Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Najib pengerusikan rundingan meja bulat ekonomi masyarakat India

May 24, 2012


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan persidangan rundingan meja bulat inisiatif memperkasakan ekonomi masyarakat India, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel hari ini.

Najib (gambar) juga akan melakukan sesi percambahan fikiran dengan kira-kira 100 profesional dalam agensi kerajaan dan swasta bagi merumuskan pelan tindakan jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan status sosioekonomi kaum India, kata Palanivel yang juga Pengerusi MIC.

Persidangan sehari anjuran Jabatan Perdana Menteri itu menerusi Unit Pengurusan Prestasi dan dan Pelaksanaan (Pemandu), akan membincangkan beberapa siri agenda transformasi ekonomi dan sosial yang dirangka untuk masyarakat India.

“Saya akan menyediakan kertas kerja dalam tempoh dua minggu akan datang dan akan menemui Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh. Kami menjangkakan acara itu berlangsung pada lewat Jun atau awal Julai,” kata Palanivel, yang juga Ketua Unit Program Transformasi Ekonomi Kaum India, kepada pemberita selepas perbincangan pertama rundingan meja bulat itu.

Palanivel berkata kumpulan perbincangan mencadangkan tiga pelan tindakan “asas dan boleh dicapai” berbanding pelan jangka panjang yang besar.

“Pelan tindakan asas akan membantu saya menjelaskan kepada Perdana Menteri bahawa inilah isu sosioekonomi yang dihadapi oleh masyarakat India dan inilah yang patut dimasukkan dalam agenda transformasi.

“Perdana Menteri akan menangani isu-isu ini pada persidangan itu dan membuat beberapa pengumuman untuk kebajikan masyarakat India.

“Kumpulan itu juga mencadangkan kepada saya bahawa kami perlu member tumpuan terhadap bidang keutamaan dan kami perlu mempunyai program menyeluruh untuk dilaksanakan, dalam tempoh jangk amasa pendek dan sehingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Palanivel berkata kumpulan itu terdiri daripada wakil badan profesional, pemikir, pendidik, bekas pegawai kanan kerajaan, tokok korporat serta pegawai kanan sektor swasta dan pegawai kerajaan.

Pakar dan pegawai kanan dari Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Suruhanjaya Sekuriti, Khazanah Nasional Bhd, Petronas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sudah dijemput untuk turut serta pada perbincangan. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.