Rafizi isytihar harta esok, tuntut MP lain buat sama
SUNGAI BESI - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, beliau akan
menulis surat rasmi kepada kesemua ahli Parlimen dan ketua tertinggi
penjawat awam untuk menuntut mereka mengisytiharkan harta.
Katanya, surat itu akan ditulisnya minggu hadapan. "Saya akan menulis kepada setiap ahli Parlimen di Malaysia iaitu
seramai 222 orang termasuk juga kepada KSU ke atas (ketua pengarah),
jadi semuanya lebih kurang 270 orang," katanya dalam sidang media di
Invoke Malaysia, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, bagi membuktikan bahawa beliau turut serta untuk
melakukan perkara itu, Rafizi akan mengisytiharkan hartanya esok.
"Saya akan isytihar harta saya, harta isteri dan harta anak saya. Harta
anak saya adalah mainan dia...di sini (Invoke Malaysia) jam 12 di
tengah hari," katanya.
Terdahulu pada tahun lepas, pada 10 Mac, Rafizi pernah mengisytiharkan hartanya iaitu berjumlah RM1.56 juta.
Dalam pada itu, Rafizi berkata adalah perlu untuk pemimpin politik
mengisytiharkan harta kerana ia akan memberi kredit kepada mereka di
mata pengundi.
"Adalah jelas ini adalah yang pengundi mahu. (berdasarkan tinjauan yang
saya perolehi), sesiapa yang isytihar harta dia akan dapat 'point'
terus daripada pengundi.
"Jadi sesiapa yang nak menang awal isytiharkan harta," katanya.
5 orang berkata:
Pak korokmu...
Ko ingat sblm masuk politik, rafizi tu kerja jala sotong ngan tangkap ikang belukang ker??
1.56 juta kalu dibanding dgn 2.6 billion mana lebih byk?
Kalu dibanding dgn desak 90 juta, mana lebih stim?
Kalu dibanding royalti project cilok 10 juta, mana lebih tinggi?
Kalu dibanding bangla anak 2 bijik, mana lebih mencanak Naik?
Kalu dibanding balak 450 hektar hutan simpan mana lebih ontong?
Bangla mana bezakan dgn 14 juta hadi cilok an duit cikgu skolah agama??
Pak korokmu ada tak 2.6 billion? Tak ada kalu bole pohon 90 juta....
Bahlol punya org tua karam ni.
Kat ampang tu, kalu 15 tahun dulu beli double storey harga 150K, skarang dah 600K. Kalu dulu beli semi d harga 300K skang dah jadi 1 hgga 2 juta. Tak pelik langsung kalu rafizi ada harga 1.56 juta. Kalu laki bini dulu sorang sebuah rumah, skrg memang dah jutawan.
Lain la kat Hulu Zimbabwe yg selalu banjir tu....Jin je yg suka duduk situ beli bangla 50K.
Kalu lebai sibuk ceramh kedai kopi dan harap bini je jual budu pasar pagi, memang la gigi palsu pun tak mampu beli. Tu yg harta cuma ada RM17.45 aje tu
Elehhhhh....din ayam tu jual ayam pun boleh jadi jutawan. Tak heran langsung laaaa
Kalu nak cepat kaya jual CD biru jerman. Pasaran dari walaunta bAnyak tinggi woohoo. Panass wooo
Post a Comment