan untuk bersatu dengan Pas selepas berpuluh tahun berpecah, cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas itu sentiasa bersangka buruk terhadap pemimpin Umno dan berfikiran jumud terhadap idea kerajaan campuran.

Nazir berkata, walaupun Mahfuz pemimpin Pas tetapi beliau adalah orang luar Kelantan yang tidak memahami masalah rakyat negeri itu yang menghadapi masalah selepas ditimpa musibah banjir.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri tidak menolak idea itu. Tindakan Mahfuz yang menghina Umno kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran menunjukkan sikap tidak matangnya sebagai pemimpin," katanya.

UMNO DAN PAS TOLONG JAWAB, JANGAN JADI SYAITAN BISU

Bencana tanggungjawab bersama, elak dipolitikkan

  • Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin
1 / 1
SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan bukan sahaja perlu bekerjasama erat dalam mengharungi bencana banjir bahkan kesefahaman antara dua parti pemerintah itu perlu wujud untuk mengelakkan isu kebajikan dan bantuan kemanusiaan dipolitikkan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata dalam soal bencana alam, ia menjadi tanggungjawab bersama antara dua parti pemerintah itu dan ia termaktub dalam Perlembagaan negara.

"Mestilah (kerjasama) sebab kerajaan negeri dia ada bidang tertentu, kalau kita lihat senarai Persekutuan, terdapat senarai negeri dan senarai bersama.

"Isu-isu kebajikan ini isu bersama, jangan kerana sekolah itu terletak di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak boleh turun langsung kerana kerajaan negeri di bawah pembangkang.

"Perkara ini berlaku, ada beberapa kes di Kelantan di mana NGO ataupun Kerajaan Negeri tidak boleh masuk langsung ke pusat pemindahan ini," kata Timbalan Dekan Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UIiTM) itu kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menggesa kerajaan campuran di Kelantan diwujudkan untuk memastikan usaha balik pulih negeri itu yang terjejas teruk akibat bencana banjir dapat dilakukan sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata lagi tindakan menyekat mana-mana pihak untuk melakukan misi bantuan kemanusiaan itu tidak seharuanya dipolitikkan.

Sebaliknya katanya, kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu melupakan politik seketika dan menjadi koordinator untuk menyelaraskan bantuan daripada orang ramai dan NGO itu ke tempat sewajarnya.

"Jangan timbul isu begitu apabila berlaku bencana atau kecemasan, kena tinggalkan isu politik, kerajaan pusat dan kerajaan negeri kena bekerjasama secara erat berdasarkan tanggungjawab sosial mereka.

"Orang atasan (pemimpin negeri dan pusat) perlu tunjuk contoh yang baik, baru anak buah boleh ikut dengan wujudkan kesefahaman itu," katanya lagi.

INI LAGI SEKOR PENGANALISIS BANGANG !

Apa maksud penganalisis politik ini "Jangan kita mengambil sikap yang begitu keras demi survival politik ? PAS tolong jawab, yang salahnya ketika banjir hanya PAS sahaja, UMNO nampaknya sangat terbuka dan sangat relaven - Pak Karamu
 
Pas tidak perlu bersikap 'keras' pulihkan Kelantan

  • Mohamed Mustafa Ishak Mohamed Mustafa Ishak
1 / 1
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas diingatkan supaya tidak bersikap 'keras' terhadap kepimpinan Kerajaan Persekutuan hanya kerana mempertahankan kelangsungan politik parti pembangkang itu ketika negara dilanda bencana.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata Pas sewajarnya membalas kebaikan kerajaan Pusat dengan bekerjasama lebih erat untuk memastikan negeri itu pulih selepas hampir lumpuh dilanda banjir.

"Sebab itu Pas perlu membalas perkara ini dengan cara yang betul dalam isu menyentuh soal agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

"Jangan kita mengambil sikap yang begitu keras demi survival politik,
dalam soal ini kita tidak mahu berpolitik sangat, masa ini bukan sesuai untuk berpolitik," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) itu kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan cepat kerajaan pusat yang pantas menggerakkan misi bantuan dan menyelamat mangsa banjir di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang sejak pertengahan Disember tahun lepas.

Beliau berkata lagi, bencana alam tersebut dipercayai akan mengubah persepsi rakyat khususnya penyokong pembangkang terhadap BN susulan bantuan dihulurkan tanpa mengira fahaman politik.

"Ya,  saya percaya natijah daripada banjir besar ini, perasaan dan cara berfikir tindak tanduk masyarakat Melayu terutama di negeri-negeri terjejas teruk banjir itu akan berubah.

"Natijahnya akan melihat satu perubahan dari segi sudut pandang, perasaan dan tindak tanduk bahawa kita di Malaysia ini bersaudara.

