Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

besok dihadapkan di mahkamah sesyen



Kit Siang sahkan Guan Eng Ditahan SPRM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.


Lim dilaporkan sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.


Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.


Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.


Menurut exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.


Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.


Sejak petang tadi, beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.


Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA menunggu di tingkat bawah.


Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.


Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.


Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.


Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.

KETUA MENTERI GUAN ENG DITANGKAP SPRM

Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
Gambar viral mengatakan pegawai SPRM ketika berada di Komtar.

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar tadi.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguatkuasa SPRM ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

Selain itu, difahamkan penahanan Guan Eng itu berkemungkinan berkait dengan isu banglo terbabit.

Bagaimanapun, dalam usaha menahan Ahli Parlimen Bagan itu, pihak SPRM telah mengambil tindakan dan bekerjasama dengan pasukan polis yang turut kelihatan di sekitar pekarangan Komtar.

Kehadiran anggota polis itu difahamkan bagi menjaga ketenteraman dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

TIADA MAAF BAGIMU


‘Mok tok sey maaf ko dia’
‘Mok tok sey maaf ko dia’
Mek Som meminta anak saudaranya, Mek Nab Wan Ngah melumurkan bedak pada wajahnya selepas selesai mandi setelah 11 hari menjalani rawatan di HUSM.

PASIR MAS - "Mok tok sey maaf ko dia, biarlah dia duduk dale penjara mugo dia buat salah," kata Mek Som Mat Diah, 89, ketika diberitahu tentang Mohd Fikri Noor Rosland,19, yang dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Dia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini baru selesai mandi selepas 11 hari tidak mandi dengan sempurna kerana menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mek Som pulang ke rumahnya semalam kira-kira jam 5 petang setelah dibenarkan pulang.
Menurutnya, dia perlu mendapatkan rawatan susulan untuk membuka balutan dan mencuci luka pada 5 Julai ini di klinik berhampiran.

Dia yang berkerusi roda ketika itu turut memberitahu keinginannya untuk membuat ketupat palas manis untuk raya tahun ini tidak akan tercapai.

"Enam hari lagi nak rayo, sekalo mok buat ketupat tapi tahun ni tokleh dohla," katanya.

PAS TEMPAT AMAN


Pas Sabah tawar tempat pada ahli Umno
Mohd Aminuddin Aling
Mohd Aminuddin Aling

SHAH ALAM - Pas Sabah hari ini menawarkan tempat dalam parti Islam itu kepada ahli Umno yang kecewa dengan pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan, Datuk Seri Shafei Apdal.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata, sudah tiba masanya ahli Umno beralih kepada Pas kerana ‎parti itu mempunyai matlamat yang jelas dan tidak mudah dipermainkan lawan mahupun kawan.

"Berdasarkan laporan media saya difahamkan di Semporna sahaja 300 cawangan Umno dibubarkan termasuk sayap pemuda, wanita dan puteri.

"Saya yakin ramai di kalangan ahli Umno yang tidak suka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ada dalam kerajaan sekarang. Tetapi mereka disekat daripada bersuara kerana kesannya seperti yang berlaku kepada Muhyiddin dan Mukhriz," katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lalu memutuskan Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.


Sementara Shafie digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

MASYA ALLAH, BUKAN GERTAK, TAPI BETUL-BETUL !

Lapangan terbang Istanbul diserang, 32 terbunuh
Lapangan terbang Istanbul diserang, 32 terbunuh
Penumpang meninggalkan lapangan terbang Ataturk Istanbul semalam selepas dua letupan diikuti oleh tembakan melanda lapangan terbang terbesar Turki. - AFP

ISTANBUL - TURKI.Sekurang-kurangnya 32 dilapor terbunuh manakala 88 lagi cedera dalam satu serangan berani mati di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki sebentar tadi.

Bagaimanapun,belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab.

Menurut agensi berita tempatan, Dogan yang memetik sumber keselamatan, serangan itu dilancarkan oleh pengganas IS. - Agensi

PARTI BARU


Parti baharu mampu saingi Umno?
Parti baharu mampu saingi Umno?
Abdullah (duduk, tengah) bersama pimpinan tertinggi GPMS. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusof.‎ - Foto Sinar Online

KUALA LUMPUR - "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ‎ketika menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.

Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar  bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas dipecat daripada Umno.

Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.

"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno hanyalah sedikit.

Terdahulu, Majlis Tertinggi  memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

MUHYIDDIN AKAN TUBUH PARTI BARU ?


Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Mohd Solihan membakar kemeja Umno sebagai tanda protes terhadap keputusan parti berkenaan yang melucutkan keahlian Muhyiddin baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

PAGOH - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini.


Bagaimanapun, kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan Umno.

Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Tahir berkata, tindakan mereka meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.

"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup dengan Ketua-ketua Cawangan dalam bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Manakala bagi Ahmad, keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin sememangnya meninggalkan kesan kepada beliau.

"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.

“Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Solihan yang juga merangkap sebagai Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, beliau juga tidak menolak andainya wujud parti baru yang diterajui Muhyiddin.

“Jika Tan Sri Muhyiddin mahu memperjuangkan nasibnya dengan menubuhkan parti politik baru, saya dan rakan-rakan yang lain sedia untuk membantu beliau dan meneruskan perjuangan parti berkenaan.

“Saya percaya sebenarnya ramai yang membantah dan mahu keluar daripada parti namun mereka masih teragak-agak kerana tidak jelas dan keliru dengan pendirian mereka. Namun saya pasti, keputusan kami ini boleh mempengaruhi ahli Umno lain yang dilihat begitu kecewa terhadap tindakan MT ini,” katanya.

RASUAH UNTUK DAPAT SOKONGAN



AL KESAH BELI ORANG DENGAN HARTA BENDA

Surah Yunus ayat 88
š   
Maksudnya:  Musa berkata: "Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan (Yang banyak) dalam kehidupan dunia, Ya Tuhan Kami - akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan Kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, Maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih."

JANGAN TANYA BN KUAT KE TAK, BN MEMANG KUAT SAMPAI BILA-BILA, PARTI KERAMAT ! HU HU HU


Benarkah BN begitu kuat sekarang?
Benarkah BN begitu kuat sekarang?
Adakah Muhyiddin, Mukhriz dan Mohd Shafie akan berkolaborasi dengan pembangkang untuk terus memperjuangkan agenda mereka menentang Najib?
 
PETUNJUK bahawa pimpinan Umno kini berada pada tahap keyakinan diri yang amat tinggi adalah tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dibuat dalam tempoh tidak sampai seminggu selepas BN menang besar PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bagi menyerlahkan lagi sikap itu, mereka turut menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tanpa keyakinan diri yang tinggi, Umno tidak akan berani melakukan tindakan seperti itu kerana ketiga-tiga pemimpin berkenaan diketahui mempunyai pengaruh yang kuat, di dalam dan luar parti.  Ini seakan mengiyakan andaian bahawa  Umno/BN berada pada tahap yang cukup kuat sekarang berdasarkan keputusan PRK berkenaan.

Soalnya, adakah BN sudah benar-benar kuat? Adakah keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar cukup untuk dijadikan indikator penerimaan rakyat terhadap BN yang boleh dibawa hingga PRU14?

Adakah pola pengundian dan geopolitik Sungai Besar, juga Kuala Kangsar sesuai dijadikan model untuk seluruh negara hingga membuatkan pemimpin Umno/ BN yakin parti itu kini berada pada kedudukan yang cukup mantap untuk mengekalkan pemerintahan?

Seorang ketua Umno bahagian sehari selepas pilihan raya itu, terang-terangan menolak andaian bahawa perpecahan undi propembangkang jadi faktor kemenangan BN. Sebaliknya kata beliau, kemenangan itu disebabkan BN sememangnya kuat dan kembali diterima rakyat. 

Dan satu lagi kenyataan wajib: "Mereka sudah muak dengan propaganda pembangkang!"
Untuk sesetengah perkara, pandangan itu boleh diiyakan tetapi untuk mengatakan BN telah benar-benar kuat, masih boleh dipersoalkan.

Apa yang paling munasabah untuk diperkatakan ialah  bukan BN yang kuat tetapi kucar-kacir yang berlaku dalam blok pembangkang cukup memberikan BN kelebihan dalam situasi sekarang.

Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Perpecahan undi propembangkang secara terang lagi jelas telah 'membantu' kemenangan besar BN.

Dalam siaran langsung TV1 pada hari penamaan calon, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata seseorang tidak perlu jadi penganalisis politik untuk menjangkakan BN akan menang mudah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, melainkan jika berlaku sesuatu yang luar biasa.  

Apabila dua parti pembangkang, Pas dan Amanah masuk bertanding, sudah tentu undi menentang BN terpecah. Apatah lagi sepanjang tempoh kempen, kedua-dua parti dilihat lebih memberi tumpuan untuk menyerang sesama sendiri berbanding usaha melawan BN. Ini sudah pasti memberikan kelebihan kepada BN.

