‘Penangguhan tiada kaitan Umno’
MARANG - Penangguhan huraian pindaan Rang Undang-Undang persendirian
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355)
untuk memberi ruang penambahbaikan agar dapat memberi peluang kepada
semua pihak untuk memahami dengan cara yang betul.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, keputusan itu
tiada kaitan dengan permainan Umno seperti didakwa Setiausaha Agung PKR,
Rafizi Ramli dalam Facebooknya dan beliau bukan sengaja mahu
melengah-lengahkan huraian tersebut.
“Itu tidak betul, tidak betul...saya bukan melengah-lengahkan, tetapi
itu untuk memberi ruang penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua
pihak supaya memahami dengan cara yang betul. Sebab (itu) saya tidak
bertindak dengan cara tergopoh-gopoh.
“Beri peluang, (pada) masa (yang) baik. Mereka nak tutup di situ dengan
undi di Parlimen, itu tidak boleh, undi tidak mewakili seluruh
masyarakat Islam. Dia hendak bakar keamanan ke?
“Mereka ini tidak fikir kepentingan agama, kepentingan politik mereka
lebih tinggi daripada segala-galanya tetapi kita tidak begitu,” katanya
selepas kuliah pagi di Masjid Rusila, semalam.
Kelmarin, selepas selesai membentangkan pindaan RUU 355, beliau
menangguhkan huraian akta tersebut ke sidang Dewan Rakyat akan datang.
Ahli Parlimen Marang itu ketika sidang akhbar sejurus penangguhan,
memberikan peringatan tegas kepada wakil-wakil rakyat bukan Islam supaya
jangan mencampuri urusan agama Islam yang jelas tiada kaitan dengan
mereka.
Abdul Hadi yang merujuk kes Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama
atau ‘Ahok’, menzahirkan kekecewaan apabila terdapat ahli-ahli politik
bukan Islam yang beliau percaya tidak mewakili keseluruhan masyarakat
bukan Islam menggunakan isu RUU355 untuk mendapatkan keuntungan politik
berbanding kepentingan awam.
Ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Selasa lalu, katanya, Pas konsisten
adakan pertemuan dengan semua peringkat bagi rundingan RUU 355.
2 orang berkata:
Nampak tak?
Ruu tu tak lengkap lagi.
Perlu pindaan lagi.
Perlu terangkan kpd org ramai dulu.
Ingatkan dah lengkap sbb dah bertahun2 buat ruu tu.
Dulu org bg pendapat x nak dengar, memandai2.
Buat kerja tu bior le bg lengkap.
Batu bole bentang.
Ni buat kerja tak seberapa, sibuk buat kerja kapirkan org ngan nak tanam org kat jirat cina.
Lain Kali buat kerja tu betoi2. Bagi lengkap dulu. Jgn nak tangguh je
Dah ler turr lebai....
Mengaku aje le ruu tu belum lengkap lagi. Jgn nak pusing2 koner baring.
Jgn ler nak mengencing lagi merata2...
Post a Comment