Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN BUAT KERJA BODOH

KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN MENCERMINKAN BAHAWA PAS SUKA BUAT KERJA BODOH DAN SUKA MENANGGOK IKAN DI AIR KEROH, YANG HASILNYA HANYALAH SEMENTARA

IKAN SEDANG MABUK ATAU IKAN KERACUNAN DI AIR KERUH BILA DIMASAK DAN DI MAKAN MUNGKIN AKAN BERLAKU KERACUNAN, ERTINYA MEMBUNUH DIRI SENDIRI, INI KERJA ORANG BODOH

APA YANG PAS PERLU BUAT IALAH MENANAMKAN KEMBALI DAKWAH AKIDAH UNTUK MENYELAMATKAN UMMAT, MEREKA DIANTARA RAKYAT RAMAI YANG BELUM FAHAM TENTANG ILMU TUJUAN HIDUP UNTUK BERAKIDAH SECARA YANG BETUL  SEBAGAIMANA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA DIANTARA SEKULAR DAN ISLAM - Pak Karamu


Isu MB: Peluang Pas tawan semula Kedah



Isu MB: Peluang Pas tawan semula Kedah
Mustafa


SEREMBAN - Peluang Pas kembali menawan Kedah pada PRU14 dilihat semakin terbuka luas ekoran krisis politik yang sedang melanda negeri itu. 

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustafa Daharun berkata, tidak mustahil untuk Pas kembali mengusai semula Kedah daripada BN pada pilihan raya umum akan datang.


Berkemungkinan besar akan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.


“Ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada situasi berkenaan, antaranya kekecewaan orang ramai ekoran pemimpin dipilih telah dipaksa turun sebegitu rupa,” katanya mengulas isu pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar yang berkuat kuasa serta-merta, semalam.


Menurutnya, layanan buruk terhadap Mukhriz membuka mata semua pihak di Kedah betapa Umno tidak mampu lagi membela rakyat.


“Pasti mereka jelak apa yang berlaku pada Mukhriz. Apatah lagi, cara beliau diturunkan amat tidak profesional.


“Sepatutnya Umno fokus pada pembangunan negeri, bukannya sibuk berpolitik saja. Ini juga bakal menjadi salah satu punca kejatuhan mereka di sana nanti,” katanya.


Dalam pada itu, Tindakan bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz menghentam kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan seolah-olah beliau duri dalam daging parti berkenaan.


Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata demikian ketika mengulas kritikan pedas Mukhriz, kononnya Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Najib kekal sebagai peneraju.


“Mukhriz tidak sepatutnya cakap macam itu. Seakan-akan melambangkan beliau tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan Umno. Walhal, beliau seharusnya seiring dan sejalan dengan suara majoriti.


“Secara tidak langsung, kata-kata dilontarkan boleh melemahkan Umno. Nampak seperti Mukhriz ada motif atau agenda tersendiri dalam hal ini,” katanya.


Bagi beliau, apa yang dilakukan Najib terutama membabitkan pertukaran Menteri Besar di Kedah sebagai tindakan tepat.


“Presiden buat semua ini demi memperbaiki Umno. Beliau tidak mahu ada duri dalam daging yang boleh merosakkan Umno.


“Bila masalah babit musuh dalam selimut berjaya diselesaikan nanti, saya percaya Umno jadi lebih kuat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.