Selain itu, pemilihan calon yang tepat juga amat mempengaruhi keputusan. Di Sungai Besar,  Budiman Mohd Zohdi dikira cukup menepati kriteria winnable candidate. Pada PRU13, Budiman menang kerusi Dun Sungai Panjang dengan majoriti 2,183 undi. Ini jadi bekalan mantap baginya untuk menghadapi PRK kerana telah sedia mempunyai deposit sokongan yang kuat.

Wanita

Selain itu, Budiman juga dikenali sebagai wakil rakyat yang mengamalkan pendekatan strategik dalam memenangi hati pengundi berdasarkan latar belakangnya sebagai lulusan sarjana komunikasi dan juga bakal siswazah doktor falsafah dalam bidang sains politik.

Dalam pada itu, sejak dipilih menjadi wakil rakyat tiga tahun lalu, beliau telah meningkatkan usaha mendekati penduduk Cina yang tidak menyokongnya pada PRU13, Sejak itu, perhatian kaum Cina terhadapnya semakin meningkat dan itulah hasil yang diperolehinya pada PRK ini.

Di Kuala Kangsar, faktor calon tidak boleh diketepikan meskipun Datin Mastura Yazid hanya berkempen dari rumah disebabkan masih dalam tempoh iddah. Bagaimanapun, inilah yang dipercayai mendorong beliau mendapat banyak undi simpati terutama kematian suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad adalah berkait dengan tragedi.

Selain itu, Wan Mohammad Khair-il Anuar juga dikenali sebagai wakil rakyat yang  digemari. Selain sebagai ahli Parlimen, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Adun Bukit Chandan dan sepanjang tempoh itu, Mastura sering mengiringi suaminya dalam program turun padang. Justeru, Mastura bukanlah orang asing bagi penduduk Kuala Kangsar.

Di Kuala Kangsar, seramai 17,002 atau 51.6 peratus daripada jumlah keseluruhan 32,949 pengundi adalah wanita. Penduduk Kuala Kangsar juga sememangnya sudah lama menerima wanita sebagai pemimpin. Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz adalah ahli Parlimen kawasan itu selama tujuh penggal (1982-2008) sebelum digantikan Wan Mohammad Khair-il.

Jika Mastura mempunyai kelebihan untuk mendapat undi wanita terutamanya, anak-anak beliau, Wan Emir Astar, 26; Wan Imar Izzat, 25; Wan Iskandar, 23, dan Wan Mohamad Amar, 19, yang aktif turun berkempen untuk ibu mereka pula berjaya mencuri perhatian golongan muda. Mereka memainkan peranan penting menarik undi golongan itu.

Sepanjang tempoh kempen, didapati tidak ada poster atau sepanduk Datuk Seri Najib Tun Razak di Sungai Besar. Di Kuala Kangsar pun begitu juga. Adakah ini petanda BN sendiri meragui imej dan persepsi terhadap Najib akan mempengaruhi pengundi?

Amanah juga dalam sepanduknya cuba mengaitkan Budiman dengan Perdana Menteri menerusi  kempen 'Tolak calon Najib, pilih calon Amanah'. Berkempen tanpa poster Orang No. 1 parti bukan sesuatu yang biasa dalam pilihan raya.  Ini pun sesuatu yang menghairankan juga!

Kejutan

Mengenai keputusan yang di luar jangkaan, sistem pilihan raya kita menetapkan majoriti dikira berdasarkan perbezaan undi diperoleh calon menang dengan calon yang mendapat undi kedua terbanyak.
Dalam konteks Sungai Besar, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur di tempat kedua selepas Budiman. Justeru, perbezaan antara keduanya, 9,191 undi dikira sebagai majoriti.

Dengan itu, undi diperoleh calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman tidak masuk dalam perkiraan. Inilah yang menjadi petunjuk jelas perpecahan undi propembangkang telah membesarkan angka majoriti.  Meskipun dicampur undi dua calon pembangkang itu, Budiman masih menang besar, 2,289 undi.

Keupayaan Budiman memperoleh majoriti yang begitu besar mengikut hujah penganalisis adalah bersabit dengan kembalinya sebilangan pengundi Cina mengundi BN di Dun Sekinchan. Sekinchan adalah kubu kuat DAP. Bagaimanapun perolehan undi menunjukkan ada pengundi Cina dari kawasan itu mengundi BN pada PRK lalu.

