Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN BUAT KERJA BODOH

KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN MENCERMINKAN BAHAWA PAS SUKA BUAT KERJA BODOH DAN SUKA MENANGGOK IKAN DI AIR KEROH, YANG HASILNYA HANYALAH SEMENTARA

IKAN SEDANG MABUK ATAU IKAN KERACUNAN DI AIR KERUH BILA DIMASAK DAN DI MAKAN MUNGKIN AKAN BERLAKU KERACUNAN, ERTINYA MEMBUNUH DIRI SENDIRI, INI KERJA ORANG BODOH

APA YANG PAS PERLU BUAT IALAH MENANAMKAN KEMBALI DAKWAH AKIDAH UNTUK MENYELAMATKAN UMMAT, MEREKA DIANTARA RAKYAT RAMAI YANG BELUM FAHAM TENTANG ILMU TUJUAN HIDUP UNTUK BERAKIDAH SECARA YANG BETUL  SEBAGAIMANA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA DIANTARA SEKULAR DAN ISLAM - Pak Karamu


Isu MB: Peluang Pas tawan semula Kedah



Isu MB: Peluang Pas tawan semula Kedah
Mustafa


SEREMBAN - Peluang Pas kembali menawan Kedah pada PRU14 dilihat semakin terbuka luas ekoran krisis politik yang sedang melanda negeri itu. 

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustafa Daharun berkata, tidak mustahil untuk Pas kembali mengusai semula Kedah daripada BN pada pilihan raya umum akan datang.


Berkemungkinan besar akan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.


“Ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada situasi berkenaan, antaranya kekecewaan orang ramai ekoran pemimpin dipilih telah dipaksa turun sebegitu rupa,” katanya mengulas isu pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar yang berkuat kuasa serta-merta, semalam.


Menurutnya, layanan buruk terhadap Mukhriz membuka mata semua pihak di Kedah betapa Umno tidak mampu lagi membela rakyat.


“Pasti mereka jelak apa yang berlaku pada Mukhriz. Apatah lagi, cara beliau diturunkan amat tidak profesional.


“Sepatutnya Umno fokus pada pembangunan negeri, bukannya sibuk berpolitik saja. Ini juga bakal menjadi salah satu punca kejatuhan mereka di sana nanti,” katanya.


Dalam pada itu, Tindakan bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz menghentam kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan seolah-olah beliau duri dalam daging parti berkenaan.


Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata demikian ketika mengulas kritikan pedas Mukhriz, kononnya Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Najib kekal sebagai peneraju.


“Mukhriz tidak sepatutnya cakap macam itu. Seakan-akan melambangkan beliau tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan Umno. Walhal, beliau seharusnya seiring dan sejalan dengan suara majoriti.


“Secara tidak langsung, kata-kata dilontarkan boleh melemahkan Umno. Nampak seperti Mukhriz ada motif atau agenda tersendiri dalam hal ini,” katanya.


Bagi beliau, apa yang dilakukan Najib terutama membabitkan pertukaran Menteri Besar di Kedah sebagai tindakan tepat.


“Presiden buat semua ini demi memperbaiki Umno. Beliau tidak mahu ada duri dalam daging yang boleh merosakkan Umno.


“Bila masalah babit musuh dalam selimut berjaya diselesaikan nanti, saya percaya Umno jadi lebih kuat,” katanya.

MEMANG PERANGAI UMNO TAMAK, DOK LAGI LA DALAM UMNO TUH

'Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita'
0
Rafidah Aziz
Rafidah Aziz
 
SHAH ALAM – Veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat bahawa kemelut politik di Kedah menggambarkan ketamakan ahli politik Umno terhadap jawatan nombor satu di negeri berkenaan. 
 
Bekas Ketua Wanita Umno itu berkata, episod penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah yang berakhir semalam menunjukkan politik untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk rakyat.

“Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk kepentingan diri sendiri.

“Menjatuhkan orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan tamak. Tamak terhadap kuasa untuk kekuasaan,” katanya ketika dipetik menerusi Facebooknya, semalam.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah.

“Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti hancur, asal hasrat peribadi tercapai.

“Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab?''  katanya.

Rafidah juga mempersoalkan mengapa pemimpin Umno di negeri itu tidak mahu bekerja sama bagi mengukuhkan parti.

“Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?,” katanya.

Rafidah berkata, kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.

“Tolonglah serius. Negara ini tidak mahu lagi penipuan politik. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku,” katanya.

