Beliau turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke hadapan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah

"Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri kerana saya juga pernah alami keadaan yang sama pada tahun 1998. Oleh kerana saya turut istiqamah, saya berada dalam kepimpinan negara sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini hari ini bagi mengulas pelantikan Adun, Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah baharu yang diperkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Saya fikir jangan terdorong pada apa yang dilakukan pihak pembangkang. Saya turut ditawarkan pihak pembangkang apabila saya alami kemelut yang sama pada 1998. Itulah saya menyeru istiqamah berhubung pendirian kita.

"Sebagai seorang ahli politik ...kita perlu mengutamakan perpaduan parti dan juga kestabilan politik demi kepentingan negara pada keseluruhannya," tegasnya.

Ahmad Zahid meminta semua kepimpinan parti kepimpinan peringkat negeri, bahagian dan cawangan di Kedah agar melupakan permasalahan politik yang timbul selama ini.