03 Ogos 2013
Militan Taliban serang hendap polis, 96 maut
25 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
JALALABAD 3 Ogos - Seramai 22 anggota polis Afghanistan dan 76
pemberontak maut apabila beratus-ratus militan Taliban menyerang konvoi
polis dan tentera di timur negara ini, semalam.
Timbalan Polis, Masoom Khan Hashemi berkata, serangan hendap tersebut
berlaku di daerah Sherzad di wilayah Nangarhar dan kumpulan militan
terbabit menggunakan senjata berat dan ringan dalam serangan itu.
“Pihak polis kehilangan 22 anggota dalam pertempuran itu manakala 76 pemberontak berjaya dibunuh," katanya. - AFP
0 orang berkata:
Post a Comment