Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA YANG SEBENARNYA YANG BERLAKU DIDALAM PAS ?


2013/08/26

SETELAH HUSAM GILIRAN DIA PULA AKAN TERBUANG?..POLITIK APA SEDANG MELANDA PAS?

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menepis tuduhan "fitnah" yang dilemparkan terhadapnya termasuk penyebaran poster bahawa beliau mahu menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS sejak bulan Ramadan lalu.

Katanya, beliau juga dituduh 'lebih PKR dari PAS', 'menjatuhkan Almarhum Hassan Shukri', mahu menjatuhkan presiden', 'mahu menjatuhkan ulama', dan 'tidak wala' dan thiqah' ekoran isu pertembungan di Kota Damansara.

Dalam tulisan di blognya semalam, Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat menyifatkan semua tuduhan itu "ada kena mengena" dengan pemilihan muktamar yang dijadual berlangsung pada November ini.
NONE"Dan ada juga kena mengena yang rapat dengan hala-tuju yang ingin dibawa golongan yang ingin ‘menyelamatkan PAS dan menyelamatkan presiden' (kononnya).

"Ada yang tidak senang dengan sikap saya mempertahankan Pakatan Rakyat walau dalam apa jua keadaan. Apa jua yang saya katakan, ia untuk membela dan mempertahankan PR.

"Sehingga sanggup menyanggah semua tindakan, termasuk yang melibatkan PAS, yang boleh menjejas hubungan PAS dan Pakatan. Apa boleh buat? Bukankah keputusan muktamar empat kali berturut-turut adalah untuk mengukuhkan Pakatan?" kata Khalid.

Mengulas berhubung poster antara lain mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang punca pertembungan ulama dan anti ulama, tidak wajib wala' keputusan Majlis Syura dan konsep wala' serta thiqah bercanggah dengan Islam, Khalid berkata ia tersebar dalam laman sosial Facebook.

Katanya, tuduhan itu muncul kononnya daripada apa yang diucapnya dalam wacana 'Kemenangan yang ditangguh' di Melaka pada 6 Julai lalu. Video ucapannya dalam program itu turut dimuat naik dalam blognya pada 28 Julai lalu.

"Mereka yang membuat ‘poster' ini tahu ia tidak benar dan adalah fitnah. Bagi mereka balasan atas kerja-tangan mereka.

"Yang memanjangkannya pula mungkin tidak tahu ianya fitnah dan penjelasan ini adalah untuk mereka ini, supaya mereka tidak menempah dosa tanpa disedari," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.