Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHYIDDIN AKAN TUBUH PARTI BARU ?


Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Mohd Solihan membakar kemeja Umno sebagai tanda protes terhadap keputusan parti berkenaan yang melucutkan keahlian Muhyiddin baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

PAGOH - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini.


Bagaimanapun, kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan Umno.

Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Tahir berkata, tindakan mereka meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.

"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup dengan Ketua-ketua Cawangan dalam bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Manakala bagi Ahmad, keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin sememangnya meninggalkan kesan kepada beliau.

"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.

“Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Solihan yang juga merangkap sebagai Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, beliau juga tidak menolak andainya wujud parti baru yang diterajui Muhyiddin.

“Jika Tan Sri Muhyiddin mahu memperjuangkan nasibnya dengan menubuhkan parti politik baru, saya dan rakan-rakan yang lain sedia untuk membantu beliau dan meneruskan perjuangan parti berkenaan.

“Saya percaya sebenarnya ramai yang membantah dan mahu keluar daripada parti namun mereka masih teragak-agak kerana tidak jelas dan keliru dengan pendirian mereka. Namun saya pasti, keputusan kami ini boleh mempengaruhi ahli Umno lain yang dilihat begitu kecewa terhadap tindakan MT ini,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Sementara tengah panas ni memanglah ada berbagai kenyataan yg merangsag keahlian Ahli2 Umno Pagoh, nak tubuh parti baru lah bagai,.jangan nk cari gelamer je kat media massa, Tubuh je lah Parti Baru bagai mengantikan Umno Yg diketahui umum penuh dengan berebut kuasa, Rasuah, merompak, menipu, dan berbagai skandal yg dihalalkan,. Andai menjadi kenyataan akan ter tubuh parti baru nanti,.ubahlah segala Perlembagaan parti yg ada (umno), buat lah perlembagaan baru yg lebih menampakan bersih dari Segala sudut, kalau maukan sokong an Rakyaat lah,.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.