Najib: Mahathir sudah melakukan kemuncak penderhakaan
KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
melakukan kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan ini kerana sikap
dan perilaku Mahathir kini yang secara jelas telah memperlihatkan sikap
buruk berkenaan.
"Dr. Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah
berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan
tahun.
"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita
sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, telah tergamak dan terlibat
dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan
haram Bersih, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu
bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah
dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang.
"Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan," katanya
ketika memberi ucapan dasar presiden pada Persidangan Umno 2016 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kesetiaan kepada parti Najib berkata, beliau seorang yang setia terhadap Umno.
"Begitu juga harus barang diingat, yang berlaku di era pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Wala’ dan Kesetiaan yang saya, Najib Razak
berikan selaku Timbalan Presiden parti, kepada Pak Lah, bukan sahaja ke
atas jasad atau tubuhnya, tetapi institusi yang dijunjung dan dipegang
oleh beliau yakni sebagai Presiden parti Umno serta Perdana Menteri
Malaysia," katanya.
Katanya, pastinya, wala’ dan kesetiaan sepenuhnya juga wajib diterima
oleh sesiapa pun kelak yang akan berada di puncak dan mengambil alih
jawatan Presiden dan Perdana Menteri.
"Wala’ dan kesetiaan dalam budaya serta alam Melayu serta agama kita
adalah semangat se-pasukan dalam suatu saf yang kukuh lagi padu yang
tidak terpisah daripada pemimpin dan ketuanya," katanya.
1 orang berkata:
Kalau la tun m dh jadi penderhaka dimata umno..lebih dulu diderhakai oleh tun Hussein onn.
Cakap tak meneliti sejarah umno..betapa dangkalnya pemikiran pimpinan skrg.
Post a Comment