Jangan terburu-buru buat kesimpulan RUU355
KUCHING - Soal undi untuk menyokong atau tidak Rang Undang-undang (RUU)
persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
pada persidangan Dewan Rakyat ketika ini tidak timbul, kata Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata semua pihak tidak seharusnya
terburu-buru mengenainya kerana banyak proses perlu dilalui sebelum
sampai ke peringkat itu.
Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Marang Datuk
Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan usul mencadangkan RUU
Persendirian itu hari ini.
Ahmad Zahid berkata, selepas dibentang, jika diterima sekalipun usul itu, ia masih tidak akan dibahaskan, kerana sebarang pindaan perundangan adalah dalam bidang kuasa kerajaan.
Beliau berkata sebarang langkah ke arah penerimaannya, memerlukan
beberapa langkah lagi diambil, dan sama sekali tidak dapat dilaksanakan
pada persidangan yang berlangsung hari ini, katanya kepada pemberita
dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri
Adenan Satem di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jika diterima
sekalipun, langkah seterusnya ialah bagi Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dengan semua parti, bukan
sahaja anggota parti komponen Barisan Nasional.
"...kemudian perlu wujudkan jawatankuasa pilihan yang akan dianggotai
semua parti politik, anggota Parlimen muslim dan juga bukan muslim, yang
akan dikemukakan kerajaan," katanya.
Beliau menegaskan bahawa beberapa perkara yang perlu difahami semua
pihak ialah RUU ini telah sedia ada dan pernah dipinda pada 1984, yang
bertujuan untuk meluaskan kuasa mahkamah syariah, tiada kena mengena
dengan hudud, dan sama sekali tidak mengambil alih kuasa undang-undang
sivil atau badan kehakiman negara.
Menjawab soalan kenapa anggota Parlimen BN menyokong rang undang-undang
yang dibentangkan pembangkang, Ahmad Zahid berkata itu bukan isunya
kerana Dewan Rakyat membenarkan anggota Parlimen membentangkan usul rang
undang-undang persendirian.
"Untuk menyokong atau tidak, bukan isunya, ia akan bergantung kepada
jawatankuasa pilihan juga yang belum pun dibentuk," katanya.
Ahmad Zahid meminta semua pihak jangan kelirukan pembaca dan audien
mengenai perkara ini lebih-lebih lagi rang undang-undang itu hanya
berkaitan orang Islam.
Sementara itu Adenan berkata oleh kerana hari ini tiada apa-apa
pengundian atau perbahasan di Dewan Rakyat, semua anggota Parlimen dari
Sarawak tidak akan mengambil apa-apa ketetapan mengenainya setakat ini.
"Kita gembira perkara ini akan dibawa kepada satu jawatankuasa yang
akan mengkaji dengan mendalam perkara ini, yang akan diwakili semua
parti. Lepas itu barulah kita boleh memberi apa-apa keputusan muktamad
mengenainya," katanya.
Beliau berkata ketetapan Sarawak yang paling muktamad adalah berkaitan
dengan hudud, yang ditolak sama sekali, namun sebagaimana yang
diterangkan Ahmad Zahid, Akta 355 itu tidak berkaitan dengan hudud.
Timbalan perdana menteri kemudian ke Astana Negeri untuk istiadat
menerima Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang yang membawa gelaran
Datuk Patinggi, daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib
Mahmud. - Bernama
8 orang berkata:
dulu masa ruu kat kedah yg pas tolak tu pas x cukup paham tujuan dia ke?atau sebab masa tu pas kawan ngan pembangkang,sebab tu pas tolak,sama mcm demo bersih,pas dulu x tolak sebab kawan ngan pembangkang?hihihi..dah x kawan kita kona kot lain..esok kalo kawan balik kita kona kot lain pulak hihihi
pun begitu..masih ada gak barua2 yg taksub kat parti politik hihihi
saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Dah dpt peluang satu dlm seribu, dia sia2kan pulak...kan boleh bahas dan undi sampai pg esok...sia2kan peluang keemasan.
Takut peluang x datang 2 kali.bangang betol
Blm sedia kot.
Cam budak tak sedia ambik spm.
Takut kantoii
bahas taik ko la..ko g makan taik je la..ini semua politik je la barua..sama je semua parti barua 2x5..barang dah terang pun ko nak suluh2.ko makan taik sehari bape kali?
Tanda2 pru14 dlm bulan 3
Tahun depan bentang hari akhir jugak. Mintak tangguh jugak.
Bila nak undi tah?
Post a Comment