Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

28 July 2012

Pakatan sedia PRU-13 September, Najib mungkin tarik diri di saat akhir!

Pakatan Rakyat sudah pun bersedia untuk menghadapi pilihanraya sekiranya Najib membuat keputusan untuk mengadakannya pada saat-saat akhir pada bulan September kelak walaupun hanya tinggal kurang 2 bulan sahaja lagi untuknya.

“PKR memang OK dengan September kerana kita sudah menjangka ia pada Julai lalu. Tetapi kita lihat sahajalah jika ini hanya satu permainan Najib dan UMNO atau suatu fakta kukuh,” ujar naib presiden PKR, Ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.


Menurut undang-undang, 5 hari berkempun juga sudah cukup sekiranya perlu. Jadi sekiranya Najib benar-benar mahu mengadakan pilihanraya sebelum 16 September, beliau masih boleh menyembunyikan hasratnya sehingga awal September sebelum mengejutkan pihak pembangkang dan orang awam. Kebetulan pula 16 September adalah Hari Malaysia.

Pilihanraya ke 13 secara mengejut tidak beretika?

Tian menegaskan ini adalah perbuatan “tidak beretika kerana biasanya diberi tempoh minima 2 minggu antara tarikh pembubaran parlimen dengan piliharaya dan ia tidak memberi masa yang cukup walaupun sekarang”.

Tetapi bersandarkan kepada tindak-tanduk Najib yang seringkali sukar untuk membuat keputusan, kelihatan seperti pembangkang, rakyat Malaysia dan pelabur akan terus berada dalam keadaan berteka-teki sama ada PM akan membubarkan parlimen dalam masa beberapa minggu lagi.

“Dengan melewat-lewatkan pilihanraya, ia akan menjejaskan Najib sendiri. Ia menunjukkan beliau tidak boleh membuat keputusan dan seorang pengecut. Ia merengsakan rakyat yang jelas mahu ia tidak ditangguhkan lagi. Jika pada bulan September kelak pun Najib tetap menarik diri saat akhir, ia akan menjadikan rakyat Malaysia lebih marah terhadapnya,” ujar Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad kepada Malaysia Chronicle.

Beliau mahu menghabiskan mandat 5 tahun tetapi orang kuat UMNO mahukan ia SEKARANG!

Baru-baru ini, Najib telah memberi petunjuk bahawa beliau mahu terus berkuasa sehinggalah tamat mandat 5 tahun BN yang mereka menangi pada 2008 dan dijangka tamat pada 28 April 2013.

Menteri beliau, Nazri Aziz memberitahu media bahawa arahan diberi kepada Peguam Negara untuk menyemak sekiranya ada isu perundangan yang timbul sekiranya pelan itu dilaksanakan kerana ia akan menjadi yang pertama kali dilakukan dalam sejarah negara.

“Saya mahu dapatkan nasihat daripada Peguam negara tentang bagaimana ia dapat dilaksanakan dan sama ada adakah perlu Perlembagaan dipinda atau cukup dibawah peruntukan Suruhanjaya Pilihanraya,” beritahu Nazri dua minggu lepas.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad pula menjangkakan bahawa pilihanraya ke 13 negara bakal diadakan selepas musim haji iaitu dalam bulan Oktober atau November tahun ini.

Mengikuti jejak Dr M pula, timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lepas juga menyeru agar PRU 13 diadakan pada tahun ini – justeru memberi tekanan kepada Najib.

Tiada wang lagi- itukah sebab Najib mahu PRU 13 diadakan sebelum Bujet 2013?

Perdana Menteri Malaysia itu dikatakan berkira-kira untuk melaksanakan pilihanraya semasa musim haji tetapi selepas mendapat tentangan daripada orang Islam, beliau menarik balik cadangan itu.

Yang terbaru, Najib dikatan bersetuju untuk mengadakannya pada bulan September supaya beliau dapat merangka Bujet 2013 yang sudah dijadualkan pada 28 haribulan itu.

Walaubagaimanapun, ini mungkin sesuatu yang tidak begitu baik kerana rakyat boleh menjangka Bujet 2013 yang tidak begitu memberangsangkan disebabkan banyak telah dihabiskan untuk pilihanraya 2012. Ia juga mengukuhkan pendapat bahawa pengurusan kewangan Najib yang lemah itu telah memberi kesan mendalam terhadap perbendaharaan negara.

Hampir 13 juta pengundi layak mengundi. Terdapat 222 kerusi diperingkat persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri (Sarawak sudah pun mengadakan pilihanraya negeri ke 10 pada April 2011).

Perebutan kuasa dalaman masih belum berakhir

Perbalahan dalaman dalam Umno mengenai bila untuk mengadakan PRU 13 belum berakhir. Ini kerana media arus perdana memberi fokus kepada komen yang diberi oleh Abdul Aziz Tapa, veteran Umno yang berusia 89 tahun yang tiada pengaruh dan kedudukan.