Ada dua faktor yang berkaitan. Pertama, kejayaan kerajaan membawa balik dua nelayan dari Bagan Sekinchan, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak 3 Mac, telah menjadi faktor sentimental untuk sebilangan pengundi Cina Sekinchan berpaling tadah. Kedua-duanya selamat kembali pada petang 16 Jun, dua hari sebelum pengundian.

Kedua, pengundi Cina lazimnya mengambil kira advantage atau kelebihan yang akan mereka peroleh menerusi sesuatu pilihan raya. PRK lalu tidak mengubah kerajaan. Pada masa yang sama berbagai tawaran dihulurkan kerajaan kepada mereka.
Justeru, tidaklah menghairankan jika mereka memilih BN baru-baru ini bagi memastikan apa yang ditawarkan itu mereka perolehi. Bagaimanapun pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin akan kembali mengundi parti pembangkang untuk mengekalkan kuasa memerintah negeri di tangan PKR dan DAP.

Selain itu, faktor peratusan keluar mengundi yang rendah turut mempengaruhi keputusan.

Di Sungai Besar, peratusan keluar mengundi hanya 74.4 peratus berbanding 88 peratus pada PRU13 manakala Kuala Kangsar, 71.4 peratus berbanding 84.3 peratus. Ini lebih rendah berbanding jangkaan 75 peratus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peratusan yang rendah terutama di Kuala Kangsar dipercayai melibatkan pengundi Islam di luar kawasan yang mungkin berasa tidak berbaloi untuk mereka balik mengundi sedangkan mereka akan pulang untuk berhari raya pula dalam tempoh masa kurang lebih dua minggu sahaja.

Bagaimanapun di Sungai Besar, perangkaan yang lebih tinggi mungkin bersebab jarak kawasan itu dengan Kuala Lumpur yang tidak begitu jauh memungkinkan pengundi balik mengundi dan berbuka puasa bersama keluarga sebelum kembali semula ke tempat mereka pada hari yang sama.

Sebagai kesimpulan, BN tidak boleh terus bersorak dengan kemenangan besar pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Lebih membahayakan jika kemenangan itu seakan memberi ruang untuk mereka melakukan tindakan yang sukar diterima rakyat ataupun yang boleh memecahbelahkan lagi parti.

Pemimpin di peringkat pertengahan juga seharusnya menyalurkan maklumat secara jujur kepada pucuk pimpinan agar pemimpin di atas mendapat maklumat yang tepat, bukan teori plastik yang sekadar menyedapkan hati tetapi lari daripada realiti.

KELANTAM, KELANTAN, KELANTAN, KELANTAN LAGI !!!!


Dipenjara 30 tahun, 30 sebatan kerana rogol adik
Dipenjara 30 tahun, 30 sebatan kerana rogol adik
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah.


KOTA BHARU - Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh mahkamah sesyen, selepas didapati bersalah tiga kali merogol adik kandungnya, dua tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap pemuda berusia 20 tahun itu.
Ketika kejadian tertuduh berusia 18 tahun, manakala mangsa berusia 15 tahun.

Tertuduh didakwa merogol mangsa dua kali pada 18 Jun 2014 iaitu pada jam 4.15 petang di sebuah rumah di Pasir Puteh dan antara jam 7 hingga 8 malam di sebuah pondok kosong di Permatang Rambai, daerah sama.

Kali ketiga, kejadian berlaku pada jam 6 pagi di dalam bilik sebuah rumah di alamat sama.

Hukuman penjara 10 tahun 10 sebatan diputuskan bagi setiap pertuduhan dan diarah berkuat kuasa secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada tahun 2014.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh, diwakili peguam Mohd Faizal Hazim Abd Rahman.
 

ANAK DAN BAPA SAMA, ADA AGENDA, MULUT BESAR

'Bayangan Mukhriz tak berasas'
Mukhriz
Mukhriz

KOTA BHARU - Bayangan yang dibuat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan ‘nasib’ Kedah yang akan bertukar tangan kepada Pas tidak lama lagi adalah tidak berasas.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, ini kerana dengan apa yang dipamerkan kini, Pas nyata tidak mampu untuk menandingi BN yang masih kuat dan semakin utuh.

“Pas berdepan cabaran dan saingan dengan Parti Amanah Negara (Amanah). Buktinya ketika di PRK kawsan Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Separuh undi mereka ke Amanah,” katanya, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Mukhriz yang membayangkan rakyat Kedah perlu bersedia untuk menyerahkan kerajaan sekarang kepada Pas kerana menyifatkan wujud pakatan antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, walaupun pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Mukhriz agak besar dan mengejutkan, namun ia tidak akan mendatangkan kesan yang panjang kepada Umno.

