Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BASHAH BERJAYA TUMBANGKAN MUKHRIZ

Ahmad Bashah watak penting kejayaan BN rampas Kedah
Ahmad Bashah
Ahmad Bashah
 
ALOR SETAR - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan watak penting kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
 
Ahmad Bashah, 66, yang dikenali sebagai pemimpin yang "low profile", merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Kedah yang berjaya menyatukan pimpinan Umno dan BN negeri serta menguatkan semula parti sehingga BN memperoleh 21 kerusi daripada 36 kerusi Dun pada 2013.

Beliau merupakan antara pemimpin Umno negeri yang paling kanan apabila menjadi Adun Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Berakhirnya PRU-13, Ahmad Bashah membuktikan kesetiaan kepada parti apabila memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menerajui tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

Dalam pengumuman kabinet kerajaan Persekutuan selepas PRU13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ahmad Bashah sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah]    

Dua bulan selepas PRU13, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan kesetiaan beliau kepada parti apabila kali ini memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, dengan beliau turun pangkat sebagai timbalannya pula.

Dilahirkan pada 10 Oktober 1950, beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang pembabitannya dalam dunia politik lebih 40 tahun, antaranya Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Naib Ketua Pemuda Umno Negeri, Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Bendahari Umno negeri dan Bendahari BN negeri.

Selepas BN dan Umno kalah pada PRU12 iaitu pada 2008, Umno Kedah dirombak dan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mulai 24 April 2009 bagi membantu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Pengerusi.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN negeri pada 1 Jan 2011, manakala Mukhriz sebagai Timbalannya.

Selain berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau turut berpengalaman  dalam pentadbiran kerajaan apabila menjadi Exco selama dua penggal sejak 1999 dengan memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.    


Apabila tsunami politik melanda pada 2008 menyebabkan BN gagal untuk terus menguasai Kedah, Ahmad Bashah masih mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata dengan menewaskan calon PKR Rohani Bakar dengan majoriti 358 undi.

Pada PRU13 yang lalu, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan pengundi masih percayakan beliau apabila menang dengan majoriti 895 undi mengatasi calon PKR Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama) Jawahae Raja Abdul Wahid.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan dikurniakan empat puteri.

Sejak 20 Jan lepas, nama Ahmad Bashah menjadi sebutan ramai apabila mengetuai sebahagian besar Adun, anggota Parlimen dan ketua Umno Bahagian di Kedah menzahirkan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. – Bernama

2 orang berkata:

Unknown said...

ninest123 16.02
louis vuitton, louis vuitton, longchamp outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, michael kors, nike free, longchamp outlet, louboutin, ugg boots, burberry, prada outlet, tiffany jewelry, oakley sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, uggs on sale, burberry outlet online, tory burch outlet, prada handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ugg boots, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, louis vuitton outlet, chanel handbags, jordan shoes, ugg boots, christian louboutin outlet, longchamp, replica watches, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, tiffany and co, nike air max, oakley sunglasses, louis vuitton, replica watches, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, ray ban sunglasses, louboutin shoes, oakley sunglasses, nike air max, gucci outlet

Unknown said...

lululemon, vans pas cher, hollister, nike roshe, michael kors, michael kors, north face, hollister pas cher, oakley pas cher, true religion jeans, new balance pas cher, north face, coach purses, vanessa bruno, nike trainers, nike free, true religion outlet, burberry, nike air max, ralph lauren pas cher, hogan, ray ban pas cher, louboutin pas cher, nike air max, air max, air jordan pas cher, replica handbags, hermes, abercrombie and fitch, michael kors, nike free run uk, longchamp, true religion jeans, nike blazer, nike huarache, coach outlet, sac guess, converse pas cher, tn pas cher, mulberry, michael kors, nike roshe run, timberland, ray ban uk, ralph lauren uk, true religion jeans, longchamp pas cher, lacoste pas cher, sac longchamp, nike air max, air force

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.