68 tahun masih bisu isu Rohingya
GEORGETOWN - Dunia masih bisu terhadap isu Rohingya walaupun ia sudah
berlarutan lebih 68 tahun lamanya, demikian tegas Pengarah Strategik
& Korporat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),
Sani Araby Al-Kahery.
Menurutnya, lebih memalukan apabila negara-negara Asean tidak mengambil
sebarang tindakan terhadap kerakusan yang dilakukan Myanmar terhadap
etnik berkenaan.
"Hari ini kita menjadi saksi kepada sejarah yang mana ianya terpaksa
dibayar dengan darah dan air mata, adakah kita hanya mahu diamkan
perkara ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tak mampu sendirian selesai isu Rohingya]
"Jika dahulu bukti mengenai kekejaman terhadap Rohingya boleh dikatakan
begitu susah untuk didapati, namun sekarang bukan setakat gambar, video
pun kita boleh perolehi, tetapi hakikatnya dunia tetap membisu,"
katanya kepada Sinar Harian.
Sani yang juga Duta Kemanusiaan OIC Gaza mendakwa, penindasan terhadap etnik Rohingya sama seperti yang berlaku di Gaza.
"Kita tidak nafikan, mungkin Rohingya adalah Gaza kedua, sama seperti Gaza, etnik Rohingya turut terkepung di bumi sendiri.
"Ia berlaku bila mana Bangladesh tidak membenarkan etnik Rohingya
memasuki kawasan mereka dan apabila ada yang terlepas masuk ke kawasan
mereka, mereka kemudiannya dihantar pulang.
"Bila tiba di Myanmar mereka pula ditembak, ke mana lagi mereka hendak
lari?, jika ke Thailand, Thailand pun turut tidak membenarkan pelarian
Rohingya ke sana, jadi mereka memang sama seperti Gaza, terkepung dan
menanti masa," katanya.
Malah Sani yang turut aktif dalam bidang kerja sukarelawan sedih dengan nasib yang menimpa Rohingya.
Beliau kecewa apabila badan-badan yang lebih besar seperti Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan United Nation (UN) tidak mengambil
langkah proaktif.
Sebaliknya lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang mengorak langkah ke depan.
"Tetapi sampai bila NGO sahaja hendak membangkitkan isu ini?, malah lebih sedih apabila ia dijadikan isu bermusim.
"Dari dulu hingga sekarang tidak ada penyelesaian, mungkin sekarang ia
heboh, kemudiannya senyap sunyi dan kemudian beberapa bulan akan datang
ia kembali menjadi perbualan di media sosial," katanya.
Mapim sehingga harini masih meneruskan misi mencari dan menyelamat pelarian Rohingya.
Sehingga kini terdapat tiga buah sekolah bagi membantu anak Rohingya mendapat pelajaran dengan baik.
Jelas Sani, Mapim mahu anak-anak yang menjadi mangsa kezaliman ini kembali bangkit.
"Kita tidak dapat memberikan mereka senjata namun kita boleh berikan
mereka ilmu yang mana akan mengubah kehidupan bangsa mereka ke arah yang
lebih baik.
"Begitu juga kami bekerjsama dengan NGO dari China yang mana akan
memberikan kursus kepada etnik ini dalam bidanh ternakan ayam dan juga
perladangan.
"Malah kami juga mencari pelarian ini sekiranya terdapat khabar angin
bahawa mereka dalam pelarian melalui perairan pantai dan sebagainya,"
katanya.
3 orang berkata:
syu kyi yg semua manusia angkat dia sebagai pejuang politik tu mana? senyap je...sebenarnya 2x5 je kan..hihihi
Apa tindakan Hadi sbg naib presiden ulamak sedunia?
kat sana kafir bunuh islam..kat sini islam takfir islam...hehehe
yg dah tentu islam dia takfirkan, yg kafir dia lagu2kan dia sebagai umar abd aziz hihihi..
kadang2 x tau nak rasa sedih ke nak rasa malu..2-2 becampur
Post a Comment