Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERAPA EKOR YANG NAK GULING KERAJAAN DEPA DAH TAKUT !


Jumaat, 27 Disember 2013

Inilah Kenyataan Paling "Bangang" Drp. Pemimpin Betina Umno..

Subhanallah..Dunia punya pasal beb..Yang Haram jadi Halal.

Kenyataan Dr. Mashitah Ibrahim bahawa HAJAT satu puak pelampau yang ingin mengadakan himpunan haram pada 31 Disember bertujuan mendapat sokongan ramai bagi mengguling kerajaan telah dipatahkan.

Menurut laporan, pihak yang terbabit dengan penganjuran himpunan haram itu, termasuk pelajar universiti, sudah ditangkap dan siasatan polis sedang berjalan.

Ramai masih tertanya-tanya: apakah yang mendorong mereka hingga tergamak mahu mengguling kerajaan dengan cara demikian? Padahal kerajaan yang ada hari ini baru sahaja dipilih rakyat secara demokratik dan menang dalam pilihan raya umum sembilan bulan lalu.

Keputusan pilihan raya sudah pun diterima, Parlimen sudah bersidang manakala kerajaan yang dibentuk sedang berfungsi dan akan memerintah sehingga pilihan raya umum akan datang.

Andai pun puak ini tidak berpuas hati dengan kerajaan yang memerintah - sama ada kerana isu kenaikan kos hidup dan apa yang mereka persepsikan sebagai ketidakadilan, kezaliman atau apa saja - kaedah mengguling kerajaan secara haram, tidak boleh diterima.

Negara kita yang merdeka dan berdaulat ini ada Perlembagaan, tamadun dan undang-undang yang berkaitan dengan penubuhan kerajaan, sistem governan, instrumen pentadbiran dan pemerintahan yang diterima pakai dan sudah berjalan sekian lama. Cara kekerasan dan melampau – secara sivil atau sebaliknya – tidak ada tempat di negara kita dan tidak diterima rakyat.

Mungkin puak ini terpengaruh dengan apa yang berlaku di beberapa negara Arab, Eropah atau negara jiran seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina, namun sejarah menunjukkan jika cara kekerasan digunakan, maka mereka akan berdepan dengan tindakan balas pihak berkuasa dan penolakan rakyat.

Sekumpulan militan yang sesat, Al-Ma’unah, telah merempuh kem tentera dan merompak senjata ringan dan berat dalam satu usaha nekad untuk mengguling kerajaan pada 2000. Mereka lancar serangan bom di sekitar Kuala Lumpur dan membunuh beberapa anggota keselamatan yang tidak berdosa.

Puak ini jelas terpengaruh dengan ajaran dibawa sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya telah mengajar untuk membenci kerajaan, para pemimpin serta polis dan tentera yang dianggap kafir, taghut, zalim dan harus diperangi.

Inilah senjata merbahaya yang akan digunakan untuk menggulingkan kerajaan 
oleh  pendemo pada 31 Dis ini,seperti yang diperkatakan oleh Doktor Bangang di atas.

JuRaGan : Cakap biar berfakta bukan mengkhinzir buta..sesuailah dengan standard lu sebagai Doktor beb..ini bila wartawan minta ulas..lu ulas dengan nafsu amarah macam orang no scholl..tanpa fakta.yang banyak auta agar rakyat membenci Pakatan..

Lu gaji ribu-ribu beb..hidup mewah..penah lu bersuara pasal rakyat yang susah nii..kalau tangan Pak Lak yang Haram tu pun lu boleh cium..mana mungkin rakyat nak harap lu tegur kerajaan pasal kesempitan dan kesukaran hidup mereka..kalau kali ni lu cium..tidak mustahil lain kali lu boleh jilat pulak..pemimpin macam ni hanya layak dalam tong sampah saja.




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.