Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA MASIH WANGI ?

Muhyiddin, Mukhriz jadi rebutan
Muhyiddin, Mukhriz

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi rebutan Amanah dan Pas setelah kedua-dua pemimpin Umno itu dipecat daripada parti Jumaat lalu, lapor Sin Chew Jit Poh.

Difahamkan, pemimpin Amanah antara yang paling awal menemui Muhyiddin dan Mukhriz untuk berbincang penyertaan mereka ke dalam parti mereka, manakala Pas juga dikatakan mempunyai minat yang sama.

Begitu juga dengan DAP yang beranggapan kedua-dua bekas pemimpin Umno itu masih boleh bekerjasama biarpun tidak semestinya menyertai parti pembangkang.

Di samping itu, satu lagi parti pembangkang, PKR pula tidak berkecuali untuk membuka pintu seluas-luasnya kepada Muhyiddin dan Mukhriz.

Menurut sumber, Timbalan Pengerusi Amanah, Salahuddin Ayub segera menemui Muhyiddin di Pagoh, Johor pada malam Jumaat, sebaik sahaja mendapat tahu beliau dan Mukhriz telah dipecat daripada Umno.

Salahuddin pula dikatakan menyatakan hasrat untuk mempelawa Muhyiddin menyertai Amanah untuk memperkuatkan parti itu di Johor.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, partinya akan cuba mengajak Muhyiddin dan Mukhriz untuk sertai Pas bagi membolehkan ada pertukaran kerajaan dalam PRU 14. Bagaimana pun, kata Idris, isu ini akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat parti akan datang.

Idris bagaimanapun enggan mengulas sama ada Pas sudah menghubungi atau mengatur pertemuan dengan Muhyiddin dan Mukhriz atau tidak.

Muhyiddin dan Mukhriz yang tidak mempunyai sebarang keanggotaan parti menyebabkan mereka mempunyai pilihan sama ada menyertai mana-mana parti pembangkang ataupun menubuhkan parti sendiri.

Peluang inilah cuba diambil oleh parti-parti pembangkang seperti PKR. Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, partinya sedia menerima sesiapa saja menjadi ahli dalam parti asalkan boleh terima idea dan prinsip perjuangan PKR.

"Terpulanglah hasrat mereka sama ada mahu sertai PKR atau tidak. PKR berjuang dan tuntut keadilan untuk Anwar dan rakyat. Kita mesti bersatu padu untuk menyelamat negara," kata Wan Azizah kepada akhbar itu.

Berbanding dengan parti-parti pembangkang lain, DAP dilihat mengambil sikap berhati-hati untuk memancing Muhyiddin dan Mukhriz ke dalam parti mereka.

Menurut Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke, jika Muhyiddin dan Mukhriz tidak berminat menyertai mana-mana parti pembangkang, mereka berdua masih boleh beri kerjasama untuk sama-sama menentang BN dan Umno.

"Mereka boleh sertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. Tapi ia tidaklah begitu penting. Apa yang lebih penting ialah mereka perlu bersama dalam pakatan kami dan bekerjasama sebagai satu pasukan," kata Anthony.

Menurut Anthony lagi, apabila kedudukan Muhyiddin dan Mukhriz kini bukan lagi ahli Umno, pergerakan mereka akan lebih mudah iaitu boleh terus berjuang tuntut keadilan, menjelaskan pendirian mereka mengenai isu 1MDB dan sebagainya.

Kata Anthony, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Kedah itu sebenarnya telah menghabiskan banyak masa dan kesempatan yang diberikan mereka.

"Mereka sepatutnya kena lebih berani dan bertindak dengan lebih agresif menyatakan pendirian mereka. Namun kami amat mengalu-alukan kedua-dua mereka sertai Pakatan Harapan untuk hadapi PRU akan datang," katanya.

Beliau turut menafikan pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin hari semakin kecil di kalangan masyarakat Melayu.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiang Lai berkata, MCA menghormati keputusan Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana mana-mana ahli parti yang langgar disiplin perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya,

"Sebagai ahli komponen dalam BN, MCA tidak berhasrat mencampuri urusan Umno. Namun BN perlulah mempunyai disiplin bagi mengukuhkan parti. Seperti MCA juga, sekiranya terdapat mana-mana ahli yang melanggar disiplin parti, tindakan tetap akan dikenakan kepada yang terlibat," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.