Kementerian Kewangan alih isu, gagal jawab laporan Bank Dunia
(Ainudin Othman)
PETALING
JAYA 26 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membidas
kenyataan Kementerian Kewangan 24 Disember lalu yang menafikan
pendedahannya bahawa aset kerajaan dijual untuk mengurangkan defisit
negara.
Rafizi dalam pendedahannya minggu lalu berkata, tindakan dilakukan
kerajaan di bawah inisiatif pengewangan aset (monetization of assets)
bagi memajukan tanah.
“Kementerian Kewangan hanya memberi alasan bahawa penjualan aset dan
pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara
biasa dan telah pun berlaku,” kata Rafizi pada sidang media di ibu
pejabat KEADILAN, hari ini.
Laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013 menyatakan, belanja
mengurus kerajaan minoriti Najib melebihi belanjawan yang diluluskan
iaitu sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1 peratus
Manakaala pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat.
“Jelas kerajaan mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar,
aset-aset negara dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak
dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57711
0 orang berkata:
Post a Comment