Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAWATANKUASA PUSAT MCA LOH SENG KOK, LU MAU MACAM ITU ROHINGYA KA ?

Karpal Singh mahu MCA berhenti eksploitasi isu hudud

Written By admin on July 28, 2012 | 7/28/2012 05:26:00 PM

GEORGE TOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini mengingatkan MCA supaya berhenti mengeksploitasi isu hudud dengan mendakwa perbuatan itu hanya membazir masa dan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

Beliau mengulas kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok yang dipetik sebagai berkata pemimpin-pemimpin DAP, kecuali Karpal Singh, hanya mengikut telunjuk PAS.


Loh juga dilaporkan berkata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya yang juga setiausaha agung DAP Guan Eng patut meletakkan jawatan kerana mereka gagal menghalang PAS daripada meneruskan matlamat untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.


Karpal Singh berkata kenyataan itu tidak adil kerana selama ini pendirian DAP ialah menentang hukum hudud dan penubuhan sebuah negara Islam.


Kepada soalan pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap MCA sekiranya mereka terus memainkan isu itu, Karpal Singh berkata: "Jika mereka tidak berbuat demikian, dengan itu rakyat akan menghentikan anda pada pilihan raya umum akan datang".


Katanya pendirian DAP tidak menyokong pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam adalah keputusan parti dan bukannya pandangan individu dan menurutnya bagaimanapun DAP menerima Islam sebagai agama rasmi yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.