DALAM PAS JANGAN ADA MUSANG DAN MEMBERANG MACAM ZAMAN AZIZAN

PAS JUGA KENA TENGOK SAMA MUSUH MEREKA DARI PARTI DAP DAN JUGA AMANAH - Pak Karamu
 
Pas sedia rampas Kedah, bukan isu Mukhriz
Muhammad Sanusi Md Nor
 
SHAH ALAM - Jentera Pas Kedah sudah lama bersiap sedia untuk merampas kembali negeri itu setelah gagal mempertahankannya pada PRU13 lalu. 
 
Timbalan Pesuruhjayanya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas tidak mahu kejayaan mereka nanti dinilai sebagai mengambil kesempatan ke atas krisis yang sedang melanda Umno negeri itu.

“Pas bersedia untuk menghadapi Mukhriz (bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir) sekalipun. Kita tak mengharapkan krisis dalam Umno ini memberi kita punca kemenangan. Kita mahu kita menang atas usaha kita sendiri. Apabila orang muda marah Mukhriz dibuang, kira bonuslah. Tapi bukan kita boleh jadikan itu faktor kita nak raih sokongan rakyat.

“Kita mahu rakyat terdidik dengan politik yang matang dan berteraskan Islam. Kalau kita ambil kesempatan atas ‘orang muda marah Umno Kedah kerana depa sokong Mukhriz’, jadi, kalau Umno sudah berjaya memulihkan sokongan orang muda, depa lari pada Umno semula.

Marahnya orang muda kepada Bashah itu marah yang patut tapi bukan itu akan jadi punca Pas yakin menawan Kedah,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mukhriz akhirnya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi selepas beliau hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Perkara itu diramalkan penganalisis bahawa Umno berisiko kehilangan sokongan pengundi muda dalam PRU14.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya terus mengukuhkan jentera parti dan mendakwa jentera Pas dan petugas-petugasnya yang paling efisien ketika menghadapi pilihan raya lalu.

“Apabila kita memperkemaskan balik semua jentera kita di semua peringkat, saya yakin, ini memberi manfaat kepada semua orang yang mengadakan pakatan politik dengan Pas,” katanya.

Ketika dibangkitkan tentang kemampuan Pas merampas kembali Kedah tanpa bantuan parti pembangkang yang lain, beliau berkata, “kita tak kata macam itu.

Tapi dari Pas sendiri, kita sudah perkemas jentera kita ke tahap maksimum. Kalau ada bantuan daripada parti lain itu, boleh.

Namun beliau menegaskan bahawa Pas Kedah senada dengan Pas Pusat yang hanya menjalinkan tahaluf siyasi dengan PKR tidak bersama DAP.

HUSAM SUKA CARI SAKIT BUAT FITNAH PULAK

Kritikan terbuka: Pas bakal ambil tindakan
Mohd Amar Nik Abdullah
 
KOTA BHARU - Pas tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Adun Salor, Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud. 
 
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Pas Pusat pada 13 Februari ini.

"Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Mohd Amar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. - Bernama

"Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri

TPM harap Mukhriz tabah, istiqamah dalam perjuangan
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama
 
BEIJING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan parti. 
 
Beliau turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke hadapan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah

"Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri kerana saya juga pernah alami keadaan yang sama pada tahun 1998. Oleh kerana saya turut istiqamah, saya berada dalam kepimpinan negara sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini hari ini bagi mengulas pelantikan Adun, Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah baharu yang diperkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Saya fikir jangan terdorong pada apa yang dilakukan pihak pembangkang. Saya turut ditawarkan pihak pembangkang apabila saya alami kemelut yang sama pada 1998. Itulah saya menyeru istiqamah berhubung pendirian kita.

"Sebagai seorang ahli politik ...kita perlu mengutamakan perpaduan parti dan juga kestabilan politik demi kepentingan negara pada keseluruhannya," tegasnya.

Ahmad Zahid meminta semua kepimpinan parti kepimpinan peringkat negeri, bahagian dan cawangan di Kedah agar melupakan permasalahan politik yang timbul selama ini.

"Kita tahu bahawa apabila sesuatu berlaku pada diri kita, itu bukan bererti berakhirnya kerjaya politik kita. Kalau ikut hukum akal pada 1998 saya tidak mempunyai masa depan langsung, tetapi tahun 2004 saya terus diberikan kepercayaan sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) beri peluang kepada saya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan. Hanya selepas 11 tahun kemudian, saya dalam kedudukan sekarang.

