Najib: SPR diberi dana guna biometric
July 23, 2011
KANGAR, 23 Julai — Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.
Ia dijangka akan digunakan mulai pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya dipetik Bernama Online.
Najib berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment