Israel serbu kem Palestin
- Seorang penduduk Palestin membantah tindakan Israel menceroboh kampungnya di Kfar Qaddum, Tebing Barat. Foto: AFP
TEBING BARAT - PALESTIN. Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lebih 20
cedera, semalam selepas tentera Israel menyerbu kem pelarian Qalandiya
di Tebing Barat.
Sumber perubatan memberitahu, enam turut cedera parah dalam insiden pertempuran dengan pihak berkuasa rejim Zionis itu.
Difahamkan menurut Al-Jazeera, serbuan itu dilakukan kononnya untuk menahan suspek militan, namun keadaan bertukar ganas selepas tentera Israel mula menggunakan tindakan kekerasan ke atas 1,500 penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah mereka.
Perdana Menteri Rami Hamdallah turut mengutuk serbuan tersebut.
"Perbuatan jenayah seperti itu jelas menunjukkan penduduk Palestin sememangnya memerlukan perlindungan antarabangsa," katanya.
Insiden sama dilaporkan turut berlaku di kem pelarian Jenin pada minggu lalu.
Sejak awal tahun lalu, keganasan di Tebing Barat akibat tindakan rejim Zionis telah meragut 14 nyawa penduduk Palestin.
Dalam perkembangan lain, kira-kira 65 pelampau Yahudi diiringi polis Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis untuk berbincang mengenai pembinaan saumaah atau pusat keagamaan dan tempat ibadat orang Yahudi.
Penyelaras Media Yayasan Al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan, Mahmoud Abu Atta memberitahu pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa kini semakin berleluasa dan berlaku hampir setiap hari.
Mahmoud turut memberi amaran tindakan bertujuan mencemari kesucian Al-Aqsa mungkin akan meningkat pada awal bulan depan.

0 orang berkata:
Post a Comment