"Jadi kita tidak harus membuat keputusan ketika sedang sedih atau marah, itu keputusan yang dipengaruhi emosi. Tetapi (jika) kita bertenang dan menerimanya sebagai qada dan qadar, Insya-Allah ada hikmah kepada apa yang berlaku kepada diri kita," katanya.

Ahmad Zahid berkata, sebagai orang politik, mereka harus tahu apabila tiba masanya jawatan yang dipegang diberikan kepada orang lain, ertinya mereka tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak dan harus menerimanya sebagai hakikat politik. - Bernama

KITA TENGOK APA SELEPAS INI ?

Mukhriz: Saya kini bebas bersuara
0
Mukhriz Tun Mahathir
Ketibaan Mukhriz disambut oleh penyokong sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang, hari ini. - Foto Sinar Online
 
SUBANG - Selepas beberapa jam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengakui beliau kini bebas menyuarakan permasalahan yang berlaku di pucuk pimpinan Umno. 
 
Menurut beliau, buat masa ini, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan demi untuk kebaikan parti dalam menghadapi PRU14.

"Kita kena cakap mengenai hal-hal itu supaya parti kita lebih kuat.

"Sekarang kalau kita tanya pandangan ahli-ahli parti kita sendiri, kebanyakan berpendapat kalau tak ada pertukaran pada pucuk pimpinan, peluang untuk menang PRU14 semakin kelam," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang, hari ini.

Ketika ditanya adakah beliau akan mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr Mahathir Mohammad bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan, Mukhriz memaklumkan bahawa beliau kini tidak lagi mempunyai jawatan di dalam kerajaan serta bebas untuk bercakap apa sahaja.

Dalam pada itu, ketibaan Mukriz di balai ketibaan dan disambut kira-kira 50 penyokong untuk memberikan semangat.

Pagi tadi, Mukriz mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas didesak oleh beberapa pimpinan Umno Negeri Kedah sebelum ini.

OGHANG KEDAH GHAMAI LAGI YANG SUKA KAT NAJIB

Selagi Najib ada, Umno semakin lemah
Mukhriz Tun Mahathir
 
ALOR SETAR - Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.
 
Sebagai seorang wakil rakyat di Dun Ayer Hitam, Mukhriz menegaskan untuk tidak berhenti dari  bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini

“Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah kita juga tidak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, krisis Menteri Besar Kedah menemui jalan penamat apabila Mukhriz mengumumkan beliau berundur dari jawatan tersebut.


Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi sidang media sama pagi tadi.

Mukhriz yang masih kekal sebagai Pengerusi Umno Kedah buat masa ini bagaimanapun enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan dilaksanakan, sebaliknya meminta rakyat tunggu dan lihat.

Tambah Muhkriz lagi, walaupun Umno mempunyai keahlian lebih tiga juta orang namun, dakwanya sesebuah parti tidak relevan hanya dengan jumlah keahlian sekiranya mereka tidak diberi ruang untuk bersuara.

“Tapi baru-baru ini kita lihat di Perhimpunan Agung Umno, hanya seorang pemimpin yang dibenarkan bercakap iaitu presiden," katanya.

“Malah ada sedikit amalan kebudak-budakkan apabila dalam mukadimah pun tidak boleh sebut nama tetamu yang hadir termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sampai macam itu sekali disekat.

“Semua perbahasan pun tidak diberi secara langsung seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Makcik-makcik yang datang dari seluruh negara yang duduk di luar begitu komited kepada parti, hampa kerana tidak mendengar perbahasan itu secara langsung,” katanya.

INI SEMUA KERJA TUHAN, MUNGKIN ADA HIKMAH

Gambar ibu peluk Mukhriz, netizen simpati
Mukhriz Mahathir
 
SHAH ALAM – Sekeping gambar yang menunjukkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipeluk ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meraih perhatian netizen, hari ini. 
 
Gambar tersebut dikongsi laman Facebook Mukhriz Mahathir Fans kira-kira sejam.

Kapsyen yang disertakan dengan gambar tersebut berbunyi: “Bonda Tun Siti tiba di rumah Titi Gajah...Sedihnya tengok gambar ini. Pelukan seorang ibu memberi semangat kepada anakanda kesayangan.”

Rata-rata komen yang diberikan memberikan kata-kata semangat kepada Mukhriz termasuk mendoakannya.

“Apa pun keputusan DSMM (Mukhriz)...itu adalah untuk kebaikan rakyat...aku doakan suatu hari nanti DSMM akan menjadi PM (perdana menteri) Malaysia. Amin,” tulis Mat Shah.

