Rafizi gesa PM jawab isu balak di Pekan
SUNGAI BESI - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendesak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menjawab mengenai
dakwaan berlakunya kerosakan hutan simpan di Pekan.
Rafizi mendakwa, beliau mendapat maklumat daripada seorang pemberi
maklumat yang menyatakan hampir 4,839 hektar hutan simpan di Pekan telah
diterokai.
"Saya telah menyemak peta yang diambil daripada satelit yang telah
diberikan oleh saya dengan peta yang diperoleh dari industri pembalakan
melalui beberapa orang individu yang saya kenali dan ada asas yang kukuh
bahawa peta-peta yang diberikan kepada saya adalah benar.
"Jadi Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan perlu memberi
respons segera mengenai isu ini," katanya dalam sidang medianya di
Invoke Malaysia,di sini hari ini.
Ujar Rafizi lagi, untuk itu beliau kini sedang menanti maklum balas peribadi daripada Najib bagi menjawab persoalan itu.
"Saya juga ada maklumat lanjut mengenai perkara yang sama di seluruh
Pahang dan akan mendedahkan satu persatu bagi setiap daerah di Pahang
sehinggalah ada maklum balas yang kukuh dan tindakan diambil untuk
menghentikan pencerobohan ini," katanya.
Katanya lagi, beliau juga akan terus menyiasat untuk menentukan
siapakah dalang sebenar di belakang kegiatan pencerobohan ini dan akan
meneliti segala kemudahan pengurusan hutan sehingga menyebabkan
berleluasanya aktiviti pencerobohan sebegini.
"Paling penting, inilah sebenarnya tugas seorang ahli parlimen seperti saya dan Najib iaitu menjaga khazanah rakyat," katanya.
1 orang berkata:
Desak bos walaunta tenang durian kunyit segera kerana harga kunyit melambung skrg.....
http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/pRYGl/~3/o3RMIjhL-aM/polis-serang-musnah-blockade-dan.html
Post a Comment