Gesa semua jangan politikkan isu RUU 355
KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, merayu
masyarakat supaya tidak mempolitikkan Rang Undang-Undang Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, (RUU 355).
Jelas Najib, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai RUU 355, kerana ia dilakukan mengikut saluran peraturan yang sedia ada.
"Kerajaan indukan Umno telah membuat satu ketetapan bersejarah, apabila
pada 24 November 2016 yang lalu, setelah dirunding bersama rakan-rakan
dari Pas, maka pindaan Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah
Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 telah dibacakan.
"Saya pinta, janganlah sesiapa mempolitikkan isu ini kerana, ia adalah
satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan
Persekutuan," katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung
Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya orang bukan Islam, tidak perlu bimbang, kerana
kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur
penghukuman dualisme.
Sebelum ini pada 24 November lalu, Ahli Parlimen Marang Datuk Seri
Abdul Hadi Awang telah membentangkan Akta Pindaan RUU 355, di Dewan
Rakyat.
Namun, Abdul Hadi yang juga merupakan Presiden Pas berkata, oleh kerana
masih ramai yang tidak faham sepenuhnya mengenai isu itu, beliau
memohon untuk membuat huraian pada sesi Dewan Rakyat akan datang
berkemungkinan pada Mac tahun hadapan.
Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman
maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali
sebatan.
Ia bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan.
6 orang berkata:
Bodoh. Harapkan takbir jer yg pandai tapi tadbir tak pandai.
Pas berdemo bila org Palestine ditindas. Pas berdemo bila org rohingya ditindas.
Tapi Pas menindas org asli di gua musang.
Rui 355 x de sape nk pertikai ...nk pertikai 1mdb aje...awat pemimpin umno muka layu je bila ditanya?
hahaha..komen paling win utk renungan walaun2 tolol hadi.
Woi anon 1146. Kalau x pandai takbir. Solatbko tak sah. Dah berapa umur kau. Pergi balik la belajar solat. Kesian ko. Dah tua
Kalo ko x pandai takbir.. solat ko tak sah bai... sayangnya berapa umur ko.. pergi la masuk tadika belajar solat.. belajar takbir jer dulu...
Post a Comment