'Mengerikan gerai, kereta ditarik tanah runtuh'
HULU SELANGOR - "Ketika sedang mengemas gerai tiba-tiba saya terdengar
bunyi dentuman yang amat kuat dan bila berpusing ke arah bunyi itu,
dalam samar-samar saya lihat kereta berhampiran seolah-olah ditarik
sesuatu, satu-persatu jatuh ke bawah, ia amat mengerikan".
Pengalaman itu diceritakan oleh saksi kejadian tanah runtuh di kawasan
lereng bukit di Taman Idaman, Serendah di sini, yang berlaku kira-kira 1
pagi tadi ketika kebanyakan penghuni sedang tidur.
Pemilik gerai, Normah Ninggal, 48, berkata ketika itu beliau baru
selesai berniaga pada 12.30 tengah malam dan sedang mengemas gerai yang
terletak di belakang kawasan rumahnya.
"Anak-anak saya berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah.
Saya panggil mereka untuk masuk tidur dan ketika itulah tanah runtuh
berlaku," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya dia dan anak-anaknya tergamam saat melihat pokok di belakang
rumahnya bergoyang dan merasai tanah mula bergegar sebelum runtuh lalu
membentuk sebuah lubang yang sangat luas.
Normah berkata beberapa buah kereta yang diletak berhampiran mulai
berpusing sebelum ditarik ke runtuhan besar itu lalu dia dan
anak-anaknya yang berumur 16 hingga 25 tahun segera berlari ke bahagian
hadapan rumah untuk menyelamatkan diri.
"Ia berlaku sangat pantas...sangat menakutkan kerana tiada tanda-tanda
yang jalan atau tanah di kawasan berkenaan retak sebelum ini," katanya.
Katanya, meskipun gerai masakan panasnya itu turut musnah, beliau
bersyukur kerana semua anggota keluarganya selamat dan tiada pelanggan
di gerai ketika kejadian berlaku.
Seorang lagi penduduk, Amirul Hakim, 18, berkata beliau terkejut
melihat bagaimana kereta dan gerai jatuh satu-persatu ke kawasan
runtuhan kira-kira seluas satu padang bola itu.
"Kejadian itu sangat menakutkan, kami dapat dengar pergerakan tanah.
Kejadian ini kali pertama berlaku di kawasan Serendah ini," katanya.
Kejadian tanah runtuh awal pagi tadi itu menyebabkan seorang penunggang
motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai
mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk
rawatan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata
dalam kejadian itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah
gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.
Tinjauan Bernama mendapati pihak polis sudah mengarahkan penduduk di
kawasan sekitar kejadian tanah runtuh itu untuk mengosongkan rumah
masing-masing manakala jalan utama Taman Idaman telah ditutup.
Difahamkan masih terdapat pergerakan tanah di kawasan itu. -Bernama
3 orang berkata:
Buka balik plan
Siasat sapa lebai yg suruh sebat duit cikgu yik 14 juta
Kasi telanjabg
Kasi sunat telo lebai tu
Kuang ajo punya lebai
Pasal nak jadi tuang presideng sampai ke mati, ada lebai yg sanggup buat parti pecah berderai.
Biarlah parti pecah berderai asalkan tiap2 bulan dapat kontrak tahnik budak.
Byk emak bapak yg percaya, kalu lebai yg tahnik, anak pun akan ikut jadi lebai.
Tapi mereka lupa, kalu salah ajar bole jadi barua....
Post a Comment