Sementara Roslina Idrus menulis, “Bertabahlah Datuk Seri. Tak boleh berkata apa-apa,selain sebak dan terharu sangat-sangat rasa.”

Manakala, Raja Mazni berakta: “Sedih tengok gambar ini. Dalam politik macam-macam. Kasih ibu bawa ke Syurga. Apa jua keadaan seorang anak akan mencari ibunya meraih simpati ibu.”

Rozita Muhyeeddin pula berkata: “Syabas Datuk. Berundur tidak semestinya tewas. Ada hikmah dari ALLAH yang tidak kita ketahui.”

Sunieta Omar menulis: “Semoga DSMM tetap tabah. ALLAH lebih mengetahuinya. Perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Apa-apa pun saya sedih sangat apabila tengok seorang ibu memeluk anaknya. Terharu sangat.”

Krisis Kedah bermula sejak 20 Januari lalu apabila 14 Ketua Umno Bahagian mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.

Mukhriz akhirnya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi selepas dimaklumkan beliau hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

ADA ORANG UMNO DOK KATA PRU 14 KITA BAGI PEH, FULL STOP

Kedah boleh kembali ke tangan Pas jika...
2
Pas
 
SHAH ALAM – Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan Kedah kembali ke tangan Pas setelah melihat krisis yang sedang melanda Umno di negeri itu. 
 
Namun, menurut Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir, Pas tidak akan dapat memenangi Kedah dengan bersendirian.

“Mungkin kembali seperti dulu, kepada Pas. Tapi Pas sendirian tidak boleh...harus bekerjasama dengan PKR dan juga DAP. Pas tidak boleh menang atas tiket sendiri sahaja,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal parti-parti pembangkang yang mungkin dapat menewaskan BN di Kedah ketika suasana politik Umno-BN di negeri itu sedang meruncing.

Baru-baru ini, 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merayu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah dan mendakwa telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.


Menurut Dr Jeniri, Umno-BN hari ini berdepan kehilangan sokongan sekiranya gagal menyelesaikan krisis yang berlaku di Kedah itu.

“Kita lihat kemenangan BN di Kedah itu bukan kemenangan besar. Jadi, boleh dikatakan apa-apa sahaja faktor...apatah lagi jika krisis ini tidak dapat ditangani dan orang yang menggantikan beliau itu tidak berupaya untuk merapatkan barisan.

“Kemudiannya (pengganti), tidak mampu meyakinkan rakyat baik dengan kenyataan-kenyataan mahupun dengan dasar-dasarnya, maka ini akan pasti menyebabkan golongan dulu yang beralih angin disebabkan oleh Mukhriz, hari ini akan kembali (semula) kepada pembangkang (Pas),” katanya yang menyifatkan Umno Kedah kini berada di gaung yang boleh tumbang pada bila-bila masa sahaja.

Beliau juga mendakwa tindakan 14 Ketua Umno Bahagian Kedah yang menolak Mukhriz itu sebagai menggali kubur sendiri yang kononnya cuba untuk mencari penyelesaian terhadap masalah mereka dengan pendekatan yang diambil itu.

NAK DAPAT MB KALAU LENA ITU DEMAM KURA LA NAMANYA

Saya tak lena hanya pejam mata hayati ucapan tuanku’
Ahmad Bashah Md Hanipah
Sidang media ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku tengah hari ini. –Foto Sinar Harian
 
ALOR SETAR - "Saya tidak lena tetapi hanya pejam mata sebab nak menghayati ucapan tuanku pada majlis di istana tempoh hari". 
 
Demikian penjelasan bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai video berkenaan yang menjadi viral sebelum ini.

Sebagai tetamu yang duduk di barisan hadapan, tidak mungkin beliau akan terlena atau tidur dalam majlis besar seperti itu.

"Saya duduk sebaris dengan semua tetamu kenamaan termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jadi tidak mungkin saya akan berbuat demikian.

"Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku tengah hari ini.

Mengulas mengenai pesanan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak lena ketika majlis  angkat sumpah di Istana Anak Bukit  hari ini  beliau berkata ia tidak akan berlaku.

Sambil menyifatkan nasihat itu sebagai nakal, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, perkara seperti itu tidak wajar ditimbulkan.

"Mungkin ada niat lain di sebalik nasihat yang tidak begitu bernas," katanya.

NASIB BAIK DAPAT BERSYUKUUUUR !!!

Ahmad Bashah bersyukur dilantik MB Kedah
0
Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
SHAH ALAM - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu hari ini. 
 