"Persaudaraan itu perlu kita pertahankan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara," katanya lagi.

UKHWAH

Rakyat Palestin tunjuk solidariti mangsa banjir

  • Petugas PCOM mengagihkan bantuan makanan kepada salah seorang mangsa banjir di Kelantan. - Foto PCOM Petugas PCOM mengagihkan bantuan makanan kepada salah seorang mangsa banjir di Kelantan. - Foto PCOM
1 / 1
SHAH ALAM – Semangat persaudaraan sesama Islam yang mendalam antara rakyat Palestin dan Malaysia sejak sekian lama telah mendorong Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) untuk turut serta menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negara ini.

Pengerusinya, Islam Imran berkata, atas semangat persaudaraan sesama Islam yang ditunjukkan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin selama ini, mereka juga turut terpanggil untuk membantu apabila negara dilanda banjir besar itu.

"Kerajaan Malaysia, NGO dan rakyat sentiasa bersama-sama dengan perjuangan rakyat Palestin memberikan sokongan dengan segala usaha dan keupayaan mereka.

“Dengan kempen Hands4Malaysia yang kami lakukan adalah untuk merakamkan penghargaan kami kepada Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web NGO itu, semalam.

Jumaat lalu, PCOM mengambil inisiatif menggerakkan kempen tersebut dengan pelbagai bantuan sebagai tanda solidariti mereka untuki bersama mangsa banjir di beberapa negeri di negara ini.

Sebanyak dua pasukan sokongan terdiri daripada 50 rakyat Palestin telah dihantar ke Kelantan di mana pasukan pertama telah bergerak malam semalam manakala satu lagi pasukan bertolak awal pagi hari ini menuju ke Pahang.

Dalam pada itu, Islam berkata lagi, kempen Hands 4 Malaysia itu membawa mesej perpaduan di samping menghantar bantuan kemanusiaan ke kawasan bencana.

KAPAL TERBANG AIR ASIA BERMASALAH ?



 

Termasuk yang terkini, ini ialah kejadian yang keempat bagi Air Asia yang mengalami masalah secara berturut-turut.

Selain dari terhempas di lautan, terbabas di landasan, pesawat berpatah balik dan yang terkini enjin tiba-tiba mati, ini membuatkan kita wajar curiga dengan apa yang berlaku. Bayangkan ek. Sejak diberitakan Air Asia terhempas di Lautan Jawa, tiba-tiba satu persatu pesawat Air Asia dilaporkan bermasalah.

Apahal tu?

Tak pelik ka woi? Aku perhati je neh. Siyes. Seperti ada sesuatu tapi tatau apa dia.

Baca ;

PEPATAH Inggeris ada menyatakan ‘when it rains it pours’ yang membawa maksud, musibah kadangkala boleh datang sekali harung pada waktu berturut-turut.

Itulah nasib AirAsia apabila diuji dengan satu demi satu masalah secara bertimpa-timpa.

Di saat syarikat penerbangan tambang murah ini sedang jadi perhatian disebabkan tragedi pesawat QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang terhempas di Laut Jawa dan mangsa nahas masih dicari hingga sekarang, berlaku satu situasi cemas melibatkan pesawat AirAsia semalam, juga di Surabaya.

Memetik laporan portal berita Metrotvnews.com, sebuah pesawat yang membawa 120 penumpang laluan Surabaya-Bandung diberitakan tiba-tiba mati enjinnya ketika sudah bergerak di landasan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Apa lagi, suasana ini mencetus panik dalam kalangan penumpang yang ketika itu telah siap memakai tali pinggang keselamatan untuk diterbangkan.

“Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mulai bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mulai berundur sendiri.

“Kami semua panik hinggalah pesawat ditarik mundur ke posisi awal kami menaikinya. Krew penerbangan kemudiannya meminta kami segera turun,” cerita salah seorang penumpang pesawat terlibat, Yusuf Fitriadi.

Difahamkan, pesawat yang sepatutnya bertolak jam 9 malam tersebut mengalami masalah enjin yang berpunca daripada monitor starter dan segera diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik pesawat.

Yusuf berkata, ketika penumpang berada di ruang menunggu seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter mengalami masalah hang disebabkan tersilap urutan. Justeru ia telah diset semula dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan.

Meskipun begitu ujar Yusuf, majoriti penumpang memilih untuk membatalkan perjalanan udara mereka menaiki pesawat tersebut kerana bimbang jika masalah berulang ketika berada di udara.

Rata-rata mereka yang mengambil keputusan itu juga berpendapat, alasan yang diberikan sebagai penyebab enjin pesawat mati secara tiba-tiba kurang meyakinkan.

Ekoran itu, wang yang telah dikeluarkan oleh penumpang yang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dikembalikan semula oleh AirAsia.

Rujukan : sini.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.