Beliau yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, kemungkinan besar kedua-dua pemimpin tersebut akan menyertai gerakan yang diketuai Tun Mahathir Mohamed untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walau apa pun, Umno setakat ini masih bersatu dan sokong pimpinan (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tiada siapa pun mahu kerajaan jatuh kepada pembangkang. Jadi jika ada yang dipecat, itu mungkin akan masuk parti lain, tetapi tidak mungkin tubuh parti lain,” katanya.

0RANG AWAM SUDAH MILIKI BOM ?


Pengunjung cedera letupan dalam pusat hiburan
Pengunjung cedera letupan dalam pub
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

PUCHONG - Seorang  pengunjung sebuah pusat hiburan di IOI Boulevad, Puchong Jaya parah manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian letupan bom yang dilapor berlaku kira-kira jam 2.15 pagi, semalam.

Kejadian berlaku ketika pengunjung menikmati minuman sambil menonton perlawanan bola sepak Euro 2016 di layar skrin gergasi yang terletak di kaki lima premis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, mendapati berlaku satu letupan dipercayai dari bom tangan yang dibaling suspek dari arah tepi jalan.

Katanya, letupan yang berlaku di ruang menempatkan kerusi meja itu menyebabkan lapan orang termasuk tiga wanita mengalami kecederaan akibat terkena serpihan.

“Seorang daripada mangsa lelaki mengalami kecederaan parah, kesemua yang cedera masing-masing lima dihantar ke Hospital Serdang manakala tiga lagi dihantar ke Pusat Perubatan Sunway untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Akibat letupan, tiga buah kenderaan terletak berhampiran turut mengalami kerosakan apabila terkena ledakan bom tersebut.

Abdul Rahim berkata, pihaknya belum dapat memastikan suspek yang terlibat dengan kejadian dan menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan pengganas.

Menurutnya, kejadian berkemungkinan bermotif dendam atau ada antara mangsa menjadi sasaran suspek.

“Kita akan siasat semua aspek termasuk mengambil rakaman CCTV yang terletak berhampiran.

"Saya harap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi polis untuk membantu melengkapkan siasatan dengan segera,” katanya.  Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
 
Dalam pada itu, beliau berkata, masih belum dapat dipastikan sama insiden itu mempunyai kaitan dengan kes letupan berlaku di Bukit Bintang Oktober dua tahun, lalu.

MEREKA MASIH WANGI ?

Muhyiddin, Mukhriz jadi rebutan
Muhyiddin, Mukhriz

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi rebutan Amanah dan Pas setelah kedua-dua pemimpin Umno itu dipecat daripada parti Jumaat lalu, lapor Sin Chew Jit Poh.

Difahamkan, pemimpin Amanah antara yang paling awal menemui Muhyiddin dan Mukhriz untuk berbincang penyertaan mereka ke dalam parti mereka, manakala Pas juga dikatakan mempunyai minat yang sama.

Begitu juga dengan DAP yang beranggapan kedua-dua bekas pemimpin Umno itu masih boleh bekerjasama biarpun tidak semestinya menyertai parti pembangkang.

Di samping itu, satu lagi parti pembangkang, PKR pula tidak berkecuali untuk membuka pintu seluas-luasnya kepada Muhyiddin dan Mukhriz.

Menurut sumber, Timbalan Pengerusi Amanah, Salahuddin Ayub segera menemui Muhyiddin di Pagoh, Johor pada malam Jumaat, sebaik sahaja mendapat tahu beliau dan Mukhriz telah dipecat daripada Umno.

Salahuddin pula dikatakan menyatakan hasrat untuk mempelawa Muhyiddin menyertai Amanah untuk memperkuatkan parti itu di Johor.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, partinya akan cuba mengajak Muhyiddin dan Mukhriz untuk sertai Pas bagi membolehkan ada pertukaran kerajaan dalam PRU 14. Bagaimana pun, kata Idris, isu ini akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat parti akan datang.

Idris bagaimanapun enggan mengulas sama ada Pas sudah menghubungi atau mengatur pertemuan dengan Muhyiddin dan Mukhriz atau tidak.

Muhyiddin dan Mukhriz yang tidak mempunyai sebarang keanggotaan parti menyebabkan mereka mempunyai pilihan sama ada menyertai mana-mana parti pembangkang ataupun menubuhkan parti sendiri.