Ahmad Bashah berkata, dengan pelantikan itu beliau berjanji untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Kedah seperti sebelum ini.

"Alhamdulillah, terima kasih atas perkenan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah melantik saya sebagai MB Kedah, saya juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menerajui negeri Kedah.

"Untuk itu, agenda yang penting bagi saya sekarang ialah membawa pembangunan yang berterusan kepada rakyat," katanya dalam satu temu bual bersama Astro Awani, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan berusaha untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap Umno dan BN di Kedah.

Katanya, beliau berpandangan bahawa kepercayaan rakyat kepada Umno di Kedah tidak tergugat kerana apa yang berlaku buat waktu ini bukanlah satu krisis sebaliknya hanya peralihan kuasa.

"Ya, saya akan menarik semula undi, bagi saya apa yang berlaku kini adalah satu peralihan kuasa bukanlah satu krisis sepertimana yang disebut-sebut,  oleh itu kita tidak berpecah," katanya.

Sementara ketika ditanya tentang adakah beliau akan merombak semula kedudukan Exco, Ahmad Bashah berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kemudian.

BERAKHIRNYA GENG KUTTY ???

AHLI PARLIMEN PAS YANG PALING SEBOK (MAHFUZ OMAR) BILA GENG DIA  PERLU LEPAS JAWATAN,  -  Pak Karamu


Kediaman keluarga Mukhriz mula jadi tumpuan
Kediaman keluarga Mukhriz mula jadi tumpuan

Media yang hadir ke lokasi berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan masuk. – Foto Sinar Harian

ALOR SETAR - Kediaman keluarga bekas Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Titi Gajah di sini mula dipenuhi orang ramai. 

Mukhriz yang pulang ke rumah berkenaan sejurus sidang media di Wisma Darul Aman tadi disambut oleh beberapa penyokongnya.


Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa buah kenderaan Exco Kerajaan Negeri Kedah masuk ke dalam perkarangan rumah berkenaan.


Turut kelihatan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.


Kumpulan wartawan yang hadir ke lokasi berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

BASHAH BERJAYA TUMBANGKAN MUKHRIZ

Ahmad Bashah watak penting kejayaan BN rampas Kedah
Ahmad Bashah
Ahmad Bashah
 
ALOR SETAR - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan watak penting kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
 
Ahmad Bashah, 66, yang dikenali sebagai pemimpin yang "low profile", merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Kedah yang berjaya menyatukan pimpinan Umno dan BN negeri serta menguatkan semula parti sehingga BN memperoleh 21 kerusi daripada 36 kerusi Dun pada 2013.

Beliau merupakan antara pemimpin Umno negeri yang paling kanan apabila menjadi Adun Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Berakhirnya PRU-13, Ahmad Bashah membuktikan kesetiaan kepada parti apabila memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menerajui tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

Dalam pengumuman kabinet kerajaan Persekutuan selepas PRU13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ahmad Bashah sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah]    

Dua bulan selepas PRU13, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan kesetiaan beliau kepada parti apabila kali ini memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, dengan beliau turun pangkat sebagai timbalannya pula.

Dilahirkan pada 10 Oktober 1950, beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang pembabitannya dalam dunia politik lebih 40 tahun, antaranya Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Naib Ketua Pemuda Umno Negeri, Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Bendahari Umno negeri dan Bendahari BN negeri.

Selepas BN dan Umno kalah pada PRU12 iaitu pada 2008, Umno Kedah dirombak dan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mulai 24 April 2009 bagi membantu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Pengerusi.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN negeri pada 1 Jan 2011, manakala Mukhriz sebagai Timbalannya.

Selain berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau turut berpengalaman  dalam pentadbiran kerajaan apabila menjadi Exco selama dua penggal sejak 1999 dengan memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.    


Apabila tsunami politik melanda pada 2008 menyebabkan BN gagal untuk terus menguasai Kedah, Ahmad Bashah masih mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata dengan menewaskan calon PKR Rohani Bakar dengan majoriti 358 undi.

Pada PRU13 yang lalu, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan pengundi masih percayakan beliau apabila menang dengan majoriti 895 undi mengatasi calon PKR Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama) Jawahae Raja Abdul Wahid.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan dikurniakan empat puteri.

Sejak 20 Jan lepas, nama Ahmad Bashah menjadi sebutan ramai apabila mengetuai sebahagian besar Adun, anggota Parlimen dan ketua Umno Bahagian di Kedah menzahirkan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. – Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.