“Pilihanraya tidak wajar dilaksanakan pada masa terdekat dan lebih baik diadakan tahun hadapan,” Aziz dilaporkan media arus perdana yang dikawal Umno sebagai berkata pada hari Ahad lepas.

Antara sebabnya adalah Najib yang tidak boleh buat keputusan dan kurang keyakinan untuk menang mengatasi kemenangan yang pernah dialami oleh Abdullah Badawi. Abdullah telah buat pertama kalinya dalam sejarah Umno-BN yang telah memerintah selama 55 tahun, hilang majoriti dua per tiga dan juga 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan yang diterajui Anwar Ibrahim pada pilihanraya 2008.

Walaubagaimanapun, ia juga membuatkan orang-orang besar dalam Umno hilang sabar. Seperti juga pemerhati politik mereka merasakan bahawa dengan menangguhkan pilihanraya, ia akan memberi kelebihan kepada pihak pembangkang. Kerajaan Umno-BN juga terpaksa berhadapan dengan ketidakpuasan-hati pelabur yang tidak suka keadaan yang tidak pasti dan juga rakyat yang sudah semakin bosan.

Suruhanjaya pilihanraya yang pencong adalah harapan Najib?

Kelihatan seperti ramai dikalangan rakyat yang sudah membuat pendirian dan mahu mengundi. Ramai yang melihat Najib sebagai pemimpin lemah yang harus diganti dan mereka juga mahu memberi peluang kepada Pakatan untuk memimpin kerajaan setelah sekian lama bergelumang rasuah dan skandal menteri BN.

Tidak hairanlah Pakatan dibawah Anwar telah menjadi semakin kuat walaupun permulaannya tidak begitu meyakinkan. Pakatan sekarang mempunyai peluang yang cerah untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi ia masih perlu berhadapan dengan Suruhanjaya pilihanraya yang tidak bersih; di mana pengerusi dan timbalannya adalah ahli Umno. Najib juga enggan membuat perubahan yang dituntut untuk membersihkan pilihanraya walaupun sudah dua kali perhimpunan besar-besaran dianjurkan Bersih untuk tujuan itu.

Kita sudah bersedia dan telah pun bersedia sejak akhir tahun lepas lagi. Halangan utama adalah Suruhanjaya pilihanraya. Mereka seakan-akan perisai BN dan boleh sahaja membuat penipuan yang boleh mencemar keputusan undi,” ujar Khalid.

Najib masih boleh tarik diri lagi

Berdasarkan bebapa tarikh jangkaan PRU yang telah dibuat dan tidak jadi selepas Najib menarik diri di saat-saat akhir, Pakatan

pasti Najib akan melakukannya lagi. Sekarang semua sedang menunggu samada ada beliau boleh meyakinkan orang-orang kuat UMNO yang sudah tidak sabar untuk PRU13 diadakan tahun hadapan. Pemilihan Umno juga ditunda kepada Oktober 2013 dan ini bermakna kedudukan dalam parti juga adalah ‘status-quo’ untuk tempoh 5 tahun sehinggalah mandat berakhir pada April.

Walaubagaimanapun, perbalahan dalaman yang sudah berlaku dalam Umno sudah pun memasuki fasa dimana ia sudah sukar dibendung- ini terbukti daripada seruan secara terbuka Mahathir dan Muhyiddin supaya Najib tidak menangguh pilihanraya.

Durian runtuh dan perbicaraan Scorpene

Kepala-kepala besar dalam UMNO mahu PRU 13 dilaksanakan awal dan bukan lambat kerana Najib akan memberi mereka banyak wang untuk kempen dan melancarkan jentera pilihanraya mereka.

Adalah lumrah bahawa dana itu nanti bukan sahaja akan digunakan untuk pilihanraya tetapi untuk tujuan peribadi, kedudukan mereka dan mengkayakan ketua bahagian UMNO.

“Pecakaran dikalangan orang UMNO sekarang adalah secara terbuka dan kemungkinan Najib tidak akan dapat bertahan dengan tekanan daripada partinya sendiri. Bagi Pakatan pula, PRU 13 yang lambat boleh juga memberi kelebihan kepada kita kerana ia membenarkan kita memberi kesedaran yang lebih kepada rakyat tentang banyak lagi isu. Najib juga mungkin sedang mengelak kes Altantuya –Scorpenes yang akan terus galak selepas tamat musim panas nanti.

Pemimpin PKR sedang merujuk kepada pembicaraan kes Scorpenes di Paris di mana vendor senjata, DCNS sedang disiasat kerana memberi rasuah kepada pegawai tinggi Malaysia termasuk Najib untuk membeli dua kapal selam Peranchis pada 2002 yang bernilai RM7.3 billion untuk kerajaan Malaysia.

Malaysia Chronicle

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.