Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khutbah khas Aidilfitri seru umat Islam bersatu tangani penghinaan agama

August 02, 2013

Umat Islam diseru bersatu untuk menangani musuh Islam yang semakin licik memecah-belahkan umat Islam melalui kritikan dan isu yang menyentuh Islam secara terbuka, gesa khutbah khas Aidilfitri.

Khutbah berkenaan yang boleh didapati di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata umat Islam hendaklah waspada dengan musuh Islam daripada kalangan umat Islam itu sendiri.

"Berwaspadalah dengan golongan munafik dan pengkhianat dikalangan umat Islam yang telah menjadikan agama sebagai barang dagangan dan perjuangan menuntut keadilan sebagai modal politik sehinggakan sanggup bersekongkol dengan pihak musuh untuk menumpaskan pemerintah islam hanya demi mendapatkan kuasa," kata khutbah Aidilfitri yang akan disampaikan pada pagi 1 Syawal, 8 Ogos nanti.

Antara kaedah mereka jelas khutbah berkenaan adalah melalui cara yang tersusun dan licik melalui pencemaran budaya, penyebaran fitnah perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara, mempertikai kedudukan Islam dalam Perlembagaan, menghina kedudukan Raja Raja Melayu.

"Kebelakangan ini juga isu-isu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan perlaksanaan undang-undang Syariah juga sering kali dipertikaikan.

"Pelbagai isu yang menyentuh Islam diperdebat secara terbuka tanpa memberi penghormatan yang selayaknya kepada Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan," kata khutbah itu.

Antara isu yang hangat diperkatakan ketika menjelang Ramadan adalah pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar mereka berbuka puasa sambil memakan "bak kut teh" yang disertakan logo Halal.

Selain itu, isu video jurulatih anjing dan anjing peliharaannya yang seolah-olah menyambul Aidilfitri juga dikecam hebat kerana pelakunya merupakan seorang wanita  penganut Islam.

"Mereka juga mengadakan pelbagai helah termasuklah atas dasar hak kebebasan berfikir dan bersuara, mereka juga mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan serta menjadikan rakyat sebagai perisai  untuk menghuru-hara negara.

"Cuba membuat provokasi untuk melemahkan pemerintah dan menggugat kesatuan ummah  yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan," tegas khutbah Aidilfitri itu.

Khutbah itu berkata lagi, jika umat Islam hilang pegangan hidup, hilang maruah, berada dalam ketaksuban kepada pihak-pihak tertentu dan mengutamakan kemaslahatan peribadi serta diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam pasti menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri.

Sambil mengambil contoh kejadian di negara-negara Islam di Asia Barat, khutbah berkenaan berkata jika pemimpin dipengaruhi pemikiran dan tindakanya oleh musuh musuh Islam untuk mendapat apa yang diingini, maka negara berada dalam huru-hara dan kehancuran.

Justeru, khutbah berkenaan menyeru umat Islam  perlu bijak mengenal pasti musuh yang sedang dihadapi sama ada yang kelihatan secara zahir atau pun terselindung disebalik perbagai bentuk, wadah, dan wajah.

"Janganlah kita umat Islam asyik dengan pertelingkahan sesama sendiri sedangkan musuh yang menabur racun bersorak kegembiraan.

"Untuk itu sebagai umat Islam kita hendaklah mengatur langkah yang bijak dengan menyatukan hati sesama kita dan memperkasakan keupayaan supaya kita dapat bergerak dengan sederap langkah," kata khutbah berkenaan. - 2 Ogos, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.