ZIKIR BERDIRI SAMBIL BERGERAK YANG MENYERUPAI MENARI PADA PANDANGAN SAYA KURANG BAIK DAN JANGAN PULA DIKAITKAN DENGAN FIRMAN, ALLAH SWT MENGANJURKAN MANUSIA SUPAYA MENGINGATNYA ATAU MENGINGATI APA JUGA YANG DICIPTANYA DENGAN TAK MENGIRA KEDUDUKAN BERERTI ITU SEMUA KERJA AKAL ATAS DORONGAN HAWA NAFSU, WALAU BAGAIMANAPUN DISEBABKAN BENTUK IBADAT ITU ADA MELIBATKAN HUKUM FE'LI (yang ada rukun didalamnya) MAKA MUNGKIN INI YANG DIMAKSUDKAN OLEH HARON DIN, DALAM PERKARA YANG BERKAITAN SEELOKNYA JANGAN DIKAITKAN DENGAN ISTILAH MENARI KERANA PERANGAI FITRAH MANUSIA KADANGKALA IA DAPAT MERASAKAN PUAS DALAM KEADAAN TERSEBUT MAKA IA DIHARUSKAN TAPI YANG LEBIH BAIK IALAH DALAM KEADAAN TAFAKKUR - Pak Karamu
Tuesday, August 27, 2013
Pandangan Haron Din Berkenaan “Zikir Sambil Menari”
Saya
mendapat edaran video youtube tentang satu acara zikir macam menari
serta dirasuk.
Saya rasa ini adalah satu daripada tariqat. Tapi oleh
kerana isu terkini adalah syiah ramai yang komen pasal syiah.
Saya pun
sebenarnya tak mahir, tapi suka saya sertakan satu pandangan daripada
orang yang lebih berkolehan mengulas dalam hal ini. Saya tak arif saya
lebih suka berdiam diri.
Kadang-kadang
ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’,
seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi
seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga
ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.
Jawapan
bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan
sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan
dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan
semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul
Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW
berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang
berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan
bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam
satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu
Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah
SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada
beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan
daku.”
Mendengar
kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan
menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau
‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di
sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari
sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau
golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah
berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang
muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak
diengkarinya.
Ditanya
Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari
dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni
boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua
jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah
‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi
Talib r.a.
Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur
lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam
majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup
aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat
dan lain-lain.
Itulah
yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek
persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian
dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa
kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud
(berseronok kerana zikrullah).
Perasaan
seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya,
merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa
badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan,
tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa
tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk
menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan
kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum
feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang
membuktikannya haram.”
Oleh itu
berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah
SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan
bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.
Timbalan Mursyidu Am PAS
0 orang berkata:
Post a Comment