Khamis, 26 Disember 2013
Himpunan 31 Disember: Pemimpin PR bebas sertai
SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat bebas meneyrtai mana-mana himpunan
selagi selari dengan perjuangan PR, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli.
Mengulas lanjut soal himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember ini, beliau akui tidak keberatan untuk turut serta.
"Itu bergantung pada setiap rakyat Malaysia. Seperti dulu juga, kalau ada himpunan Bersih dan himpunan lain, mana-mana pemimpin PR bebas untuk turut serta selagi ia selari dengan perjuangan PR.
"Untuk kali ini, jika himpunan ataupun kehadiran itu adalah untuk membantah kenaikan harga barang, ia selari dengan tuntutan serta pandangan PR. Saya sendiri insya-ALLAH kalau ada kelapangan saya tak keberatan untuk turun," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau turut menegaskan PR tiada kena mengena dengan himpunan mengguling kerajaan yang diuar-uarkan pada tarikh sama.
"Saya tak tahu pun sebenarnya siapa penganjur... yang diuar-uarkan... kononnya nak guling kerajaan dan sebagainya, PR tak ada kena mengena.
"Jadi, PR tidak boleh campur tangan kerana itu hak mana-mana pertubuhan ataupun rakyat untuk mengadakan himpunan aman," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment