Hikmah 25 tahun 'jalan mengesot'
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Pusat mahu Kelantan terus bersabar dan
tidak tergopoh-gapah dalam soal menegakkan hukum ALLAH SWT terutamanya
membabitkan pindaan RUU355.
Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Johari Mat berkata,
penangguhan huraian RUU 355 oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada
hikmahnya.
“Kalau kita boleh tunggu 25 tahun, kenapa pula tidak boleh tunggu lima bulan?
“Yang keduanya, ada hikmah di sebaliknya (penangguhan), kalau bentang
pun tidak cukup masa,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Mingguan Pas
di Medan Ilmu di sini.
Johari memaklumkan, pada 1990 pelbagai cemuhan yang dilemparkan dan
kini proses ke arah merealisasikannya sudah ada sokongannya.
“Akhirnya selepas 25 tahun, orang bagi masuk dalam dewan. Ini satu
anjakan walaupun 'jalan mengesot'. Tidak mengapalah, lambat pun akan
sampai.
“Insya-ALLAH ambo yakin, seperti air mengalir dari hulu, turun bukit
dan akhirnya akan sampai ke kuala, bila kita tidak tahu tetapi tetap
bergerak,” katanya.
2 orang berkata:
insyaAllah ini semua langkah2 berpolitik je x lebih dari tu..korang dari kecik dah kenal pas dan parti2 lain..dah terang lg bersuluh
Huhuhu...
Sebenarnya tak sedia lagi pun.
Apa pun tak lengkap.
Masih byk lompong sana simi.
Byk sgt kelemahan.
Tak kayak lgi nak jadi undng2.
Tu la berlagak pandai.
Nak nama jee
Bahas kang telopong mulut tak bole jawap
Nak selamat mintak tangguh.
Tangguh2 dlm sejarah buat undang2 Megara
Tapi nak elak kalu alah, pasang pembantu buat konar baring. Konar baring salahkan org lain utk tutup kemaluan dan kebodohan.
Walaunta semua sifat dia org dah hafal. Kencing merata2 jer lebih.
Post a Comment