Peluang inilah cuba diambil oleh parti-parti pembangkang seperti PKR. Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, partinya sedia menerima sesiapa saja menjadi ahli dalam parti asalkan boleh terima idea dan prinsip perjuangan PKR.

"Terpulanglah hasrat mereka sama ada mahu sertai PKR atau tidak. PKR berjuang dan tuntut keadilan untuk Anwar dan rakyat. Kita mesti bersatu padu untuk menyelamat negara," kata Wan Azizah kepada akhbar itu.

Berbanding dengan parti-parti pembangkang lain, DAP dilihat mengambil sikap berhati-hati untuk memancing Muhyiddin dan Mukhriz ke dalam parti mereka.

Menurut Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke, jika Muhyiddin dan Mukhriz tidak berminat menyertai mana-mana parti pembangkang, mereka berdua masih boleh beri kerjasama untuk sama-sama menentang BN dan Umno.

"Mereka boleh sertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. Tapi ia tidaklah begitu penting. Apa yang lebih penting ialah mereka perlu bersama dalam pakatan kami dan bekerjasama sebagai satu pasukan," kata Anthony.

Menurut Anthony lagi, apabila kedudukan Muhyiddin dan Mukhriz kini bukan lagi ahli Umno, pergerakan mereka akan lebih mudah iaitu boleh terus berjuang tuntut keadilan, menjelaskan pendirian mereka mengenai isu 1MDB dan sebagainya.

Kata Anthony, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Kedah itu sebenarnya telah menghabiskan banyak masa dan kesempatan yang diberikan mereka.

"Mereka sepatutnya kena lebih berani dan bertindak dengan lebih agresif menyatakan pendirian mereka. Namun kami amat mengalu-alukan kedua-dua mereka sertai Pakatan Harapan untuk hadapi PRU akan datang," katanya.

Beliau turut menafikan pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin hari semakin kecil di kalangan masyarakat Melayu.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiang Lai berkata, MCA menghormati keputusan Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana mana-mana ahli parti yang langgar disiplin perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya,

"Sebagai ahli komponen dalam BN, MCA tidak berhasrat mencampuri urusan Umno. Namun BN perlulah mempunyai disiplin bagi mengukuhkan parti. Seperti MCA juga, sekiranya terdapat mana-mana ahli yang melanggar disiplin parti, tindakan tetap akan dikenakan kepada yang terlibat," katanya.

SATU TAKDIR MENUNGGU TAKDIR LAIN


Pemecatan boleh buat 3 negeri tergugat?
Pemecatan boleh buat 3 negeri tergugat?
Muka depan Sinar Harian semalam

SHAH ALAM - Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Umno, bukan satu langkah bijak oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kubu kuat parti di Johor, Kedah dan Sabah.

Penganalisis politik Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, insiden itu memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang yang pada PRU13 lalu, berjaya menembusi kubu kuat Umno dengan memenangi beberapa kerusi.

“Sudah pasti dengan tiadanya Muhyiddin, ia akan beri kesan kepada politik Johor, khusus dari segi sokongan.

Mukhriz sendiri dalam politik Kedah, umum merasakan dia diturunkan secara tidak demokratik oleh Najib. Apabila Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengalami masalah kesihatan dinaikkan di Kedah, sudah pasti ia memberikan imej dan reputasi buruk kepada Umno.

“Keadaan sama bila Umno gantung keahlian Mohd Shafie Sabah adalah benteng kuat Umno. Beliau antara tokoh kuat dalam kalangan masyarakat pantai timur Sabah dan ada pengaruh besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menjangkakan insiden itu mengundang bantahan di kalangan ahli dan pimpinan semua peringkat dalam Umno, sama ada secara terbuka ataupun senyap menjelang pemilihan parti atau PRU14.

“Umno ini, bila dia nak protes boleh buat secara terus, kadang-kala dilakukan secara senyap. Mungkin dia hampa dan kecewa dengan apa yang berlaku. Kali ini lebih kepada protes senyap yang lebih bahaya daripada protes terbuka.

“Kalau protes senyap dibuat masa pilihan raya nanti, ia akan beri kesan kepada keputusan Umno ,” katanya. Beliau turut tidak menolak kemungkinan keputusan itu dibuat selepas BN mendapat kemenangan besar dalam PRK kawasan Parlimen Sungai
Besar dan Kuala Kangsar serta Pilihan Raya Negeri Sarawak.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.